(Sila buka lagu pada media semasa membaca.)
Aidan melangkah keluar dari dalam lif.Langkah kakinya laju dihala menuju ke arah bilik penyimpanan senjata.Beberapa orang pengawal peribadinya mengikut dari belakang.
Sekeping kad dikeluarkan lalu diakses pada tepi pintu.Pintu itu terbuka secara automatik.Anak-anak buahnya yang sedang menggilap senjata di bahagian tepi bilik itu dihampiri.
Matanya terhala ke rak tinggi yang meletakkan pelbagai jenis senjata itu.Ada pelbagai jenis senjata seperti pistol,sniper,rifle,dan bom mudah alih.
Dia membuat isyarat bertanyakan tentang stok senjata.Anak buahnya hanya mengangguk sekali menandakan semuanya baik-baik sahaja.
Dia berjalan lagi mengelilingi bilik besar yang cahayanya suram sahaja.Gelanggang seni bela diri didekati.Kelihatan Izz dan Nial sedang berentap.
Mereka menghentikan perlawanan apabila menyedari kehadiran Aidan.Peluh diseka.
“Izz.Movement bagi sharp.Nial,jangan asyik stuck.Always bergerak.Capoeira is about movement,”Aidan berkata serius.Mereka mengangguk.
“Kenapa tak bagitahu Darren yang kita nak buat latihan ni semua?Mission ni memang dia tak terlibat ke apa?”Izz menyoal.Aidan menggeleng.
“Aku tak nak dia tahu.Tak nak kacau persiapan kahwin dia.Korang tak payah bagitahu dia mission ni.Biar dia fokus dengan hal kahwin dia.”Tegas Aidan.
“Sebenarnya ni mission apa?Macam lain aje kali ni.Like,terlampau serius misi kali ni.”Nial pula bertanya.
“Mietitore Mission.”Aidan terus meninggalkan mereka.Nial dan Izz sama-sama berpandangan sebelum meneguk liur.
Mietitore;reaper ataupun,malaikat maut.Itu ada panggilan Aidan dalam dunia mafia.Ramai yang tidak tahu tentang panggilan itu kecuali orang-orang yang pernah berurusan dengannya sahaja.
Terlalu jarang untuk mendengar panggilan itu.Jadi mereka sangat-sangat pasti dan yakin yang misi kali ini pasti akan melibatkan pertumpahan darah yang besar.Apa yang sudah terjadi?
Aidan berjalan ke arah ahli Golden Darkblood yang lain.Mereka sedang serius berbincang sesuatu di meja besar yang berada di tengah-tengah ruang bilik.Lampu mentol tergantung rendah sehingga paras dada mereka.
Pelan yang berada di atas meja diteliti.Hologram yang terbias di tengah meja juga diperhati sebaik mungkin.Ris menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya dengan cekap.
Rancangan ini harus disiapkan sesempurna mungkin.Tidak boleh ada kesilapan walau sekecil zarah pun!
“Danish.Kau dah dapat location tempat tu?”Aidan memandang Danish.
“Beres bos.”Danish tersengih.
“Bagus.Dia ada syak apa-apa tak dengan kau?”
“Ini Danish lah.Dijamin clean.”Aidan menghela nafas.
“Hati-hati.Dia tu licik sangat.”Danish mengetap bibirnya.
“Kau tahu siapa yang berkaitan dengan misi ni?”Iman menaikkan keningnya.Danish hanya mengangguk.
“Mana aci.Kita orang tak tahu pun.”Iman mencebik.
“Tak payah sibuk lah.Buat aje kerja kau.”Danish menjeling.
“Eleh,kedekut.”
“Yo.”Nial menegur.
“Habis dah?”Aidan melihat jam di pergelangan tangannya.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...