[Capitolo 43]

13.7K 532 35
                                    

    “Zarra Aurelya!”Puan Hanania memekik kuat.Wajahnya merah kerana menahan geram.

  “Orang kata jangan buat kerja kan?!Degil betul budak ni!”Telinga Aurell dipiat manja.Aurell tergelak kecil.

  “Aurell bosan lah mama.”Bengkak di muka Aurell kelihatan semakin surut.

  “No!No!Duduk sini diam-diam.”Puan Hanania mendudukkan Aurell di sofa.

  “Apa bising-bising ni?”Aidan menuruni tangga menghampiri ruang tamu.Rambutnya kelihatan sedikit basah dan messy.Pasti baru selesai membersihkan diri.Dia mengambil tempat di sofa bersebelahan isterinya.

  “Budak ni lah.Dia pergi angkat bakul baju yang berat tu.Orang bagi dia keluar hospital awal nak suruh dia rehat,dia pergi buat kerja rumah pulak!”Puan Hanania merungut.

  Aidan menghalakan pandangan tajamnya pada Aurell.

  “Err..”Tidak terteguk air liur Aurell.Dahi Aurell dijentik kuat.Terus Aurell mengaduh sakit.

  “Padan muka.Degil sangat.”Aidan menjeling.

  “Assalamualaikum.”Badan Aurell mengeras apabila mendengar suara lelaki memberi salam.Tangannya automatik menggengam erat tangan Aidan.

  “It's Ryan.”Aidan berbisik.Belakang tubuh Aurell diusap-usap lembut.

  “Kenapa muka Aurell pucat tiba-tiba ni?”Kak Nad menegur.Pantas Ryan memberi isyarat mata kepada isterinya yang bermaksud 'jangan-tegur'.

  “Aurell dah sihat?”Segera Nadiah Imani menukar topik.

  “Dah.”Aurell tersenyum.

  “Bro.”Ryan memandang adiknya.Aidan mengangguk.

  “Abang borak dengan Ryan kejap dekat luar.”Aidan mengusutkan rambut Aurell.

  “Hish.Habis rosak rambut Aurell.”Aurell memicingkan matanya.

  Aidan dan Ryan melangkah ke luar rumah lalu menuju ke ruang santai berdekatan kolam renang.

  “Still tak jumpa lagi orang tu?”

  “Belum.”

  “Habis tak kan nak biarkan aje dia terlepas?”

  “Never.”Perlahan namun tegas sekali jawapan Aidan.

  “Ris langsung tak jumpa apa-apa hint ke?”Aidan menggeleng.

  “Kau tak ada syak siapa-siapa?”Kali ini Aidan mengangguk sebagai jawapan.

  “Ada.Tapi macam mustahil.”Wajahnya serius sahaja.

  “Mustahil?Kenapa?Siapa yang kau syak?”Ryan membetulkan duduknya.

  “Aku syak-”Tanpa sempat menghabiskan ayatnya,Aurell datang mencelah.

  “Abang!Aurell nak makan sate arnab!”Aurell tersengih.Aidan membulatkan bola matanya.

  “Kita dekat Itali tau!Abang nak cari dekat mana sate arnab?!”Suara Aidan sedikit meninggi.Air mata Aurell mula bertakung apabila suara Aidan kedengaran kasar pada pendengarannya.

  “Tak apa lah.Bye.”Suaranya menahan sebak.Terus dia berlari ke tingkat atas rumah banglo itu.Aidan memandang abangnya.Ryan mempamerkan wajah terkejut dan polosnya.

  “Hah,hah.Tatayo!Aurell merajukk!”Jarinya digoyangkan beberapa kali.Aidan mendengus.Dia menapak masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya.

  Pintu bilik dibuka perlahan.Kepala dijengul masuk.Dia menggeleng melihat Aurell yang berbaring sambil menangis di sofa.

  Dia masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu.Aurell dihampiri lalu selamba sahaja tubuh kecil isterinya dicempung.Aurell teresak-esak di dada Aidan.

Possedilo [C]Where stories live. Discover now