Bip.Bip.Telefon bimbit Ris berbunyi.
"Yo!Apahal?"Wajah-wajah ahli Golden Darkblood yang berada di Mexico menghiasi pandangan.
"Darren ni nak bagitahu,sepupu dia dah terima lamaran."Aidan dan Ris sama-sama tersenyum lebar mendengarkan hal itu.
"Bila nak kenduri weh?"Ris menaikkan keningnya.
"Insyaallah beberapa bulan lagi.Alah,kita rileks-rileks dulu.Rasa macam mana pengalaman bertunang."Mereka tergelak.
"Tak nak bawak jumpa kita orang ke?"Ris membuat muka sedih.
"Tak nak!Nanti waktu nikah korang tengok lah,"Darren tersengih.
"Amboi!Sembunyi sangat!Kenapa tak letak dalam almari aje?"Izz di tepi menjeling.
"Memang aku letak dalam almari pun.Hahaha!"
"Bongok lah kau!"
"Sanggup dia simpan arwah Rania dalam ni,"Aidan menghela nafas.
Nial mengetap bibirnya menahan rasa.Walaupun sudah biasa baginya melihat mayat mangsa-mangsa mereka,namun perasaan lain menjengah masuk ke hatinya.
Menyayat hati sungguh keadaan mayat itu.Dengan darah penuh memenuhi anggota badan,baju gaun putih miliknya yang koyak rabak serta bekas air mata yang kering di wajah gadis itu.
"Dia guna bahan pengawet..."Nial membuat kesimpulan apabila meneliti keadaan mayat itu yang masih belum mereput.
"Kejap.Ini bukan ke budak perempuan yang kita terlanggar dulu?"Nial terus memandang Aidan.Aidan mengangguk.
"Rania ni sepupu Darren yang dia dah rancang nak melamar dulu tu tapi...aku dah terbunuh dia."Aidan memicit pelipisnya.
"Bukan ke kita dah call ambulans hantar pergi hospital semua?Macam mana mayat ni boleh ada dekat sini?"Kening Nial bertaut.
"Danish dah siasat.Sebenarnya Darren pun ada dekat situ waktu excident tu berlaku.Dia lah lelaki yang pakai kemeja putih ikut naik ambulans tu,"Aidan menerangkan.
"Lelaki yang pakai face mask yang kata dia doktor tu?"Nial meminta kepastian.Aidan mengangguk.
"Bila doktor sahkan Rania dah meninggal,terus Darren claim kata dia waris pesakit.Dia kata dia yang akan uruskan semua hal pengebumian.Jadi,kes settle dekat situ."
Aidan mengeluarkan telefon pintarnya lalu menghantar mesej kepada anak-anak buahnya supaya datang dan menguruskan hal pengebumian Rania.
"Rania ni tak ada parents ke?"
"Tak.Itu yang membuatkan semua jadi smooth aje.Tak ada berita orang hilang atau apa-apa."Aidan menutup kembali pintu almari itu.
"Habis,Darren kahwin dengan siapa?Dia kata dia kahwin dengan sepupu dia nama Nia,"Nial menggaru keningnya.
"Nia adalah orang yang sama dengan Rania."Aidan tersenyum nipis.
"Maksudnya dia..."
"Dia tak kahwin.Dia dah rancang semua ni awal-awal termasuk penculikan Aurell.Dia nak kita percaya yang dia dah kahwin,"Aidan melepaskan nafas berat.Sakit rasanya apabila dikhianati oleh sahabat sendiri.
"Disebabkan Aurell kena culik,kita tak boleh jumpa pengantin.Pandai dia buat rancangan kan?"Nial berdecit sinis.
"Aidan!Where are you?"Terdengar laungan Darren yang mendayu-dayu dari bawah.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...