[Capitolo 28]

15K 553 13
                                    

   Ting!Lampu yang berwarna hijau itu tadi sudah terpadam.

  Klak.

  Pintu ruang kecemasan itu terbuka luas.Seorang doktor menapak keluar dari ruang itu dengan berpakaian biru muda dan bertopeng putih.

  “Bro.”Dr.Rifqy menyapa Aidan.Topeng mulutnya dibuka.

  “Eh?Kau yang rawat bini aku?”Aidan sedikit terkejut melihat rakannya itu.Dr.Rifqy kemudian bersalaman dengan yang lainnya.

  “Haah.”Dia tersenyum.

  “So,Aurell macam mana?”Wajahnya bertukar serius.

  “Dia dah stabil tapi dia belum sedar lagi.”Ringkas sekali penerangan doktor muda itu.Lehernya diusap-usap.

  Hampir sembilan jam dia berada di dalam bilik pembedahan.Lenguh habis sendi-sendinya.

  “Alhamdulillah.”Mereka mengucapkan syukur.

  “Korang boleh masuk lagi dua atau tiga jam macam tu.Jom ikut aku pergi kafe dulu.Aurell pun nak kena berehat.

  Aku nak bagitahu sikit pasal rawatan susulan dia nanti.Lagipun,dah lama aku tak borak-borak dengan korang.Rindu weh!”Aidan hanya mengangguk.

×××××

   Mereka mengikut langkah Dr.Rifqy dan seorang jururawat masuk ke dalam wad VVIP Aurell.Tersentak mereka melihat keadaan Aurell.

  Kepala berbalut.Wajah dan bibirnya pucat.Mesin-mesin yang bersambung-sambung wayarnya.Leher diletakkan alat sokongan.Lengan kiri berbalut dan wayar di atas kekura tangannya yang bersambung ke beg IV.

  Dr.Rifqy kemudian memeriksa keadaan Aurell.Mata gadis itu disuluh dengan lampu.Jururawat yang bersamanya kusyuk menulis sesuatu di carta yang terletak di hujung katil.

  “Dia okey.Kalau tak ada apa-apa,kejap lagi dia sedarlah tu.”Senyuman manis dilemparkan.Aidan mengangguk sekilas.

  “Gracia.Can you please put this in my room?”Kot jubah putih ditubuhnya ditanggalkan lalu diberi kepada jururawat yang bernama Gracia itu.

  “Sure.

  “Merci.(Terima kasih)”Jururawat itu hanya tersenyum.

  Mereka mengambil tempat di sofa lalu berbual-bual seketika sambil menunggu Aurell sedarkan diri.Mereka sememangnya mengenali sesama sendiri.

  Dr.Rifqy merupakan rakan universiti Aidan.Dr.Rifqy juga mengetahui identiti sebenar Aidan.

  “Auu..”Perbualan mereka terhenti.Pantas pandangan dikalihkan ke arah katil pesakit.Dr.Rifqy menggamit Aidan menuju ke katil Aurell.Kelihatan Aurell sedang memegang kepalanya.

  “Hye.Are you alright?”Aurell berkerut-kerut.Dia mengangguk sedikit.Pergerakannya sedikit terbatas kerana lehernya dipakaikan collar protector.

  “What's your name?”Dr.Rifqy menguji.

  “Zarra Aurelya.”Dr.Rifqy tersenyum.

  “Good.”Aurell melihat lelaki-lelaki di depan katilnya.Dia memegang lagi kepalanya yang terasa perit.

  “Awak siapa?”

Possedilo [C]Where stories live. Discover now