Milan,Italy.
Aurell membuka matanya perlahan-lahan.Dia menguap kecil lalu mengeliat.Lantas dia bangun dari pembaringan dan memisat-misat mata.
Dia menggaru-garu dan mengusutkan pula rambutnya.Bajunya diperhati.Blaus putih semalam.
Keadaan sekeliling diperhati.Dia berada di atas sebuah katil dan di atasnya tergantung elok lampu chandelier kristal.Matanya menerawang ke segenap penjuru bilik.Bilik itu didekorasi mewah dengan tema warna putih.
“Lawanya.Tapi,aku dekat bilik siapa ni?”Dia turun dari katil dan memeriksa bilik itu.Dia bergerak ke kiri dan kanan melihat perabot-perabot mewah yang disusun kemas.
Selepas itu,dia bergerak ke satu ruang besar.Walk-in closet.Besar.Cantik.Mewah.Dia teruja melihat bilik pakaian itu.Di sekeliling ruang itu,penuh dengan almari dan rak pakaian.
Aurell mengambil tempat di sebuah kusyen bulat yang terletak di tengah-tengah ruang.Selepas puas meneroka ruang itu,dia mengatur langkah ke bilik mandi yang terletak bersebelahan dengan bilik pakaian.
“Hmm.Kemas.”Dia tersenyum.Kemudian matanya terpaku pada bagasi-bagasinya yang diletakkan di tepi meja belajar.
“Eh?Ni beg aku.Tak sedar pulak tadi.”Dia mengambil bagasinya dan dikeluarkan dua helai tuala serta pakaiannya.
“Apa yang aku ingat,semalam aku naik private jet Aidan untuk datang Itali.Lepas tu,aku tak ingat apa-apa dah.So,now aku dekat Itali ke?Ah..apa-apa persoalan..kita mandi dulu.”Terus kaki dituju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Setelah selesai mandi dan mengenakan pakaian,dia keluar dari bilik.Aurell kelihatan begitu comel dengan seluar jogger merah jambu pastel dan dipadankan dengan baju hoodie yang sama warna.
Baju itu dari jenama terkenal Fila.Rambut coklat gelapnya dibuat messy-hair bun.Dia melihat kiri dan kanan.
“Wah!Besarnya.Keliling penuh dengan kaca!Cantik sangat!”Dia berpusing-pusing di tengah-tengah ruang.Matanya kemudian terpaku pada sebuah lif di hujung penjuru ruang koridor dan tangga yang besar.Dia melihat di atas dinding lif.
'First floor'.
Memandangkan dia hanya berada di aras satu,jadi dia memilih untuk menggunakan tangga sahaja.Dia menuruni tangga besar itu dengan berhati-hati.
“Besar gila tangga ni.Makin ke bawah,anak tangga dia makin besar.Macam gambar barbie aje tangga dia.Waktu Ken nak turun ke dewan tari nak jumpa Barbie.Hehe.”Dia mengomel sendiri.
Sewaktu kakinya melangkah ke bawah,dia terdengar suara-suara garau sedang berbual di suatu ruang.Laju sahaja kaki dibawa menapak ke sana.Sempat juga dia melihat dekorasi sekeliling.
'Mewah.' Itu yang terlintas di fikiran sewaktu dia melihat ruang tamu itu.
“Good morning principessa!(princess!)”Nial dan Iman sama-sama melambai ke arah Aurell.
“Morning too.”Aurell tersenyum comel.Dia melabuhkan duduk lalu menuang air teh O.
“Sorry kami tak kejutkan awak.Kami saja nak bagi awak rehat.Kesian tengok awak penat sangat sampai tidur tak sedarkan diri.Dengan jet lag lagi.”Ris menggigit sedikit sandwic yang berinti scramble eggs.
“Tak apa.By the way,macam mana saya boleh ada dalam bilik tu?Saya tak ingat pun waktu kita sampai sini.”Dia mencicip sedikit air teh.
“Memang lah awak tak ingat,dah awak tidur tak sedarkan diri.Aidan yang angkat awak.Dari jet sampai kereta.Then,dari kereta sampai lah ke bilik awak.”Mata Aurell terbuntang.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Aksi[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...