Majlis pernikahan Aurell dan Aidan akan diadakan beberapa hari sahaja lagi.Mereka akan membuat majlis itu sebelum anak-anak buah Aidan pergi ke Mexico.
Jadi,hari ini mereka bercadang untuk membeli barang hantaran,cincin dan persiapan perkahwinan.Semuanya dilakukan sendiri oleh mereka,kecuali majlis resepsi yang menggunakan khidmat perancang perkahwinan.
“Erm,bunga ni tak cantik lah.Tak nampak kembang.”Rykarl meletakkan jari di dagunya.Dia membelek-belek bunga plastik itu.
“Aku pun rasa macam tu.Nampak macam murah sangat kan?Sepatutnya dia kena kembang sikit then kelopak bunga tu kena bergerigi sikit.”Nial turut mengomen sambil tangannya terawang-awang di udara.Rykarl di sebelah mengangguk-angguk menyetujui.
“Kita pilih warna yang light-light sikit.Pink,purple,yellow or blue.”
“Which one?”Iman bertanya.Sebelah tangannya memegang bunga berwarna merah jambu manakala sebelah lagi memegang bunga berwarna ungu.
“I think purple.”Rykarl mengambil bunga di tangan Iman.
“Yeah.Purple is better.”Nial juga menyokong.Aurell yang berada di rak sebelah membuat muka cemberut.Siapa yang nak kahwin ni?
“Jangan risau.Walaupun diaorang sial,tapi bahagian decorate-decorate ni diorang phD.”Aidan memberitahu sambil matanya masih tertumpu pada telefon bimbit di tangan.
Sewaktu mereka ingin keluar tadi,beria-ia tiga lelaki itu memekik terlolong di depan pintu rumah kerana ingin mengikut mereka.Hampir setengah jam juga mereka berbalah.
“Bro,aku nak ikut kau!”Rykarl tersengih sambil berlari ke luar rumah.Aidan menaikkan keningnya.
“Tak payah lah.Nak buat apa?Duduk rumah aje.”Aidan menarik lengan baju hingga ke bawah siku dengan sebelah tangannya memegang telefon bimbit.
“Alah..aku nak ikut.Aku tak nak duduk rumah.Bosan lah!”Rykarl mencebikkan bibirnya.
“Kau duduk ajelah dekat rumah.Jaga rumah.”Aidan menghela nafas.Rykarl terus menghentakkan kakinya ke lantai.
“Rumah ni biar lah pengawal yang jaga.Buat apa kita bayar 4218.87 Euro (RM 20,000) seorang tapi setakat rumah pun tak mampu nak jaga?!”Rykarl membentak.
“Haish,kau ni..kau kalau ikut buat kacau aje lah.”Aidan menggaru keningnya.
“Abang!Adik nak ikut!”Aidan mengerutkan keningnya.
'Dah apahal pulak budak ni?' Rykarl hanya akan menggunakan gelaran adik-abang apabila dia berada dalam mood manja sahaja.Sangat jarang untuk mendengar Rykarl memanggilnya abang.
“Adik duduk rumah okey?Teman Nial dengan Iman.Nanti abang balik,abang beli makanan.Okey?”Aidan bersuara lembut sambil mengusap rambut Rykarl.Satu tentang Rykarl.Apabila dia berada dalam mood manja,jangan sesekali merosakkan moodnya.
“Adik tak nak!Adik nak ikut jugak!”Rykarl terus memeluk abangnya.Mukanya disembamkan pada bahu Aidan memandangkan dia rendah beberapa inci dari abangnya.
“Adik kalau ikut,nanti adik buat kacau..buat sial.Tu yang abang malas nak bawak.Kang jadi lain pulak.”Aidan hanya mengikut rentak adiknya.Dia menggosok belakang adiknya.Rykarl memang paling rapat dengannya.
“Bro,apehal ni?”Nial dan Iman keluar apabila mendengar kekecohan di luar rumah.Iman mengangkat sebelah keningnya melihat Rykarl yang memeluk ketua mereka itu.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...