Aurell mengambil bagasinya dari tepi almari dan dibawa ke katil.Zip beg itu dibuka.Kemudian,dia bergerak kembali ke almari pakaian dan mengambil baju-baju serta seluarnya.Dia melipat kemas pakaiannya dan diletak elok ke dalam bagasi.
Selepas itu,dia bergerak semula ke almari dan mencapai jaket-jaketnya serta tuala.Setelah mengemas pakaian,bagasi besar itu dizip kembali.Setelah itu,dia bergerak ke rak kasut dan mengangkut kasut-kasutnya.Kasut-kasut itu diletakkan ke dalam bagasi yang lebih kecil.Disumbat juga beg-beg galasnya.
Dia melepaskan nafas.Penat.Bagasi-bagasi yang bertona warna sama itu diheret ke tepi pintu.Dia meregangkan otot-ototnya lalu mengambil barang-barang peribadinya dan disimpan di dalam beg galas belakang ala-ala korea.Siap!
Aurell mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.Sempat Aurell melihat jam di meja sisi katil.Empat petang.Mereka akan bertolak ke Itali pada jam enam tiga puluh minit petang,jadi masih berbaki dua jam setengah untuk dia bersiap.
×××××
Bagasi ditarik menuju ke lif.Butang G ditekan.Beberapa saat di dalam lif,pintu terbuka.Aurell menapak perlahan ke ruang tamu.Dia melihat G.Darkblood sedang berbual dengan Aidan di sofa.
'Rykarl mana?Stay dekat Malaysia kot.'
Dia mendekati mereka di sofa.Mereka yang sedang berbual itu terhenti.Mereka memerhatikan Aurell atas bawah.Suasana terasa janggal.Aurell turut menilik dirinya.Skinny jeans biru dan blaus berwarna putih.Rambutnya pula dibiar lepas.Takda yang pelik pun kan?Aidan berdehem.
“Duduklah dulu.Lagi sepuluh minit kita gerak.”Aidan menginjak sedikit memberi Aurell tempat duduk.Aurell pula memerhati sekeliling.
Semua tempat duduk telah diisi.Hanya ruang di tepi Aidan yang masih kosong.Terus Aurell menghenyak punggung di tepi lelaki itu.
“Rykarl bila balik Itali?”Izz menyilangkan kakinya.
“Minggu depan kot.Entah dia.”Aidan membalas malas.Mereka kemudian kembali berbual.Aurell di tepi hanya berdiam diri.Entah mengapa dia berasa kekok dikelilingi lelaki-lelaki itu.
“Jom.”Aurell tersentak dari lamunannya.Dia melihat Aidan sudah bangun dari duduknya.Yang lain juga sudah bangun.Dia bangun dan menarik bagasi-bagasinya.
“Kita naik satu kereta aje lah.Malas nak drive.”Danish menarik bagasinya ke luar rumah.Mereka yang lain hanya mengangguk.
“Korang naik satu kereta.Aku drive asing.”Aidan menonong keluar dari rumah sambil mengheret bagasi.
“Err..”Mereka menoleh ke arah Aurell.
“Kau ikut aku.”Aidan berkata tanpa berpaling.
“Okay.”Aurell mengikut langkah Aidan ke Ferrari merah lelaki itu.Aidan membuka but kereta lalu bagasinya disimpan.Dia kembali ke tempat duduk pemandu.Aurell meletakkan beg galasnya ke dalam but.Kemudian mengangkat bagasi.
“Aduh!Aduh!Beratnya.”Aurell meletakkan kembali begnya ke lantai.Kemudian dia kembali mengangkat begnya.Bersusah-payah dia mengangkat beg itu.
Selepas itu dia terasa seperti bagasinya ditarik.Aidan sedang menarik lembut bagasi dari tangannya.Selepas itu,Aidan mengambil satu lagi bagasi Aurell dan diletakkan ke dalam but.
“Lain kali kalau tak boleh buat sesuatu tu,mintak tolong orang.” Aidan menutup pintu kereta.
“Ye.Terima kasih.”Aurell menunduk.
“Tu lah.Dulu kecik-kecik tak nak makan Calcium.Sekarang kan dah kecik dengan pendek.”Aurell membuat facepalm.
“Saya makan Calcium lah!Dah memang saya kecik macam ni,nak buat macam mana.”Aurell tersebik.Aidan buat tidak endah dan mengenakan kaca mata hitamnya.Kereta dipandu dengan hanya sebelah tangan memegang stereng.Terdengar bunyi panggilan masuk dari telefon Aidan.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...