40

5K 164 0
                                    

"Sebenarnya, I tak lahirkan Iyan seorang." ujar Amele.

Gibran mengerutkan dahinya sambil memandang anak mata Amele dengan dalam.

"Iyan ada kembar. Kembar dia perempuan." ujar Amele lagi.

"Waktu i tahu i pregnant kembar, of course i'm happy. But, bila i pergi check up, doktor kata kantung rahim sebelah kiri i lemah. And our baby girl dekat kantung belah kiri tu. And doktor sarankan i gugurkan kandungan i. Sebab doktor kata if i lahirkan jugak twins, kemungkinan salah seorang dari kami bertiga akan mati atau ketiga-tiga akan mati. Doktor tak nak anbil risiko tu But, i tak nak. I nak jugak lahirkan twins. And waktu i lahirkan twins, anak perempuan kita sempat bernafas sekejap je dan dia meninggal sebab jantung dia gagal berfungsi." terang Amele.

Gibran terpana. Tidak dia sangka isterinya sanggup merisikokan nyawanya demi melahirkan anak-anaknya.

"Aku.. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku appreciate sangat dengan apa kau dah buat. Aku tak sangka kau sanggup gadaikan nyawa kau untuk anak aku. Thank you, Amele." ujar Gibran sambil mengusap jari jemari isterinya.

Amele tersenyum.

"Tak ada apa pun lah. Lahirkan anak you adalah satu kebahagiaan untuk I." balas Amele.

Dalam mereka sedang saling berpandangan, iPhone Gibran berbunyi.

Terus Gibran berdecit dan tangannya mencapai iPhone di atas meja.

ALEX

"Bro, budak kita dah dapat siapa yang bunuh budak kita minggu lepas." ujar Alex.

"Letak budak tu tempat biasa. 20 minit lagi aku sampai." balas Gibran lalu memutuskan panggilan.

"Why?" soal Amele.

"Aku nak pergi mantion. Kau tidur dulu. Jangan tunggu aku." ujar Gibran lalu mencium dahi Amele.

"Kenapa you nak pergi mantion?" soal Amele lagi.

"Aku ada kerja sikit."balas Gibran lalu melangkah ke walk in closet.

Amele memandang gerak geri Gibran. Tak lain tak bukan nak pergi membunuh lah tu.

Amele terus membungkuskan dirinya di dalam comforter untuk tidur.

*****************
Sampai sahaja di mansion, Gibran melangkah ke bilik bawah tanah. Dia berjalan ke bilik yang ditunjuk kan oleh anak buah nya.

Masuk sahaja bilik itu kelihatan seorang lelaki botak duduk di atas kerusi dan tangan nya diikat dengan besi yang melekat pada dinding.

Gibran mendekati lelaki itu dan mengangkat wajah lelaki itu yang sudah penuh dengan darah.

Lelaki itu tersenyum mengejek.

"Asal kau gelak?" soal Gibran dingin.

"Aku tak sangka aku dapat jumpa kau depan-depan." balas si botak itu.

Gibran mengangguk faham dan memandang anak buahnya.

"Apa nama barwa ni?" soal Gibran.

"Jinggo, budak Kiran." balas Qyu.

"Kiran?" soal Gibran pelik. Sejujurnya dia tidak ingat nama musuhnya yang bernama Kiran.

Qyu yang nampak kerutan di dahi Gibran terus menerangkan siapa Kiran.

"Kiran ni dia dari Indonesia and datang ke Malaysia and cita-cita dia nak hancurkan semua mafia dekat Malaysia. Sebab dia nak jadi ketua. Lepas dia dapat kuasai Indonesia, dia nak kuasai Malaysia. Senang cerita nak luaskan tanah jajahan." terang Qyu.

"Bukan kita je kena. Group lain pun kena. A-DarkA pun kena juga." sambung Qyu.

Gibran memandang Jinggo.

"Hebat sangat ke boss kau tu?" soal Gibran sinis.

"Kalau dia bodoh, dia tak dapat kuasai Indonesia." balas Jinggo.

"So, kau nak aku buat apa? Takut?" soal Gibran dengan nada mengejek.

Jinggo memandangnya tajam.

"By the way, tadi kau cakap kau tak sangaka dapat jumpa aku depan-depan kan? Let me tell you something, bro. Kau patut elak jumpa aku face to face. Sebab kalau aku dapat siapa yang cari pasal dengan aku, dia tak kan lepas pintu keluar tu tapi dia lepas pintu neraka." balas Gibran.

"Tapi, sorrylah. Malam ni aku tak ada mood nak sembelih kau. So, goodnight. Enjoy hotel baru kau." sambung Gibran lalu berpaling untuk keluar.

"Gibran!" panggil Jinggo.

Gibran berhenri melanglah dan berpaling memandang Jinggo.

"Kau ingat Kiran nak diam je ke kalau aku mati? Anak bini kau next target dia. Aku dengar cerita bini kau Snipiece. Tak lama lagi dia jumpa neraka dulu sebab dia pernah bunuh bapak Kiran." ujar Jinggo.

Gibran menghampiri Jinggo. Baju Jinggo dicengkam.

"Aku tak kisah lah dia pernah bunuh siapa pun. Tapi kalau boss kau sentuh anak bini aku, kau ingat eh. Aku akan pastikan boss kau mampus dengan pisau ni dekat leher dia." balas Gibran sambil mengangkat pisau rambo betul-betul di hadapan mata Jinggo.

Lalu pisau itu ditikam ke peha kanan Jinggo dengan kejam.

"Argh!" jerit Jinggo yang tidak bersedia dengan tikaman itu.

"Kalau boss kau usik anak bini aku,"

Gibran memusingkan pisau itu 360 darjah.

"Argh!" jerit Jinggo lagi.

"Lebih dari ni dia akan rasa." balas Hibran lalu merentap pisau itu keluar secara tiba-tiba.

"Argh!"

Benar lah kata orang, pisau kalau tikam rasa dia tak sesakit bila dikeluarkan.

"Ingat dalam otak kau sampai mampus." ujar Gibran lalu membasuh tangannya di singki dan keluar dari bilik itu.

Sebelum keluar sempat dia berpesan pada Alex.

"Simpan barwa tu."

***************
KLIA

"Mommy pergi kejap je lah. Stay dengan daddy okay." pujuk Amele dan mengusap rambut anaknya yang sedang memeluk kaki nya erat.

"Promise kejap je?" soal Iyan sambil menunjukkan jari kelingkingnya kepada Amele.

Amele menyambut.

"Ya. Mommy promise. Nanti mommy balik mommy bawak balik sekali your favourite gummy bear okay." ujar Amele.

"Yeay!" sorak Iyan.

Gibran tersenyum memandang anaknya yang sudah gembira itu.

"Jaga diri dekat sana." pesan Gibran.

"Ye. You too. And jaga anak elok-elok." balas Amele.

"Yelah. Tahu lah kerja aku." ujar Gibran.

Dengar sahaja pengumuman pintu gerbang ke Spain sudah dibuka Amele meminta diri dan memeluk Iyan.

Gibran memeluk isterinya dan mencium dahi isterinya. Amele mencium pipi Gibran.

Amele berjalan ke belakang dan tangannya masih berpaut dengan tangan Gibran.

Gibran membuat lyp sync 'I love you.'

Dan Amele membalas dengan menggunakan lyp sync juga apabila tautan mereka terputus dan dia terus berpaling berjalan ke balai perlepasan.

TBC

Amele sudah terbang ke tanah Spain. Kiran makin tunjuk belang. Wait for next chapter okay. Jangan lupa vote okay. Thank you. And thank you sebab sudi tunggu lama.
#staysafe

--C A Y R E N--

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now