“Dapat ke tak?”
“Baru 49 peratus.Susah betul nak lepas hack periuk belanga tu.”Matanya fokus menghadap skrin komputer riba.Tiba-tiba,skrin komputer ribanya menjadi gelap.Mereka saling berpandangan.
×××××
“Hai!Bertemu lagi kita dalam arena sukan mafia-mafia bersatu!Okey.Dah hari kedua dah ni.Nampaknya semua makin bersemangat!
Pungutan pingat pula dijangka akan meningkat pada hari ini ya.Acara pada hari ini lebih menarik dan lebih mendebarkan.Huh,tak sabar rasanya!
Baiklah,tanpa membuang masa mari kita bersama-sama mempersilakan peserta pada hari ini iaitu Cik........”Aurell hanya mampu mendiamkan diri.
“Pandelela Rinong!Berikan tepukan yang gemuruh ya!”Seorang lelaki?Ataupun perempuan memasuki ruang yang menempatkan Aurell.
Sukar untuk menentukan jantina individu itu.Orangnya sangat tinggi dan kurus.Berpakaian sut seperti pelumba motor Gp.Dan semestinya wajah individu itu disembunyikan.
“Nak tahu apa acara kita pada hari ini?Acara kita pada hari ini ialah kick boxing-suka hati-janji dapat markah!Ya-ya saya tahu semua dah tak sabar-sabar.”Aurell benar-benar kecut perut pada hari ini.
Tepat seperti yang ditulis pada nota semalam.Dia hanya diberi makan sekali sahaja.Kejam betul penculiknya.Tapi kenapa penculik itu tidak memunculkan diri?Pengecut?
Sudah lah dia tidur dengan keadaan terikat pada tiang.Memang tidak selesa.Pinggangnya terlalu lenguh.Rasa nak menangis sahaja.
Ting!Ting!
Bunyi loceng kedengaran.Individu itu menghampiri Aurell.Dia sudah bersedia memakai sarung tangan nipis bagi melindungi kekura tangannya.
Pang!
Pipi Aurell tertoleh ke kanan.
Pang!
Tamparan kedua di tempat yang sama.
Pang!
Kali ini tepat di bibir Aurell mengakibatkan bibirnya pecah dan berdarah.
Dush!
Tumbukan sulung dilepaskan pada dahi Aurell menyebabkan belakang kepalanya terhantuk pada tiang.Aurell mengetap bibirnya.
“Ayu sangat lah Cik Pandelela.”Suara itu menyampuk.Kemudian tanpa salam, betis Aurell ditendang kuat.
“Argh!”Selepas itu,peha Aurell yang terdedah pula menjadi mangsa sepakannya.Lebam keunguan dibuatnya.Tumbukan dan sepakan dilepaskan secara percuma ke seluruh tubuh Aurell termasuk di mukanya.
Lantai sudah basah dengan darah.Mata Aurell hampir terkatup.Tubuhnya terasa sangat lemah.Mata berpinar.
Pak!
Kepalanya dihantukkan ke tiang.Darah pekat mulai keluar dari belakang kepalanya.Aurell terkulai lemah.
“Enjoy Cik Pandelela!Wuhuu!”Sorakan itu bagai mencurah minyak petrol ke atas api kebakaran California.Aidan yang melihat itu melalui komputer riba Ris sudah menjerkah lantang.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...