"Mama,esok kita balik kan?"Aurell mencarik-carik roti sandwich menjadi cebisan-cebisan kecil.
"Haah.Kenapa?"Puan Armada melipat sedikit lengan bajunya kerana takut terkena sos.
"Tak ada apa.Saja.Rasa macam tak nak balik pulak.Suka duduk sini."Aurell tersengih.
"Nanti kita datang lah lagi.Dah,makan.Asyik main aje roti tu daripada tadi.Bila nak kenyang?Lepas tu mengadu lapar!"Aurell hanya tersengih menampakkan gigi mendengar bebelan ibunya.
Seketika,terdengar bunyi seperti ranting kayu yang dipijak.Mereka berpandangan.Puan Armada segera mencuit suaminya yang berada di dalam khemah.
"Apa?"Encik Adam memisat-misat matanya.
"Bukan sepatutnya kita aje ke dalam hutan ni?Tapi,tadi kami dengar bunyi orang berjalan."
"Angin kut.Takpun ada kucing hutan ke-"
"Harimau hutan ke.."Percakapan Encik Adam dipintas.Mereka segera menoleh.Seorang lelaki bersenjata mendekati mereka.Aurell menelan liur melihat lelaki itu yang dipenuhi darah.
"Mik..Mikael Damien."Encik Adam sedikit tergagap.Aurell melihat bapanya yang kelihatan sedikit terngadah.Dia menoleh pula melihat ibunya.Pucat.
"Tak sangka kan jumpa dekat sini.I know God still love me.Tak jumpa dekat Malaysia..dekat dalam hutan Brazil ni jugak kita jumpa kan?"
"Mika.Jo..jom kita bincang dekat sana."Encik Adam mendekatinya.
"Kenapa?Kenapa tak bincang dekat sini aje?"Mikael Damien mula berjalan ke arah khemah mereka.
"Kau tak nak anak kau tahu..yang mak bapak dia buat perniagaan haram?Lepastu,tipu stok dadah?Macam tu?"Dia menyambung lagi.Aurell terdiam.Tepat sangkaannya.
"Apa kau cakap ni Mika?Kami bukan tipu kau.Kami cuma tersilap jual aje.Kalau kau nak,kami boleh ganti."Puan Armada mencelah.
"Ganti?"Dia tergelak.
"Dah terlambat Armada.Client aku dah cop yang aku ni penipu." Lelaki itu berdiri di hadapan Aurell lalu mengusap pipi gadis itu.Aurell segera menepis.
"Jadi kau nak apa sebagai ganti?"Encik Adam merapatkan kedua tangannya ke dada.
"Cantik juga kan anak kau?Umur berapa ni?Lawa."Dia berpusing mengelilingi Aurell.
"Kau minta lah apa pun.But,please..jangan kacau anak aku." Puan Armada memohon.
"Okey.Aku decide nak ambil anak kau.Okey cau!"Dia menarik Aurell bersamanya.
"Lepaslah!"Aurell membentak sambil cuba melepaskan tangannya.
"Kau diamlah budak.Kau ikut aje aku!"Dia menjerkah.Puan Armada pula menarik lengan Mikael Damien.
Bang!
"Semak ajelah kau!"Puan Armada rebah.Darah mulai keluar dari kepalanya.
"Mika!Berani kau-"
Bang!
"Huh,mana bini kau pergi asyik nak mengekor aje kan?Hah nah!Pergi neraka sama-sama."Bibirnya tersungging senyum.Aurell melopong.
"Dah.Jom sayang!"Dia menarik lagi tangan Aurell.
"Tak nak!"
Pang!
Wajah Aurell terpusing ke kanan.Aurell mengusap pipinya yang terasa pijar.
"Saya tak nak ikut awak lah!"Lelaki itu tetap menarik tangannya.Pantas,Aurell menggigit lengan sasa lelaki itu.Mikael Damien menjerit kesakitan.Aurell mengambil kesempatan itu lalu menendang bawah dagu lelaki itu.Aurell segera melepaskan diri.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...