Uganda.
02:45 a.m.
"Let's go."Aidan mengajak.
Tali pinggang keledar dibuka.Enjin dimatikan lalu dia melangkah keluar daripada Buggati Chiron hitam birunya.
Aurell turut melangkah keluar dari dalam perut kereta.
Mereka berpakaian formal.Aidan memakai kemeja putih bersama tuxedo hitam manakala Aurell pula memakai kemeja putih,blazer serta tight slack hitam.
"Guys."Rykarl dan Meylia datang menyapa.
Qash dan Cassia diberi semula kepada baba dan mama mereka.
Aidan mendukung Qash manakala Aurell mendukung Cassia.
Kini,mereka dapat melihat semula Dylan Aidan yang dulu.Tegas dan dingin.
Aidan berjalan di hadapan,mengetuai mereka sehingga ke tepi sungai.Meylia dan Aurell masing-masing terpinga.Kenapa pakai pakaian formal tapi datang dekat kawasan macam ni?
Awal-awal lagi Aurell sudah pelik apabila disuruh memakai pakaian formal.Mereka di Uganda.Bukannya Qatar!
Aidan berhenti melangkah apabila mereka sampai di hadapan sebuah pintu gua yang saiznya kecil sahaja.Dua orang lelaki berkawal di situ.Mereka turut memakai pakaian formal.
Salah seorang daripada mereka mengeluarkan suatu gajet yang kelihatan seperti tablet.Alat itu dihulur kepada Aidan.
Tanpa kata,Aidan menekap tangan kanannya di atas alat itu.Warna hijau terpancar.
"Code."Lelaki itu berkata,dingin.
"Omerta."Aidan menjawab dengan wajahnya yang berkali ganda lebih dingin daripada lelaki itu.
"Done.Welcome,Don.(Bos)"Kedua-dua pengawal itu menundukkan kepala mereka.
Pintu kayu dibuka.Aidan menggamit Aurell bersamanya manakala Rykarl pula menjalani prosedur untuk memasuki gua itu.
Aidan terus menonong mengendong anaknya.Masuk sahaja ke dalam gua itu,mereka harus menuruni tangga.Di dinding,terdapat obor pelbagai saiz yang menjadi sumber cahaya.
Aurell hampir sahaja terlanggar belakang tubuh suaminya apabila lelaki itu berhenti melangkah.
Aidan berpaling ke belakang.Mencari kelibat Rykarl.Apabila melihat Rykarl sudah menghampiri mereka,Aidan berjalan lagi.
Sekali lagi,mereka tiba di hadapan pintu automatik yang dikawal oleh dua pemuda.
Dejavunya,Aurell dan Meylia tercengang lagi.Bagaimana boleh moden sangat kawasan dalam gua ni?
Aidan mendekatkan bibirnya pada suatu alat di tepi pintu.Dia berbisik perlahan.
"Mietitore."
Sekelip mata,pintu itu terbuka.Aidan menarik pinggang Aurell supaya berjalan bersamanya.
"Wait.Give your name first."Pengawal itu menghalang apabila Rykarl mahu melalui pintu itu.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...