“Ya Allah,sedapnya..”Danish memejamkan kedua-dua belah matanya sambil mulutnya mengunyah perlahan.Ayam masak lemak cili api Aurell memang gempak rasanya.
“Ehm,ehm,ehm..nikmat gila dapat makan masakan Melayu!”Sampai terpejam-pejam mata Izz dibuatnya.
“Enak benar buk!Aku udah rindu nih sama masakan Melayu.Di sini semuanya masakan bakar-bakar,rebus-rebus aja.Nggak punya nasi sebagai penyerinya.”Aurell tergelak mendengar respon Danish.
Ayam masak lemak cili api,kangkung goreng belacan,telur dadar,sambal belacan.Memang menepati cita rasa mereka yang sudah lama tidak menjamah masakan Melayu.
“Pandai pulak awak cari bahan eh?”Darren tergelak kecil.Aurell mengangkat-angkat keningnya.Dia tersengih.
“Oh,by the way..lupa nak tanya.Kenapa bibir awak tu bengkak teruk sangat?Sampai ke pipi effect dia.Kena sengat lebah gatal ke?”Izz menyoal.
“Kena tumbuk.”Perlahan sahaja suara Aurell.Bibirnya perit apabila ingin bertutur.Nasib sahaja giginya semua masih elok tersusun walaupun gusinya juga telah bengkak dan berdarah.
“Tumbuk?Sial eh diaorang.Perempuan pun diaorang pukul ke?Tak gentleman lah weh.”Izz mendengus.
“Berapa kali kena tumbuk tu?”Izz bertanya lagi.Aurell mengangkat dua jarinya.
“Orang yang sama ke?”Aidan pula menyampuk.Suaranya kedengaran dingin.Aurell hanya mengangguk sambil bermain dengan jari runcingnya.Teringat lagi akan kata-kata lelaki itu.
'Haih,bila lah semua ni nak selesai..'
“Ris.Ada apa-apa info?”Ris yang sedang menjirus kuah ke atas nasi,tersentak.Wajahnya berubah serius.Nasi yang terlekat di jarinya diketuk-ketuk perlahan pada pinggan.“PF ni bukan orang biasa-biasa.Aku pun tak dapat nak detect location dia.Bila aku dah dapat detect,in second aje..semua maklumat tu lesap.Aku agak,dia pandai IT jugak ni.
PF ni macam tahu aje bila waktu aku tengah check pasal dia.Dia pernah nak hack laptop aku.Tapi tak boleh.Tch.”Ris tersenyum sinis.
Memang tidak dapat dinafikan,Ris seorang penggodam yang sangat hebat.Dia punya tahap kehebatan tu,sampai sistem polis pun dia boleh godam.
PF tu pula,macam hantu aje.Bila kita jumpa dia,terus dia hilang.Bela saka agaknya.
“Eh,sikitnya awak makan?”Naufal menaikkan sebelah keningnya.Hanya setengah pinggan nasi yang dijamah Aurell.Lauk pun ambil sikit aje.
“Sakit.”Aurell memegang bibirnya yang terasa berdenyut-denyut.Sakit!
“Kesian awak..”Nial mempamerkan wajah simpati.Aurell hanya tersenyum lemah.
“Tak apa.Nanti kalau saya jumpa periuk belanga tu,saya tendang dia.Biar nak kunyah cheese cake pun sakit.Baru dia tahu!Eii,geramnya aku!”Nial berdecit geram.Iman tergeleng melihat 'kembarnya' itu.
“Uhukk!”Aurell menekup bibirnya.Kelihatan cecair merah di tapak tangannya.Darah?Argh,gusinya.
“Eh,darah!”Rykarl yang duduk di sebelah Aurell membulatkan bola matanya.
“Kenapa ni?”Aidan mengerutkan dahinya.Dia bangun dari kerusi mendekati Aurell.
“Gusi.Pedih..”Aurell merintih.Dahinya berpeluh-peluh.Aidan menarik beberapa helai tisu lalu ditekapkan dengan lembut di bibir Aurell.
“Wait a minute.”Aidan bergerak ke singki untuk membasuh tangan.
“Jom pergi klinik.”Aurell mengangguk.Air matanya menuruni pipi.Sakit tak tertahan dah ni!
“Oh,by the way..Ris.Jangan lupa book flight.”Ris menunjukkan isyarat 'okey' menggunakan jarinya.Aidan mengangguk sekilas.
“Masuk.”Aidan membukakan pintu kereta untuk Aurell.Aidan membongkokkan sedikit tubuhnya untuk menarik seat belt ke tubuh Aurell.
Setelah itu,dia menggantikan tisu baru pada bibir isterinya.Dia mengusap pipi Aurell.
Cup.
“Sleep.”Aurell terasa kehangatan di dahinya.
×××××
Pintu rumah dikuak perlahan dari luar.
“Assalamualaikum.”Aurell melangkah masuk ke ruang tamu diikuti Aidan di belakangnya.Aidan kelihatan sedang menjinjit beg plastik kecil berwarna putih yang berisi ubat-ubatan.
“So,macam mana?Doktor cakap apa?”Nial menyerbu.
“Pendarahan dekat gusi.Effect sebab dia kena tumbuk kuat sangat.”Aidan menjelaskan.
“Kalau aku jumpa periuk belanga tu,memang siap dia!”Nial mengepal penumbuk.
“Kau pergi naik rehat dulu.Jangan lupa kumur guna ubat yang doktor bagi tu.Nanti bengkak lagi,demam pulak.”Aidan mengusap lembut kepala Aurell.
Aurell mengangguk lalu memberikan senyuman nipis kepada suami kacaknya itu.Eh?
“Weh,senduk.Kau suruh Ris book ticket flight buat apa?Ada job ke?”Nial memangku kepalanya di atas meja kopi.
“Tak ada lah.Aku nak pergi honeymoon.”Senduk kau panggil aku?
“Woo..yeayy!Boleh dapat adik!”Nial menjerit kuat.
“Sejak bila kau jadi anak aku?”Aidan menyoal.
“Sejak dari luth mahfuz.”
“MaKaUngu.”Nial tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih bersinar.Shine bright like a diamond.
“Berapa lama kau nak pergi berbulan madu?”Wajah seposennya dipamerkan.
“Tak sure.Aku belum decide lagi.”Nial hanya mengangguk-angguk.
“Weh,nak pergi mana?”Dua pasang mata itu memerhatikan Darren yang baru melangkah menuruni tangga.
“Jumpa member jap.”Rambutnya yang telah disapu pomade disikat-sikat menggunakan jari.
“Balik nanti tolong beli bubur McD dekat aku.”Nial mengelip-ngelipkan kelopak matanya.
“Kalau aku tak nak?”Darren memeluk tubuh.
“Aku gigit perut kau.”Darren menaikkan sebelah keningnya.
“Kenapa perut?”
“Sebab situ aje yang aku rasa relevan.Ke kau nak aku gigit bontot kau aje?”
“Ehh?Pergi mati loh anjirr!”Aidan menggelengkan kepalanya.Macam-macam haih.
“Aku pergi dulu.”Aidan mengangguk sekilas.
“Bye baby.”
“Bye.”Darren membalas.
“Baby mana?”Wajah Nial bertukar cemberut.
“Bye babiy.”
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...