“Akak,dress tadi tu cantik betul lah.Yang warna oak tu.Ara nak baju tu..”Ara sudah memuncung.Tangannya memukul-mukul manja stereng kereta.
“Sayang kan..tak ada saiz kita.Yang tinggal saiz M,L,dengan XL aje.XS dengan S habis.Tak apa lah,kita dah dapat dress royal blue tu.”Aurell memujuk.Ara hanya mengangguk.Gigih betul adik iparnya mahu membeli baju sedondon.
“Dah pukul 9:30 malam dah ni.”Aurell melihat jam di dashboard.Ara disebelahnya juga turut mengerling sekilas ke dashboard.
“Ahh..jammed pulak!”Ara berdecit geram.Dia berpeluk tubuh.Kemudian dia mengambil telefon bimbitnya dari dalam beg tangan.
“Kalau ikut waze ni,ada jalan pintas nak balik rumah.Nak guna jalan ni tak kak?Kalau nak tunggu jammed ni reda..dalam sejam jugak lah kena tunggu.”Ara memicit pelipis.
“Jauh tak?Kalau jalan tu tak sunyi sangat akak okey aje.”
“Tak lah sunyi sangat.Memang semua jalan ada kenderaan.Sebab esok kan cuti.So,malam ni semua orang pakat berhuha-huha lah.”Ara memusingkan stereng lalu keretanya keluar dari barisan yang sudah memanjang seperti kereta api.
Hampir lima minit perjalanan,kereta itu hanya dipenuhi dengan gelak ketawa mereka.Sedang rancak berbual,Aurell terpandang cermin sisi kereta.
“Kereta x-trail belakang yang warna hitam tu macam follow kita aje.”Aurell memegang lengan adik iparnya.
“Kebetulan kut.”Ara membuat tidak endah.Positif!
Ara memberi signal untuk menukar ke lorong kanan.Dan..ya.Kereta itu juga menukar ke lorong kanan.Ara menekan pedal minyak.Aurell disebelahnya sudah memahami.
“Macam makin sunyi aje jalan ni.”Aurell berkerut.
“Mesti jalan kurang sesak dah tu.”Ara merengus.Dia mengetap bibir.Apa nak buat?Apa nak buat?
“Kak.Call abang Aidan.”Ara menyuruh.Matanya sudah berlinang dengan air mata.Aurell yang melihat terus panik.
“Eh?Kenapa menangis ni Ara?Ara janganlah takut.Ara takut,akak pun takut sekali!”Ara pantas mengelap air matanya.
“Ara bukan takut lah kak.Ara menyesal sebab tak ikut cakap brothers.Diorang suruh Ara belajar MMA dengan menembak tapi Ara tak nak.Sekarang jadi macam ni,susah..”Ara meraung.Dia melihat kereta Toyota x-trail yang yang berjarak kurang 50 meter dari kereta mereka.
“Kejap,akak call abang Aidan.”Pantas Aurell mengeluarkan iPhone rose goldnya dari beg tangan.Dia menekan-nekan skrin telefon itu.
Bang!
“Arghh!”Mereka menjerit.Kereta dirasakan terhuyung-hayang.Sh*t!Diorang tembak tayar!
“Bawak laju sikit Ara!”Aurell mengambil telefonnya yang terjatuh.Segera dia mendail nombor Aidan.Telefon ditekap ke telinga.
“Hello.”Kedengaran suara garau maskulin milik Aidan menjawab.
“Aw..awak.”Tersekat-sekat suara Aurell menyapa.
“What's wrong piccolo raggaza?Kenapa suara kau lain?”Aurell menelan liur.Tangannya terketar-ketar.
“A..ada or..orang-”
Bang!
“Apa jadi?!”Keras suara Aidan menyoal.
“Argh!!”Aurell menjerit apabila tembakan ketiga dilepaskan pada cermin belakang.Telefonnya sudah terlepas dari tangan.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...