[Capitolo 34]

14K 557 35
                                    

   Aurell mendepakan tangannya sambil menghirup udara segar saat dia melangkah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Zakynthos.

  Baju sejuk yang berbulu di leher ditarik rapat ke tubuh.Kesejukan suhu 18 darjah celsius dengan kadar kelembapan 49 peratus itu sedikit sebanyak mencengkam tulangnya.

  Wajah Aurell jelas terpancar keterujaan yang tidak terhingga.Tidak dia sangka,Aidan akan membawanya ke Greece!Negara yang amat disukainya.

  “Awak!Awak!Nanti kita pergi Navagio Beach boleh?”Aurell mempamerkan giginya yang cantik tersusun.Hidung dan pipinya sedikit memerah kerana cuaca yang sejuk.

  “Anything for you my little girl.Aidan berkata lembut.Rambut Aurell yang ditutupi snow cap diusap perlahan.

  “Yeay!Dapat jugak pergi!Saya teringin sangat nak pergi Navagio
Beach.”Aurell tersengih lebar.

  “Kenapa suka sangat?”Aidan membuka pintu kereta bahagian belakang untuk Aurell.Kereta SUV hitam itu dipandu oleh anak buahnya.

  “First reason mestilah sebab pulau tu cantik gila!Second,sebab...pulau tu pernah dijalankan penggambaran drama popular korea.Descendants of The Sun ataupun Dots.

  Saya memang teringin sangat nak jejakkan kaki dekat situ.Dah bertahun lamanya saya impikan nak pergi sana dengan suami saya.”Aurell tersengih.Dia membuka jaketnya saat anak buah Aidan telah menurunkan suhu pendingin hawa.

  “Interesting.Tempat apa lagi yang kau teringin nak pergi?”Aidan bersandar di kerusi empuk kereta mewah itu.Tangannya memeluk tubuh.Bersedia untuk mendengar luahan si isteri.

  “Mestilah banyak tempat.Tapi yang paling saya teringin sangat nak pergi ialah Uruk di Afghanistan-”

  “Lemme guess,Uruk tu salah satu location yang ada dalam drama Dots jugak kan?”Aidan menaikkan sebelah keningnnya.Aurell menggangguk lagi sambil tergelak kecil.

  “Dan Malecon Beach yang terletak di Havana,Cuba.”Sambung Aurell.

  “Location utama dalam drama Encounter,right?”Aidan tersenyum sinis.

  “Awak tengok K-drama ke?”Aurell membulatkan matanya.

  “Tak lah.Ads dekat internet.”Aidan menerangkan.

  “Ohh.”Aurell mengangguk faham.

  “Maksudnya kau suka nature thingy lah kan.”Aidan merujuk kepada tempat yang ingin dijelajahi Aurell.Semuanya berkenaan elemen pulau,laut dan seangkatan dengannya.

“Ya lah.Drama Pertemuan a.k.a Encounter tu semua,tempat dia cantik sungguh.Suasana dan kecantikan matahari terbenam dekat Malecon Beach tu,tak boleh nak bawak bincang!”

  Bersungguh sekali Aurell bercerita.Macam budak sastera berbicara!

  Setelah beberapa ketika,SUV mewah itu berhenti di hadapan pintu masuk Zante Maris Suites.Resort dan spa mewah itu dikhaskan untuk orang dewasa.Memang sangat sesuai untuk penginapan berbulan madu.

  Beberapa orang anak buah Aidan mengangkat bagasi mereka dan berjalan memasuki resort.

  “Lawanya resort ni..”Aurell terpegun melihat kecantikan tempat penginapan mereka itu.Damai aje.

  “Of course lah aku pilih resort yang lawa,biar nanti baby pun comel.Tambah-tambah made in Greece.”Aurell tersentak.Dia buat lawak seram ke ni?

  Aidan tersenyum senget melihat Aurell yang kelihatan terkebil-kebil itu.Tangannya diletakkan di atas bahu Aurell.

  “Jom.”

Possedilo [C]Where stories live. Discover now