[Capitolo 24]

15.3K 586 11
                                    

  “So,Ara jadi tak nak further study dekat Dubai?”Aidan mengusap rambut panjang adiknya.Ara menggeleng laju.Sungguh dia tidak rasa mahu meninggalkan negara ini buat masa terdekat.

  “Okey.”Aidan tersenyum nipis.

  “Habis Ara nak sambung dekat sini ke?”Rykarl menyoal sambil tangannya ligat menulis sesuatu di kertas.Ara mengangkat bahu.

Pokok rambutan pokok kelapa,
Kelapa dimesin jadilah santan,
Aku dah tak tahu nak buat apa,
Aku bosannnnnnnn!

Perempuan cantik asal nogori,
Bapanya pula seorang bilal,
Apa aku nak buat ni,
Bosan lah sialllllllllll !

  “Akak?Akak okey tak?Dari semalam diam aje?”Ara mengubah tempat duduknya lalu melabuh punggung di sebelah kakak iparnya.

  “Okey aje.”Aurell tersenyum segaris.

  “Are you sure akak?”Ara kerisauan.

  “Yes.”Aurell buat-buat ceria.

  “Ada lah tu something wrong.Tadi pagi pun breakfast roti gardenia kosong sekeping aje.”Aidan menjeling sekilas Aurell di sebelahnya.Mata kemudian tertumpu pada televisyen.

  “Betul ke ni?Jangan lah macam tu Aurell.Nanti sakit perut.Aurell kan ada gastrik.”Puan Hanania berkata lembut.

  “Tak apa lah ma.Aurell tak lapar.”Aurell bermain dengan jari-jarinya.

  “No.Jom mama teman Aurell makan.Mama ada masak mi goreng basah tadi.”Puan Hanania menarik lengan Aurell supaya membuntutinya.

  “Hmm.”Aurell mengikut juga langkah ibu mertuanya.

  Puan Hanania menyendukkan mi goreng basah ke pinggan Aurell.Lalu dia menuang air teh ke dalam cawan.Pinggan dan cawan dihulur kepada Aurell yang kelihatan tidak bermaya itu.

  “Makan sayang.”Aurell senyum nipis.Dia mencapai chopstick besi.Memang kebiasaannya untuk makan menggunakan penyepit.Apa-apa sahaja kecuali nasi.

  Dia menyuap sedikit mi ke mulut walaupun selera makannya sudah mati.Dipaksakan juga tekaknya menelan mi itu demi menjaga hati ibu mertuanya.

  “Aurell kenapa?Ada masalah ke?Asyik termenung aje mama tengok.”Soal Puan Hanania,prihatin.

  “Tak ada apa lah mama.Aurell penat aje.”Dia menyuap lagi mi ke mulut.

  “Betul ni?Ke Aurell teringat lagi pasal semalam?”

  “Tak ada lah.Yang tu,Aurell terkejut sikit aje.”Dia memaniskan wajah.

  “Hmm.Makan lah.”Aurell mengangguk.

  Makanan yang ditelan terasa tawar.Otaknya ligat memikirkan hal semalam.Tidak semena-mena,air matanya tumpah.

  “Eh?Kenapa ni Aurell?”Aurell tersentak.Tangkas tangannya menyapu air mata yang mengalir.Dia menggeleng sedikit sebagai jawapan.

  “Apa yang tak ada apanya kalau dah menangis ni.Aurell bagitahu lah mama.Kenapa ni?”Puan Hanania sudah semakin risau.

  Air mata Aurell semakin lebat.Dia menangis teresak-esak.Puan Hanania segera bangun dari kerusi lalu mendekati Aurell.Tubuh kecil menantunya didakap erat.Dia menggosok-gosok belakang Aurell.

  “Anything to tell me,dear?”Puan Hanania bersuara lembut.

  “Aurell ta..takut mama..Aur..Aurell ta..tak na..k.”Dia tersedu-sedan.Puan Hanania memandangnya pelik.

Possedilo [C]Where stories live. Discover now