[Please.Do not open the song at media until you see this sign.(*)]
•Bad romance by lady gaga•Kakinya diatur menuju ke meja berhampiran.Nafas dihela.Kemudian,kepala direhatkan di atas meja.Penat!
“Aurell.”Aurell mengangkat sedikit kepala apabila bahunya terasa dicuit.Wajah kacak suaminya menyapa pandangan.
“Jom masuk dalam ballroom.”Aurell mengerutkan dahi.
“Bukan majlis kita dah habis ke?Saya penat lah..dah lewat ni..”Aurell sedikit merengek.Aidan tersenyum sinis mendengar rengekan Aurell.
“Are you trying to seduce me with that voice,piccolo ragazza?Hmm?”Aidan menjongketkan sebelah keningnya.Aurell meneguk liur.
“Err..tak!”Pantas dia menafikan.
“Memang lah majlis dah habis.Dekat dalam ni just perjumpaan dengan Golden Darkblood.Dalam tu majlis santai..boleh rehat-rehat dekat dalam.”Aidan menerangkan.
“Alah..saya kan dah kenal dengan Darkblood..buat apa nak buat perjumpaan lagi?”Aurell memuncungkan bibirnya.
“Itu cuma Darkblood yang berjawatan tinggi dan yang rapat dengan aku.Kau ingat Darkblood ada tujuh orang tu aje ke?Darkblood ada bepuluh ribu ahli.”Aurell membuntangkan matanya.
“Oh,berpuluh ribu tu bukan ahli dekat Itali aje.Ada dekat Dubai,Brazil,Mexico,Bora-Bora,Hawaii,Ireland,Jepun,Greece dan Malaysia.”Aidan menyambung.
“What?!Ramainya.Buat apa ramai-ramai?Nak-”Tidak sempat dia menghabiskan ayat,Aidan sudah menarik pinggangnya.Aurell terkaku.
“Bising lah kau.”Aurell cuba membuka mulut.
“Shut up dear or i'll kiss you.Tak puas ke tadi waktu kita nyanyi.”Aidan tersungging senyum senget melihat Aurell yang sudah menekup mulut dengan tangan.
“He stole my first kiss!”Aurell menggumam.
“Pardon?”
“Nothing.”Aurell melempar senyuman nipis.
“Nak simpan first kiss tu nak kasi siapa?”
'Eh?'
“Let's go.”Mereka bergandingan ke ruang dewan.
Pasangan itu melangkah masuk ke dalam ruang ballroom hotel mewah di tepi pantai.Kelihatan ruang itu penuh dengan lelaki-lelaki yang berpakaian formal yang semestinya berwarna hitam.Seram!
Aurell melihat ke atas pentas.Bapa mertuanya sedang berucap santai di sana.Ucapannya disambut gelak tawa mafia-mafia itu.Aidan menariknya ke sebuah meja yang diduduki keluarga mereka.
Perjalanan mereka ke meja VVIP itu terasa begitu jauh dan mendebarkan kerana banyak mata yang sedang memerhatikan mereka.
“Asal tangan sejuk sangat ni?Takut ke?”Aidan tergelak kecil.
“Err..”
“Tak payah takut lah.Kau nak takut apa?Ni budak-budak aku.Dan lepas ni diaorang akan jadi anak-anak buah kau jugak.”Aurell berpaling menghadap suaminya.
“Seriously?!”
“Yes,piccolo ragazza.”
“Erm,papa walaupun dia cakap santai aje..tapi kenapa aura dia lain macam eh?”Aurell mendongak memandang Aidan.
“Maybe sebab..dia bekas ketua Darkblood?”Aurell mengangguk faham.
“Hye guys.Kak!Sini!Sini!Duduk sebelah Ara!”Aurell tersenyum lebar.Dia bergerak ke arah adik iparnya.
YOU ARE READING
Possedilo [C]
Action[Possedilo-Milik Dia] Dia, seorang lelaki yang cukup digeruni kerana sifat dinginnya.Setiap kata-kata tersiratnya membawa seribu satu makna... "Aku ada masalah dengan dia, yang kau sibuk apahal?!"-PF "If you touch somebody that related to me, it...