Capitolo | 48

12.3K 650 59
                                    

          Aurell melangkah perlahan masuk ke dalam rumah sambil dibantu oleh Naufal.Dia diam sahaja menekur lantai.Langsung pandangannya tidak dihala kepada Aidan.

  Ruang tamu itu sunyi sepi.Aura dingin suaminya dapat dirasai walaupun masih jauh jarak mereka.Setelah berada di tengah-tengah ruang tamu,Naufal mendudukkan Aurell pada sofa.

  Naufal dan yang lain hanya diam sambil memerhati dari jauh.Mereka duduk di set sofa yang sedikit jauh dari tempat Aidan dan Aurell berada.

  “Look at me.Perlahan.Dingin.Tegas.Dan penuh aura authority.Aurell meneguk air liurnya walaupun tidak tertelan.Terasa kesat di kerongkong.Dahinya mula berpeluh dingin.Bibirnya diketap.

  Kedua-dua belah tangannya diramas.Dia tidak berani untuk memandang Aidan yang sedang duduk bertentangan dengannya.

  “I said look at me.Semakin perlahan suara itu dan bernada mendatar.Perlahan-lahan,Aurell mendongak memandang Aidan yang sedang merenungnya tajam.

  “What had you done?Soal Aidan.Aurell rasa seperti mahu menangis.

  Aurell tertunduk lagi.Dia tidak mampu untuk melawan panahan mata Aidan yang seperti ingin membunuhnya.

  “I asked you again.What...had you done?Suaranya ditekankan.Aurell masih diam membatu.

  “Do I have to repeat my question again,Zarra Aurelya?Butang dan cufflink di pergelangan tangannya dibuka satu-persatu.

  “Say...saya ta...tak dengar cak...cakap awak.Saya melaw...melawan cakap awak.”Tergagap-gagap Aurell berkata.Aidan mengangguk-angguk.

  “Itu aje?”Sebelah keningnya dinaikkan.

  “Saya bahayakan ny...nyawa saya deng...an baby.”Semakin menggigil badan Aurell.

  “Bila aku cakap jangan,maksudnya jangan!Yang kau degil sangat ni kenapa?!”Aidan bangun dari duduknya.Matanya mencerlung garang memandang Aurell.Terangkat bahu Aurell mendengar jerkahan itu.

  “Tak boleh ke nak tunggu aku cuti dulu baru pergi fun fair tu?!Memang nak kena pergi hari ni jugak?!Tak pergi kemana lah fun fair tu!”Aidan menjerkah lagi.

  Mata Aurell sudah kabur.Bibirnya digigit menahan daripada keluarnya bunyi tangisan.

  “Eh,kau sedar tak yang kau tu bini mafia?!Hah!Kau sedar tak?!Lain kali,buat keputusan pakai otak!Macam mana kalau tadi kau kena tembak?!

  Kalau Naufal lambat sampai tadi,kau dengan baby dah tak ada tau!Memang teringin sangat ke nak mati hah?!”Terus pecah tangisan Aurell.Dia betul-betul takut dengan Aidan sekarang ini.

  Jika waktu mampu diputar,pasti dia tidak akan mengingkari arahan suaminya.

  Naufal dan yang lain juga menahan debaran.Tak pernah-pernah Aidan memarahi Aurell seteruk ini.Mereka yang melihatnya pun naik gerun.Tambah-tambah lagi apabila mereka terpandang Aidan yang sedang menggengam buku limanya.

  “Dia tak akan pukul Aurell.”Iman fokus melihat Aidan yang seperti sedang menahan diri daripada mencederakan Aurell.

  “Yes.Yang lain mengangguk setuju.

  “Kau tahu kan musuh aku ada dekat mana-mana aje!Dorang tunggu aje bila kau sendiri.Dorang tunggu nak bunuh kau dengan anak aku!

  Bila aku cakap tak nak dengar!Ikutkan sangat kepala kau tu!”Wajah Aidan sangat tegang.Mukanya merah kerana terlalu marah.

Possedilo [C]Where stories live. Discover now