“Saja nak bagitahu.Aku nak jual korang sebenarnya,”Philip Fernando tersenyum sinis.Dia sibuk memusingkan pisau di tangan.
“What?!”Ara menjerit nyaring.
“Diam lah!”Dia menjerkah.
“Kau nak jual kita orang dekat siapa?”Kak Nad bertanya perlahan.
“Ada lah seorang doktor ni.Aku tak tahu lah kenapa dia berminat nak beli korang.Nak ambil organ kut rasanya,”Selamba lelaki itu berkata.
“Kita orang bukannya ada salah dengan kau pun.Kenapa kau buat kita orang macam ni?”Kak Nad menyoal,lembut.
“Kau dengan kau memang tak ada salah,”Pisaunya dihala ke arah Kak Nad dan Ara.
“Tapi mak bapak dengan laki dia...”Aurell menelan liurnya.
“Ada!”Berdengung ruang itu dengan jerkahan Philip Fernando.
“Walaupun kau tak cari fasal dengan aku secara langsung,kau tetap akan terima padahnya,”Pisaunya diusap perlahan.Badannya disandarkan pada kerusi besi.
“Apa Aidan dah buat?”Aurell menyoal takut-takut.
“Tch.Apa dia dah buat?”Tawanya bergema di seluruh ruang kecil itu.
“Dia dah bunuh kesayangan aku!Dia langgar bakal bini aku!”Philip Fernando memandang mereka tajam.
“Dia bu..bunuh...”Aurell tidak menghabiskan ayatnya.
“Disebabkan dia dah bunuh bakal bini aku.Aku pun akan pastikan kau lenyap daripada muka bumi ni,”Tawa halus terlepas daripada mulut lelaki itu.
“Eh,korang nak tengok tak bakal bini aku?Dia cantik weh!”Philip Fernando sudah teruja.Dia bangun dengan wajah yang bersinar.
“Kau simpan gambar dia?”
“Apa barang tengok gambar?Tengok depan-depan lah!”
“Hah?Bukan kau kata Abang Aidan dah bunuh bakal bini kau ke?”Ara mengerutkan dahinya.
“Tunggu kejap,”Philip Fernando menghampiri sebuah almari dua pintu.Almari itu dibuka.
“Auch...”Kak Nad mengaduh.
“Kenapa kak?”Aurell yang berada di tepi bertanya.
“Akak rasa akak bengkak susu lah.”Bibirnya diketap.Tidak selesa sekali keadaan itu.
Kriukk!
Pandangan mereka teralih kepada bunyi almari usang yang berada di sudut bilik.
Berkeriuk bunyinya.Mungkin kerana almari itu terlalu berusia.Apabila kedua-dua belah pintu almari itu dibuka,terlopong wanita-wanita itu dibuatnya.
×××××
“Macam mana nak detect location dorang ni?Aku buntu lah,”Ris meraup kasar wajahnya.
“Aku dah agak semua benda ni akan jadi.Aku dah ada detecter yang jantan tu pun tak tahu,”Kakinya disilangkan.Tangan mencengkam sisi sofa.
“Dekat mana?Aurell?”Nial mengangkat keningnya.
“Nope.”
“For sure lah jantan tu akan tahu kalau Aidan letak detecter dekat Aurell.”Naufal menjeling.
“Habis dekat mana?”Ryan menyampuk perbualan mereka.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...