[Please.Do open the song at media while reading.]
•Sweet Little Lies by Bulow•Lipatan di tepi tudung dibetulkan.Dia melihat pantulan diri di cermin.Dia kelihatan sungguh berseri walaupun hanya mengenakan pakaian yang ringkas.
Baju blaus putih yang bertekstur licin dipadankan dengan seluar palazzo berwarna coklat.Bajunya dimasukkan ke dalam seluar.
Tudung selendang berwarna krim itu pula hanya digayakan seringkas mungkin.Sebelah dibiarkan lepas manakala bahagian sebelah lagi diselempangkan ke atas bahu.
Dia kemudian membuka beg mekapnya.Bedak CC cushion dikeluarkan lalu diratakan ke seluruh wajah.Setelah itu,eyeliner pula dilukis bermula daripada hujung kelopak mata.
Maskara ditarik keluar dari dalam beg lalu dirias pada bulu matanya yang sedia melentik.Akhir sekali,matte merah yang selalu digunakan oleh wanita korea disapu pada bibirnya.Penyembur disembur pada wajah supaya solekannya tahan lama.
“Done!”Aurell tersenyum cantik.Sempat juga dia menyembur sedikit wangian bunga-bungaan pada nadinya.
Suis pendingin hawa dan lampu dimatikan.Pintu bilik dibuka lalu dia menuruni tangga dengan berhati-hati.Aidan yang sedang berborak bersama Golden Darkblood yang lain dihampiri.
Hari ini,kesemua ahli Golden Darkblood ada bersama.Bonding time kata mereka.Nial yang terlebih dahulu menyedari kehadiran Aurell terus membulatkan matanya.
“Kelasss kau Jenab oii!”Nial teruja melihat Aurell yang kelihatan begitu manis dengan tudung di kepalanya.
“Wow!Bila insaf?Dah diberi hidayah eh?”Rykarl pula mengomen.
“Haah.Kita tak tahu bila kita mati jadi kena lah insaf awal-awal.Ni tidak..umur dah berapa main bunuh-bunuh orang lagi.Ish,ish,ish.”Aurell menggeleng.
“Hah,jom lah kita gerak.Lambat dah ni.Jom!Jom!”Rykarl bangun dan terus menonong menuju ke pintu rumah.Aurell mengangkat bahu melihat Rykarl.Ris tergelak.Aidan dan Aurell yang terakhir melangkah keluar dari rumah.
Cup!
Aurell terpana.Pipinya menjadi panas.
“Why are you being so cute le miele,hm?(honey)”Aidan betul-betul rasa mahu menggomol Aurell ketika itu.Aurell tergelak kecil.
“Macam-macam lah awak ni.Dah jom.”
Mereka beriringan menuju ke kereta.Aidan membukakan pintu kereta buat isterinya.Sempat Aidan menunduk mencium perut Aurell yang sudah berusia lima bulan itu.Perutnya tidak terlalu besar.Comel-comel sahaja.
Sembilan buah kereta mewah ahli Golden Darkblood menderu laju membelah jalan raya.Semua menuju ke tempat yang sama.
Di dalam kereta,Aidan setia menggengam tangan halus Aurell manakala tangan kirinya memegang stereng.Tangan mereka berehat di atas peha Aurell.
'Em,kenapa lah aku tak boleh resist perasaan gedik aku bila tengok Aidan drive?Ei,perlu ke dia pakai t-shirt putih then pakai kemeja biru muda tak berbutang?!Dengan sunglasses bvlgari dia tu lagi!Kau tau tak aku nak rasa nak babap kau sekarang ni!”
“What are you looking at flor?(flower)”Aidan masih fokus memandu.
“Abang.Berhenti tepi jap.”Aidan tanpa kata terus memberi signal untuk berhenti di bahu jalan.Aidan berpaling menghadap Aurell.
“Kenapa?Nak muntah k..”Mata Aidan membulat.Bibirnya terasa basah.Apabila dia sudah kembali ke realiti,dia mula membalas ciuman Aurell.Sesekali bibir bawah Aurell dihisap dan digigit lembut.Rahang Aurell dipegang.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...