Buku tebal bertajuk 'The Chronicle of Golden Darkblood' ditutup.Pen berdakwat hitam pekat diletak.Badannya disandar sebentar pada kerusi kulit empuknya.Tangan diregangkan ke atas.
Selepas ini,sejarah Golden Darkblood akan berubah.Tiada lagi nama Muhammad Nial Bin Aril dalam sejarah-sejarah akan datang.
Ini lah yang diingini Nial sejak sekian lamanya.Dihapuskan namanya daripada buku rasmi TCoGD.Dan secara rasminya sekarang,Nial bukan lagi ahli Golden Darkblood.
Tok!Tok!
Aidan mengangkat pandangan.Pintu dikuak oleh Ris.
“Dah siap?”
“Dah.”Aidan mengemaskan meja kerjanya lalu menapak mengikuti Ris keluar dari bilik kerjanya.
“Nak pergi mana?”Aurell menegur.Langkah diatur perlahan mendekati Aidan.Macam nak meletup dah perut tu.
“Pergi hospital.Nak ikut?”Aidan mengusap perut besar Aurell.Terasa tendangan padu pada permukaan perut mulus itu.
“Auch!”Aurell menunduk.
“Kenapa Aurell?”Ris sedikit cemas.Nak beranak ke?Baru tujuh bulan.
“Baby tendang.Kalau papa dia usap aje mesti nak menendang.Sakit tahu?”Aurell terus melabuhkan punggung di atas sofa berangkai dua.
“Excited nak jumpa papa dia lah tu.”Aidan tersengih mendengar kata-kata Ris.
Aidan mendekatkan mukanya pada perut Aurell.
“Be a good kid okay?Jangan tendang-tendang perut mama.Nanti dah keluar,baby main bola dengan papa,”Aidan berbicara lembut.Semerta,tendangan pada perut Aurell berhenti.
“Good baby,”Aidan memuji.
“Nak pergi ke tak ni?”Aidan menyoal sekali lagi.Aurell menggeleng.
“Tak larat lah.Nak lepak-lepak dengan Kak Nad,”Aurell tersengih.
“Kak Nad datang pukul berapa?”
“Kejap lagi datang lah.”Matanya memandang jam dinding.
“Ara datang sekali?”Aidan melempar kunci kereta lalu ditangkap kemas oleh Ris.
“Panaskan enjin dulu.”Ris mengangguk sekali.
“Tak sure lagi,”Aurell menjuihkan sedikit bibirnya.
“Okey lah.Abang pergi dulu.”Dahi Aurell dikucup lembut.
×××××
Pintu wad ditolak perlahan.Ris menjengukkan sedikit kepalanya ke dalam.
“Dia tidur,”Ris memberitahu kepada Aidan.Mereka menapak masuk dengan berhati-hati supaya pesakit itu tidak terjaga.
Mereka mengambil tempat di set sofa yang berada di dalam bilik mewah itu.
“Macam mana dengan Iman?Doktor kata apa?”Ris memulakan perbualan.
“Okey sikit.Semalam badan dia lemah sangat tu yang doktor tahan wad.
“Tak sangka semuanya berakhir macam ni.”Aidan hanya tersenyum.Dia pun tidak pernah menyangka pengakhiran sebegini.
“Uhuk.Uhuk.”Mereka mengalihkan pandangan.Mereka bangun lalu mendekati katil.
“Nak air?”Aidan bertanya.Lelaki itu mengangguk sedikit.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
حركة (أكشن)[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...