Aurell melangkah perlahan-lahan menuruni tangga.Celik sahaja mata tadi,kelibat Aidan sudah tiada di sisinya.
Bibirnya tersebik apabila memikirkan yang kemungkinan Aidan sudah tidak sayangkannya lagi.
“Hmmm...papa tak nak bawak mama pergi check jantina baby ke?”Perutnya diusap lembut.Apabila kakinya sudah mencecah lantai,kedengaran suara-suara garau yang sedang berbual.
Kaki dihala lemah ke arah meja makan.Matanya mencuri pandang Aidan yang sedang ralit berbual bersama yang lain tanpa menghiraukan dirinya.
“Hi,mommy to be!”Nial melambai ceria.Aurell hanya tersenyum hambar.
“Hai,Nial.”Kerusi di sebelah Naufal ditarik.Tak nak lah duduk dekat dengan lelaki beku tu.Takut!
Yang lain buat tidak endah walaupun pelik dengan kedinginan pasangan itu.Tak berbaik lagi ke?
Aurell mencapai sekeping roti yang sudah disaluti nutella.Hidangan mee hoon goreng tidak mampu membangkitkan selera makannya.
Sejak usia kandungan Aurell mencecah tiga bulan,Aidan mengupah dua orang pembantu rumah untuk memasak dan mengemas.
Roti itu dijamah perlahan manakala sebelah lagi tangannya bermain dengan hujung selendang yang dipakai.
Selesai menghabiskan sekeping roti yang mengambil masa sepuluh minit itu,Aurell menyisip sedikit air mineral lalu mula bangkit dari duduknya.
“Eh?Sikitnya awak makan?Kesian baby,tak cukup zat.”Naufal menegur.Jatuh kasihan dia melihat wajah Aurell yang pucat lesi itu.
“Tak apa lah.Saya tak ada selera.”Aurell tersenyum dengan wajah yang penuh kepenatan.Aidan yang langsung tidak mempedulikannya dipandang sekilas.
Kaki dihala ke luar rumah.Bangku yang berada di tepi pintu gelangsar dituju.
“Auch...”Pinggangnya yang lenguh diurut perlahan.Sejak dua menjak ini,kerap pula dia mengalami sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan.
“Argh...”Hampir menitis mutiara pada pipi mulusnya.
'Sakitnya...dah lah Aidan dah tak sayang...'
Sakit di pinggangnya semakin menyengat.Terasa seperti mahu patah sahaja pinggangnya.Rasa yang sama seperti senggugut.Kenapa rasanya begini?Adakah dia terlalu tertekan?
“Kenapa ni Aurell?”Ris menegur.Aurell mendongak memandang lapan orang jejaka yang melangkah keluar dari rumah.
Kesemua lapan pasang mata itu merenungnya.Dah kenapa budak ni dok urut-urut pinggang dengan muka nak menangis?
“Sakit pinggang sikit.”Aurell mengetap bibir.Matanya makin berair.Perutnya yang sedikit memboyot diusap.
“Jom.Lambat dah ni.”Aidan bergerak ke arah keretanya.
Mereka yang lain memandang Aidan dengan pandangan tidak percaya.What the hell man?!Takkan lah Aidan marah sampai jadi tak ada hati dan perasaan macam ni?
Sejak bila pulak lelaki itu tidak kisah tentang isteri kesayangannya?
“Kak Linda!”Ris memanggil pembantu rumah mereka.Aidan mengupah pembantu dari Malaysia supaya mudah untuk Aurell berkomunikasi dan meminta pertolongan.
“Ya Encik Ris?”
“Bawak Aurell masuk dalam.Dia sakit tu,tolong urutkan...atau buat apa aje lah yang patut.”Ris menggaru keningnya.
“Baik,Encik Ris.”Kak Linda memapah Aurell perlahan-lahan.Muka Aurell berkerut menahan sakit.
“Serius lah weh?Aidan boleh buat tak tahu aje tengok Aurell sakit macam tu?Kena rasuk setan ke apa mamat tu?”Iman membuat muka geram.Yang lain hanya mengangkat bahu.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...