[Capitolo 41]

13.1K 544 32
                                    

    “Macam mana?”Aidan yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik doktor pakar itu terus diserbu oleh anak-anak buahnya.

  'Dr.Samuel Bianchi.Neurosurgeon.'

  “Kepala dia injured tapi tak parah sangat.Kena dua belas jahitan.Muka dia bengkak teruk.Dada dia kena enam jahitan sebab kena toreh.

  Tangan kanan patah.Kaki dia dua-dua belah retak.Buat masa ni dia separa koma.”Dengan sekali nafas Aidan memberi laporan.Namun begitu,dia tetap bersyukur kerana isterinya masih terselamat.

  “Tak apa lah.Janji dia masih bernafas.”Naufal menepuk-nepuk bahu ketuanya itu.

  “Err..anak..kau?”Teragak-agak Rykarl menyoal.Aidan memandang adiknya.

  “Allah maha berkuasa.Kun fayakun.”Mereka tersenyum lebar mendengarnya.

  “Berapa bulan dah?”Ris bertanya.Senyuman kegembiraan terpancar pada wajahnya.

  “Baru tiga minggu.”Aidan tersenyum nipis.Bahagia yang tidak terucap apabila mendapat tahu yang dia bakal bergelar seorang bapa.

  “Doktor cakap kalau kita lambat sikit aje lagi..mungkin anak aku dah tak ada.”Aidan melepaskan nafas lega.

  “Tahniah bro.”Rykarl memeluk abangnya.

  “Thanks.”Aidan membalas pelukan.

  “Ehem.Excuse me sir.Do you want to put your wife in VVIP's ward?”Seorang jururawat yang memakai uniform berwarna krim menyapa.

  “Si (Ya).”Senada sahaja suaranya.

  “Okay.Oh yea..you can visit your wife at twelve.”Jururawat itu memberitahu.Rambut hadapannya yang terjatuh sedikit diselit ke belakang telinga.

  “Sure.Thank you.”Jururawat itu menunduk hormat lalu berlalu pergi.

  “Kau dah bagitahu mama dengan papa?”Rykarl mengambil tempat di kerusi menunggu.Penat berkejaran ke sana ke sini.

  “Belum.Nanti lah aku bagitahu.Kau tolong bagitahu dekat Ryan.”

  “Noted.”Nial memandang sahaja Rykarl yang mula berbaring di kerusi baldu hijau yang berada di tepi ruang kaki lima itu.Kaki diangkat tinggi lalu disandarkan ke dinding.

  Dia menaip sesuatu di skrin telefon bimbitnya.Hmm,memang dia ingat hospital ni mak bapak dia punya kan?

  Wuuu!Ini hospital..Thaqif Aidan Santarossa feat Hanania Louisa yang punya!

  “Apa?Bukan ada orang pun?!”Rykarl mengangkat kepalanya.

  “Ada aku cakap apa-apa?Tak ada kan?”Nial memutarkan bola matanya.

  “Alah.Aku tahu lah kau tu.Semua benda yang aku buat,kau tak puas hati.Tahu lah jealous kau tak handsome macam aku!”Rykarl memuncung.Haih.Boleh diikat reben dah.

  “Apa kena mengena setan?”Nial menjeling.

  “Entah.”Matanya dilindung dengan lengan.Nak tidur.

  Aidan melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan Rykarl.Telefon dikeluarkan lalu dia berehat santai.

  “Kahwin dengan ketua mafia ni boleh membuatkan isteri dia selamat sangat.Tapi..boleh juga buat isteri dia dalam keadaan yang paling bahaya.

  Kau tak risau ke keselamatan Aurell lepas ni?Nak-nak pulak dia dah mengandung?”Rykarl menyoal dengan matanya yang masih tertutup.

  “Aku dah fikirkan risiko ni sebelum kita orang kahwin lagi.”Aidan menyandarkan kepalanya ke dinding.Mata dikatup.Penat.

Possedilo [C]Where stories live. Discover now