“Semua barang baby dah settle ke?Dah siap letak dalam kereta dah?”Ryan melemparkan soalan dengan bicara ala-ala Mak Jemah.
“Dah.”Aidan menyuap buah mangga ke dalam mulutnya.Eh,siapa yang mengidam ni?
“Abang!”Aidan terus tersedak.Nak beranak ke?
“Kenapa?!”Dia turut melaung.
”Nak main kolam!”Ini bukan tersedak,ini dah nak tercekik namanya!
“Due date dah nak dekat pun nak mandi kolam lagi?Kalau nak birth in water cakap awal-awal,”Aidan mengomel.Hmmm,boleh bayangkan tak ketua kumpulan mafia membebel?
Aurell mendekati mereka dengan wajah yang cemberut.Punggung dihenyak di sebelah Aidan.
“Jangan buat muka macam tu.Nanti baby comel-comel tukar jadi donald duck.”Suka betul dia mengusik isterinya.Bibir muncung Aurell dijentik.
“Hey!Assalamualaikum!”Rykarl tersengih di hadapan pintu rumah agam abangnya.Di kedua-dua belah tangannya tergenggam beberapa beg kertas yang berjenama barangan bayi.
“Sis Aurell.Amacam?Ada sakit-sakit tak?”Sempat Rykarl mencapai sepotong buah mangga yang tersedia di atas meja.
“Adalah sakit sikit,”Aurell menjawab.Senyuman manis terpamer pada bibir merahnya.
“Bila nak pergi hospital?”
“Malam ni.”Aurell tersengih.Sengihan takut sebenarnya.
“Esok lah due date awak?”Rykarl tersenyum jahat.Sengaja nak menakutkan kakak iparnya.
”Kau tak payah nak takutkan Aurell.Aku hentak kepala kau nanti,”Ryan memberi amaran.Fuh,aura ketua mafia!
“Mana ada takutkan Aurell.Aku cuma teringat aje,aku ada baca thread dekat twitter fasal pengalaman orang nak bersalin ni.Katanya sakit gila.Peperangan antara hidup dengan mati.”Bersungguh-sungguh Rykarl bercerita.
“Dah tahu peperangan antara hidup dengan mati,yang duk kurang ajar lagi dengan mama kenapa?”Aurell menaik turunkan keningnya.
Rykarl mencebik.Sentap!
“Tak sabarnya nak jumpa bakal pewaris Golden Darkblood 18 tahun akan datang!”Rykarl bertepuk tangan.
“Konon.Entah-entah,dah bubar dah kumpulan korang waktu tu.”Aurell menempelak.
“Alah sis ni...Suka lah nak buat scene pelamin anganku musnah!”Rykarl merengus.
“Tapi kenapa bukan Rykarl aje yang ambil jawatan tu nanti?”
Pergerakan Rykarl terus terhenti.Kakak iparnya dipandang dengan wajah yang serius.
“Karl?Karl jadi ketua Golden Darkblood?”Jarinya ditekan rapat ke dada.Aurell mengangguk.Kenapa serius sangat adik iparnya ini?
“Hahahahahahahaha!”Aurell terkejut.Nasib anaknya belum mahu keluar melihat bapa saudaranya yang 'putus wayar' itu.
“Hancur lah dunia kalau Karl yang kawal kumpulan tu!Insyaallah semua ahli akan jadi gigolo nanti.Hahahahaha!”Rykarl gelak besar.Eh,sewel betul lah budak ni.Siapa lah kekasih dia tu?
“Kau bila nak kenalkan kita orang dengan girlfriend kau?”Ryan mencelah.Tak boleh biarkan budak tu gelak lama sangat.Kang sawan,dia jugak yang susah.
“Nanti lah.Lepas Aurell bersalin.”Ketawanya mulai reda.Badan disandarkan pada sofa.
“Assalamualaikum!”Serentak mereka memandang ke arah pintu.Lelaki itu tersengih lebar di atas kerusi roda.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...