Capitolo | 58

15.2K 524 46
                                    

          Beberapa bulan yang lalu...

  Pasar Ballaro,Palermo,Italy.

  “Haih...Ryan dah ada anak bini.Darriel pun macam dah ada girlfriend.Aidan tengah tunggu anak dia lahir.Ara pulak dengan Nial.

  Semua dah jumpa tulang rusuk dorang.Aku punya tulang rusuk pergi mana?Haih lah tulang rusuk oiii,kau pergi masuk dalam kuah sup ke apa hah?”

  Rykarl mengomel seorang diri sambil kakinya melangkah tanpa arah tuju.

  Dia membetulkan kedudukan kaca mata hitamnya sambil sebelah lagi tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

  Hari ini,dia hanya berpakaian kasual.Baju T berwarna putih bersama tight jeans hitam yang digayakan dengan sandal.

  “Tengok.Orang lain semua jalan-jalan dengan famili.Aku ni...bayang-bayang kekasih pun tak ada.Tahu lah baru pukul sebelas pagi.Sebelas pagi pun ada bayang-bayang apa?”

  Rykarl membebel lagi.Nasib lah pengunjung pasar itu semuanya sibuk dengan hal sendiri tanpa mempedulikan Rykarl yang kelihatan menyedihkan itu.

  “No!Non lo è!Voglio...voglio...la car..carne halal!(Tidak!Bukan!Saya mahu...saya mahu...da...daging yang halal!)”

  Tergagap-gagap suara seorang gadis sedang berbicara dengan peniaga di situ.Buku panduan di tangannya diselak-selak.

  “Cosa intendi?(Apa maksud awak?)”Peniaga separuh abad itu bertanya.

  “Huh?Err...apa dia kata?Um,I don't want pork meat.”Gadis itu menggaru-garu keningnya.

  “Ehem.Ciao.Per lui i sapori originali,che non hanno elementi di pigmento o alcool.(Berikan dia perisa original.Yang tiada unsur khinzir dan arak.)”Rykarl memberitahu peniaga itu dengan fasih serta sebutan yang pekat.

  Peniaga itu mengangguk tanda faham.

  “Quanti?”Peniaga itu bertanya lagi.

  “Nak berapa?”Rykarl berpusing menghadap gadis itu.

  “Dua.”

  “Due.”Rykarl mengalih bahasa.

  “Quanto costa?”Gadis itu mengeluarkan dompetnya.

  “Due euro.

  “Mahalnya!€2 tu bersamaan RM9.18 kut!”Gadis itu membebel perlahan.

  Rykarl terlebih dahulu menghulurkan duitnya.Plastik berisi kuih itu bertukar tangan.

  “Nah.”Plastik itu dihulur kepada gadis di depannya.

  “Nah duit awak.”Rykarl hanya tersenyum memandang not kertas itu.

  “Tak payah.Murah aje pun.”Dia mula mengatur langkah perlahan.

  “Dua euro bukannya dua ringgit tahu?”Gadis itu menjeling.

  “Saya belanja.Setakat €2...Buat apa duit banyak-banyak dalam bank?Bukan boleh bawak masuk tanah pun.”Matanya memerhati kiri dan kanan.

  “Meylia buat apa datang sini?Cari ilham lagi ke?”Rykarl mula membuka topik.

  “Tak lah.Saya sambung master dekat sini.Baru sampai semalam.”Meylia menggigit kuih yang dibelinya tadi.

  “Seriously?Nak sambung belajar dekat sini tapi nak cakap Italian sepatah haram pun tak tahu without buku panduan?”Rykarl tergelak sinis.

Possedilo [C]Where stories live. Discover now