[Capitolo 45]

12.9K 592 28
                                    

     “Kau dah bagitahu Aurell fasal hal tu?”Ryan mencicip sedikit air kopi buatan neneknya.

  “Belum.Aku tak nak bagitahu dia.Aku tak nak dia risau.Lately ni dia macam cepat emo.”Ryan mengetuk jari-jemarinya di atas meja.

  “Bila kau nak tamatkan semua ni?”Wajah tanpa riak Aidan dipandang dengan serius.

  “Bila dia mula sentuh Aurell.”Aidan tersenyum senget.

  'Apa aje lah yang ada dalam kepala otak dia ni?'

  Tet..tet..tet..

  Aidan menyeluk kocek seluarnya lalu iPhone keluaran terbaru itu ditekap ke telinga selepas melihat nama pemanggil.

  “Em?”

  “Yow!Ada dekat mana tu?”Suara pemanggil sebelah sana menyapa.

  “Rumah nonno.Apa hal?”

  “Aku tak boleh nak balik Italy lagi.Busy sangat.Tapi aku dah hantar kad kahwin aku.Kau dah dapat ke belum?”Aidan menjongketkan keningnya.

  “Tak ada pun.”

  “Belum sampai lagi lah kut.Weh!Kau kena datang tau!Wajib bapak gila jiran sebelah punya anak kena datang!Harus!Pasti!Mesti!Yakin!”Aidan berdecit.

  “Loud speaker.”Telefon dijauhkan dari telinga lalu diletak di atas meja.

  “Weh!Korang datang tau!”Darren separa menjerit.

  “Berikan hujah anda,kenapa kita orang kena pergi majlis kau.”Ryan menyampuk.

  “Ehem.Ehem.Majlis perkahwinan merupakan majlis yang diadakan untuk meraikan pasangan yang baru berkahwin.Jadi,seharusnya rakan-rakan dan sahabat handai harus datang untuk meraikan pasangan pengantin.

  Antara faktor kenapa anda harus menghadiri majlis perkahwinan rakan anda ialah pasangan pengantin akan lebih bahagia kerana berada di samping orang tersayang.

  Selain itu,pengantin akan selesa dan kurang gemuruh berhadapan dengan ramai tetamu undangan.

  Seterusnya,anda adalah ketua Golden Darkblood yang dihormati,maka anda hendaklah menghadiri majlis perkahwinan anak buah anda.

  Di samping itu..perlu ke ada sebab banyak-banyak?

  Akhir sekali.Aku dah datang majlis korang,apa hal pulak korang tak nak datang majlis aku?!”Ryan tergelak manakala Aidan sudah ternaik sedikit hujung bibirnya menahan tawa.

  “Ya lah,kita orang datang.Saja aje nak tengok bakal pengantin mengamuk.”Kata Ryan yang masih lagi bersisa tawanya.

  “Guys.”Mereka menoleh ke arah Kak Nad yang datang menghampiri mereka.

  “Nah.”Kad ditangan dihulur kepada Ryan.

  “Okay.Thank you sayang.”Kak Nad mengangguk lalu masuk semula ke dalam rumah.

  “Woi!Korang pergi mana?”Suara Darren memetir dari corong telefon.

  “Ada ni hah.Cantik kad kahwin kau weh.”Ryan membelek-belek kad kahwin Darren yang berwarna kuning keemasan.

•Wedding Invitations•
•Inviti di Nozze•
•Undangan Majlis Perkahwinan•

   Darren&Nia 

  “Oh sampai dah eh?

  “Haah.”

Possedilo [C]Where stories live. Discover now