PROLOG

14.6K 259 1
                                    

"Mel! Run!" jerit Gerard dari jauh yang berlari ke arah Amele.

Amele yang mendengar jeritan itu menoleh memandang Gerard yang sedang berlari ke arahnya.

"Why?!" tanya Amele pelik.

"Just run!" marah Gerard.

Apabila Amele nampak konco-konco Jemy sedang mengejar Gerard, baru Amele faham.

"Fuck." carut Amele sambil berlari keluar dari gudang itu. Peluru pistolnya sudah habis diberi makan kepada konco-konco Jemy tadi.

Amele tidak habis mencarut sepanjang belari keluar.

BANG

Amele terus berhenti berlari dah menoleh ke belakang apabila mendengar tembakan di lepaskan.

Kelihatan Gerard terbaring lemah di atas lantai bersimen itu dengan badannya berlumuran darah kerana salah seorang konco Jemy telah menembak Gerard dari belakang.

"Gerard!" jerit Amele lalu berlari ke arah Gerard.

Dia lebih rela mati bersama Gerard daripada dia membiarkan Gerard mati keseorangan.

Dia meletakkan kepala Gerard di atas pehanya.

"Run." arah Gerard lemah.

"No. I takkan tinggalkan you."balas Amele dengan air mata nya mula jatuh.

Kelihatan seorang konco Jemy ingin menembak Amele. Tapi Amran terlebih dahulu menembak kepala dia dan menembak konco-konco Jemy yang lain.

"Mampus." ujar Amran lalu berjalan mendapatkan adiknya.

"Take her." ujar Gerard lemah kepada Amran lalu dia menghembuskan nafas nya yang terakhir di atas pangkuan Amele.

Amran mengangguk.

"Amele let's go. We need to go now. Gudang ni akan meletup dalam beberapa saat je lagi." ujar Amran.

"No!" marah Amele kepada abangnya.

"Let's go!" arah Amran sambil menarik adiknya.

Amele melawan dan menumbuk-numbuk badan belakang abangnya apabila Amran mengangkatnya seperti mengangkat guni.

Beberapa saat mereka melangkah keluar dari gudang itu, gudang itu meletup kerana Amran sudah memasang alat letupan di setiap penjuru gudang itu.

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now