[Please.Do open the song at media while reading.Thank you.]
•Spectre instrumental•Kaki melangkah penuh tertib memasuki perkarangan masjid.Kasut tinggi dibuka,lalu dia mengatur langkah untuk masuk ke dalam.
Kak Nad masih setia dibelakangnya untuk memegang hujung kain yang sedikit meleret.
Kelihatan Aidan sudah bersedia duduk di tempatnya.Dia sedang berbual-bual dengan kadi dan beberapa orang lelaki.Kelibat Thaqif Aidan dan anak-anaknya juga kelihatan.Aurell memerhati sekeliling.
'Haish,dekat sini pun nak ajak bodyguard ke?'
Dia menggeleng sambil tersenyum kecil apabila melihat beberapa orang pengawal yang mengambil tempat berdekatan Aidan.Di luar tadi pun dia melihat ada beberapa pengawal.Nasib semua hanya memakai baju kasual.Semuanya memakai baju Melayu,and yeah..warna hitam.
Aurell melabuh duduk di atas sebuah kusyen baldu.Dia bersalaman dengan beberapa tetamu wanita yang hadir.Majlis nikah mereka diadakan seringkas yang boleh.Hanya ahli keluarga dan rakan terdekat yang hadir.
“Handsome weh bakal suami kau!”Aurell yang mendengar hanya mencebik.
“Biasa aje Meylia oi.”Seketika,Aurell tersenyum apabila mengingatkan yang tiba-tiba sahaja Meylia terpacak di hadapan pintu rumah agam Aidan pagi tadi.
“Dah lah handsome..baik pulak tu!Ada ke patut aku dijemput datang Itali ni naik PJ?!Dah tu dia cakap,dia nak tanggung makan minum dengan tempat tinggal aku dua hari ni!Gentleman habis doh!
Bila aku tanya,kau tahu apa jawapan dia?Sesiapa yang baik dengan orang-orang yang penting dalam hidup dia,dia akan layan orang tu first class!
Sebaliknya,kalau orang tu cari pasal,maksudnya orang tu tempah tiket ke neraka!Maigadd!Aku melting weh!”Meylia sudah menjerit kecil.Aurell tersenyum lebar.
'Maknanya,aku orang yang penting dalam hidup dia lah?'Aurell tersenyum lebar.
“Okey.Pengantin lelaki dah ada.Pengantin perempuan,ready?”Aurell tersentak dari lamunan apabila mendengar soalan itu.Dia hanya tersenyum dan mengangguk kecil bagi menjawab soalan tuan kadi.
“Jadi,boleh kita mulakan lah ya?”
“Boleh,boleh.”Kadi itu menarik senyum lalu menggenggam erat tangan Aidan.
“Dylan Aidan Santarossa Bin Thaqif Aidan Santarossa.”
“Saya.”Aidan menyahut tenang.
“Aku nikahkan dikau dengan Zarra Aurelya Binti Adam berwalikan hakim dengan mas kahwinnya satu ribu satu ratus ringgit Malaysia tunai.”Kadi itu menggoncang tangan Aidan sekali.
“Aku terima nikahnya Zarra Aurelya Binti Adam berwalikan hakim dengan mas kahwinnya satu ribu satu ratus ringgit Malaysia tunai.”Dia menerima akad dengan suara yang tenang dan lancar.Langsung tiada gentar.
“Sah?”Kadi bertanya kepada saksi.
“Sah.”
“Sah.”Para saksi mengesahkan.
“Alhamdulillah.”Kadi membacakan sepotong doa lalu doa itu diaminkan bersama.Aidan kemudiannya meminta diri untuk mendirikan solat sunat.
“Weh!Congrats babe!”Meylia memegang kedua-dua belah tangan Aurell.
“Masehh.”Aurell tersengih.
“Tahniah sayang.”Aurell membalas pelukan Puan Hanania.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Ação[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...