[Capitolo 37]

12.9K 551 27
                                    

   “Piccolo ragazza!”Aidan melaung.

  “Ya!”Aurell turut menyahut dengan laungan.Sahut perlahan nanti tak dengar pulak.

  “Tolong ambilkan protein aku!”Korang ingat korang serigala jadian nak sahut-menyahut ni?

  “Kejap!”Aurell menyudahkan cucian pinggan mangkuk lalu mengambil susu protein Aidan yang berada di atas bar dapur.

  Dia menuju ke ruangan gym.Kelihatan Aidan sedang membuat ringkuk tubi ataupun bahasa Inggerisnya ialah sit up.

  “Nah.”Botol protein disua.

  “Thanks.”Aidan tersenyum.Protein berperisa coklat itu diteguk perlahan.Aurell hanya mengangguk lalu mengalihkan pandangan.Tak boleh lama-lama tengok killer smile dia tu.Dengan tak berbajunya.Terterkam nanti susah.

  'Eh,apa kau fikir ni Aurell?'

  Aidan tersenyum nakal melihat reaksi isterinya.

  “Eleh.Macam lah tak pernah tengok.Bukan kau sendiri ke yang kata suka sangat dengan abs aku sampai rasa nak gigit-gigit?”Aurell sudah membahang.Perlu ke ulang ayat aku waktu dekat Greece haritu?!

  “Ish,awak ni kan!”Mukanya sudah membahang.

  “Hahahaha!”Haih,ketawa pun kacak.Payah lah macam ni.

  “Awakk!”Aurell mendengus.

  “Hahaha.Okey-okey.Kau buat lah apa pun yang kau nak.Nak pandang ke,nak gigit ke,its all yours sayang.”Suara Aidan bertukar lembut.Awh..

  Dia menarik tangan Aurell menyentuh perutnya yang berketak.Aurell menjeling tetapi tangannya tidak dialihkan.Aduh,malu tapi mahu!

  Siapa aje yang tak nak sentuh abs berketak milik Dylan Aidan?!Boleh meleleh air liur anak-anak dara yang melihatnya.

  “Auch!”Aidan berdecit apabila perutnya menerima cubitan daripada Aurell.

  “Jari macam jari ketam.”Aurell menjelirkan lidahnya.

  “Dah lah.Aku nak sambung work out.”Aidan kembali berbaring.Tangan diletakkan di belakang kepala lalu badannya dinaikkan hingga dadanya berlaga dengan lutut.Satu.

  “Hmm.Bosannya.”Aurell duduk bersila di sisi Aidan.Dia menggumam sambil bermain-main dengan botol protein Aidan.

  “Bebel apa budak kecik?”Aidan menyoal sambil terus membuat ringkuk tubi.Dua puluh lima.

  “Tak ada apa.Bosan aje tak tahu nak buat apa.Kerja rumah semua dah siap.”Aurell memangku kepalanya.

  “Nanti kita keluar.”Sit up diteruskan lagi.

  “Okey.Erm,dah berapa awak buat?Laju aje saya tengok.”

  “Empat puluh tiga.”Aurell melopong.

  “Cepatnya awak buat!”Aidan tersenyum sinis.

  “Biasa lah.Pro.”Ei,riak!

  “Dah-dah lah.Dah banyak tu.Jom lah keluar.”

  “Five more to go.

  Empat puluh enam.

  Empat puluh tujuh.

  Empat puluh lapan.

  Empat puluh sembilan.

  Lima puluh.

  Cup!

  Mata Aurell membuntang.Bibirnya terbuka sedikit.Aidan tersengih nakal melihat pipi Aurell yang mula berona merah.Comel!

Possedilo [C]Where stories live. Discover now