Aidan yang sedang serius memandu itu dikerling sekilas.Wajah lelaki itu seperti biasa,dingin.Tuxedonya sudah ditanggalkan.Yang tinggal hanya kemeja putih yang lengannya telah disinsing hingga ke bawah siku.
Lelaki itu kelihatan sangat maskulin kerana dia hanya memandu menggunakan sebelah tangannya.Tangan kirinya memegang stereng manakala tangannya kanannya diletakkan di atas peha.
“Mengantuk ke?”Aidan memandang Aurell yang duduk di sebelah kanannya.Biasalah,kereta luar negara.Aurell hanya mengangguk.Matanya sudah merah menahan kantuk.
“Tidur lah dulu.”Lembut sahaja suara lelaki itu.Aurell segera merehatkan kepalanya di cermin tingkap.
Aidan tersenyum nipis melihat Aurell yang sudah terlelap.Jam di tangan dilihat.1:05 pagi.
Kereta dipandu masuk ke perkarangan rumah.Kereta anak-anak buahnya yang lain juga mula kelihatan.Kereta mewah mereka melalui satu jalan menuju ke garaj.
Pendingin hawa dimatikan diikuti dengan enjin.Pintu kereta dibuka lalu dia bergerak ke pintu penumpang sebelah pemandu.Tali pinggang keselamatan dibuka.Perlahan-lahan dia mencempung tubuh kecil isterinya.
Dengan menggunakan sebelah tangan,dia membuka pintu rumah.Dia menuju ke lif.Anak-anak buahnya juga baru memunculkan diri.Mereka menapak masuk ke lif yang luas itu.
“Tidur dah?”Iman menaikkan sebelah keningnya melihat Aurell.Aidan hanya mengangguk sekali.Pintu lif terbuka pada aras biliknya.Dia terus menuju ke bilik tidurnya.
Aurell yang masih lena itu diletakkan di atas katil.Setelah itu,dia bergerak ke kamar mandi untuk membersihkan diri.Hampir lima belas minit dia membersihkan diri,dia keluar dengan tuala yang dililit longgar di pinggangnya.
Sekali lagi,aura maskulin menguasai dirinya.Dengan rambutnya yang basah dan sedikit terjuntai di dahi,menampakkan lagi masculinitynya.
Dia melangkah ke ruang walk-in closetnya.Dia hanya mengenakan baju-t berwarna putih dipadankan dengan seluar pendek separas lutut berwarna hitam.
Aidan mendekati katil.Tangan kirinya ligat mengelap rambut.Tangan kanannya pula menepuk lembut lengan Aurell.
“Aurell.Wake up.Take a shower first.”Aurell membuka matanya.Dia melihat sekeliling.Oh,bilik Aidan.Dia melihat Aidan yang masih mengelap rambutnya.
'Kenapa dia nampak macam badboy ni?Oh,dia memang muda pun lagi.Baru dua puluh empat.'
“Pergi mandi dulu.Kejap lagi tidur.”Aurell hanya mengangguk sambil menenyeh matanya.Dia bergerak ke almari dan mengambil tuala serta pakaiannya.Selepas akad nikah tadi,dia sudah diarahkan untuk mengemas barangnya dan dibawa ke bilik Aidan.
Setelah membersihkan diri,Aurell mengenakan pakaiannya.Baju-t putih oversize dan seluar pendek paras peha berwarna khaki.Seluarnya hampir sahaja tidak kelihatan kerana bajunya yang besar dan longgar.
'Seksi sangat ke baju ni?Aku dah lah memang terbiasa pakai macam ni..alah,tibai aje lah.Bukan ada siapa pun.Aidan aje.'
Aurell keluar dari bilik air dan melangkah ke dressing table.Rambutnya dikeringkan dan disikat kemas.Dia melihat Aidan yang sedang membaca sesuatu di Macbooknya.
Kaki diatur perlahan menuju ke katil besar itu.Aidan yang menyedarinya terus meletakkan Macbook di meja sisi katil.
“Come.”Aidan meraup rambutnya ke belakang.Aurell memanjat ke atas katil.
'Kenapa katil ni tinggi sangat?Ke aku yang pendek sangat?'
Aidan menarik lembut lengan Aurell untuk berbaring.Aurell hanya mengikut walaupun jantungnya sudah rasa mahu bermaraton.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Aksi[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...