[Capitolo 07]

17.4K 732 83
                                    

Bekas nasi diletakkan dengan cermat di atas meja makan.Dia memerhatikan menu hidangan yang telah dia sediakan.Ayam masak madu,tomyam putih,dan sotong celup tepung.

"Hmm,cukuplah tu."Dia menggumam sendiri.Lantas dia bergerak ke ruang tamu.Sempat juga dia mengerling sekilas jam di dinding.Enam lima belas minit petang.

"Ehem."Dia berdehem ingin menarik perhatian mereka yang berada di ruang tamu.Mereka menoleh.

"Err..saya dah siap masak."

"Okey.Let's go!"Rykarl menjerit keriangan.Dia berjalan sambil memaut bahu Iman.

Sampai di meja makan,mereka sudah menelan air liur.Memerhatikan hidangan itu sahaja sudah mampu membuatkan perut mereka berkeroncong.Irama yang berbunyi dari perut,sudah seperti irama konsert.

"Wow!Fantastic baby!"Nial membulat mata.

"Nampak lagi menyelerakan dari aku masak."Izz menarik kerusi.

"Hehe.Biasa aje.Jemputlah makan."Dia mengambil gelas dan menuang jus buah tembikai.Kemudian dia mahu bergerak semula ke dapur.

"Nak pergi mana?"Aidan bertanya mendatar.

"Err.Na..nak pergi dapur.Nak ba..basuh periuk semua."Sedikit tergagap dia menjawab.Aura Encik mafia ni lain macam betul!Dia tak marah pun boleh membuatkan orang kecut perut.

"Tak payah.Makan dulu."Aidan menyenduk nasi ke pinggan.

"Eh,tak apa lah.Saya-"

"Sit."Ringkas tetapi tegas.Aurell tidak berani untuk membantah.Dia mengambil tempat di sebelah Darren.Aidan pula duduk dihujung meja.Secara tidak langsung dia diapit oleh Aidan dan Darren.

"Wuish!Sedapnya Aurell."Ris mengangkat ibu jarinya.Nial menoleh ke arah Ris.

"Asal lain macam aje ayat kau.Aurell sedap?"Nial tersengih sambil mengangkat keningnya sebelah.Rykarl yang mendengar juga tersenyum nakal.Mata Ris membulat.

"Weh!Babi sialan.Korang fikir apa hah?Otak kotor sial!Aku cakap masakan Aurell lah!"Ris menyinga.Mereka yang lain tergelak besar.Aurell pula sudah merah pipimya.Aidan masih kelihatan dingin seperti biasa.

"Dah lah tu.Merah dah muka Aurell tu."Danish berkata sambil bibirnya masih tersengih.Aurell berlagak selamba.Dia mencedok nasi dan ayam diambil seketul.Kuah tomyam juga disiram sedikit ke atas nasi.Dengan lafaz bismillah,dia memulakan suapan.

"Kenapa ambil sikit aje?Awak yang masak.Ambil lah banyak sikit."Naufal menegur.Aurell tersenyum sedikit.

"Tak apa.Saya memang makan sikit aje."Mereka mengangguk.

"Patut lah terbantut."Selamba Aidan berkata sambil mata fokus menghadap nasi.

"Apa awak cakap?!"Aurell mengetuk sedikit jari di pinggan untuk menjatuhkan nasi yang terlekat di jari.

"Ter.ban.tut."Aidan menjawab sepatah-sepatah.Mereka yang lain tersengih.

"Awak cakap saya terbantut?!"Aurell meninggikan sedikit suaranya.

'Berani dia cakap aku terbantut?!'

"Ya.Terbantut,pendek,ringan..haa apa lagi?"Aurell memuncungkan bibirnya tanda protes.Aidan tersungging senyum sinis.

"Dah makan.."Aurell mengambil air lalu diteguk perlahan.

"..nanti tak cukup makan,makin terbantut."

"Aidan!"Mereka meledakkan tawa.

×××××

"Ingat.Jangan nak pergi merata-rata.And jangan sesekali kau fikir nak lari dari aku.Faham?"Aurell hanya mengangguk.Mereka dalam perjalanan menuju ke pusat beli-belah.

Possedilo [C]Where stories live. Discover now