Capitolo | 54 -[MIETITORE MISSION v]

11.4K 540 216
                                    

(Sila buka lagu pada media semasa membaca.)

          “Nial!”

  Nial melurut jatuh ke bawah.Perlahan-lahan,dia berbaring.Mukanya berkerut sedikit sambil mulut cuba untuk tersenyum.

  “Kenapa kau ni Nial?Gila ke?!”Air mata sudah berjujuran keluar daripada tubir mata Aurell.

  “Tak apa.Sikit aje lah,”Nial tersengih.Sesekali,dia terbatuk kecil.

  “Sikit apa macam ni?!”Kak Nad membentak.

  “Yan,”Ryan dipanggil.

  “Kenapa bro?Tak boleh tahan sakit ke?”Ryan menyoal dengan tangan yang masih menekap telefon di telinga.Sempat dia mengerling Darren yang duduk terkaku di tepi.

  “Kau call siapa?Ambulans ke?”Ryan hanya mengangguk.Nial tergelak kecil.

  “Tak payah.”Perutnya yang sudah basah dengan darah,ditekan kuat.

  “Kau dah kenapa gila?!Biar aku call,”Aidan menengking.Wajahnya sudah bertukar kemerahan.

  “Aku dah penat lah.Please,”Nial tersenyum lembut memandang mereka.Suaranya makin perlahan.Dia berdesis sakit.

  Mereka terdiam mendengar permintaan Nial.Anak-anak buah mereka yang lain masih bertarung di tingkat atas vila.

  “Aurell,”Nial berpusing sedikit menghadap Aurell.

  “Bro!”Iman berlari mendekati Nial.Kelihatan jelas matanya yang merah.Segera dia memangku kepala Nial di atas ribanya.

  “Kenapa?”Aurell bertanya dengan ton suara yang rendah.

  “Nam..paknya,im..im..pian saya tak kesampaian kan?”Darah merembes keluar daripada mulut Nial apabila dia terbatuk.

  “Impian apa?”Soalan Aurell tidak dijawab sebaliknya dia menurunkan pandangan sehingga ke perut Aurell.

  “Bila baby nak keluar?Saya nak tengok dia.Nak pegang dia.Nak main dengan dia.”Nial terus-terusan merenung perut Aurell.

  “Sabar lah.Lagi beberapa bulan baby keluar lah,”Aurell tersenyum.

  “Nak usap,nanti kena terajang dengan Aidan.So,tak boleh...tak boleh.”Kepalanya digelengkan berserta dengan goyangan jarinya.Aidan tersenyum mendengarkan itu.

  “Nanti lepas Aurell bersalin,saya nak jadi orang keempat pegang baby tau!”Mata Nial sudah bersinar teruja.Aidan mengerutkan dahinya.

  “Kenapa empat?”

  “Pertama,doktor.Then,kau dengan Aurell.Keempat aku lah,”Nial menerangkan.Aidan mengangguk faham.

  “Janji tau!Aku orang pertama pegang baby dulu sebelum orang lain!”Nial memandang Aidan.Serius.

  “Insyaallah.”

  Nial tersenyum.

  Aurell kembali menangis teresak-esak apabila dia teringat janji mereka.

  “Nial.Please lah.Jom pergi hospital,”Aidan memujuk.Nial menggeleng perlahan.Bibirnya yang sedikit pucat bergerak-gerak.

  “Tak apa.”Matanya kadang terbuka kadang tertutup.

  “Aidan.Aku n...ak usap pe...pe...rut Aurell kejap boleh tak?Sek...ejap aje,”Ujarnya separuh merayu.Aidan mengangguk dengan wajahnya yang sugul.

  Nial tersenyum nipis.Hujung jarinya bergerak perlahan di perut Aurell.

  “Baby.Be a good kid okay?You know what?I love you so much.Even though we haven't meet...and we never can't met,you have to knew that you will be my favourite.Bye baby.”Air mata Nial mengalir perlahan.

Possedilo [C]Where stories live. Discover now