Genyna tersedar dari pengsannya. Dia terus memandang sekeliling. Kelihatan seperti sebuah gudang yang lama ditinggalkan. Dan pandangannya terhenti pada ibunya yang terbaring di atas lantai jauh darinya dengan tangan dan kaki diikat menggunakan rantai besi.
Dia memandang ke kiri dia pula kelihatan seorang budak lelaki sedang terbaring di atas lantai juga. Dan budak itu juhmga diikat dengan rantai besi.
Genyna memandang susuk tubuh budak itu. Dia rasa dia kenali budak itu tetapi dia tidak dapat memastikannya kerana budak itu membelakangkannya.
Tiba-tiba dia teringat kepada Iyan anak abangnya.
"Takkan lah. Amele mesti jaga anak dia." ujar Genyna sendirian.
Tiba-tiba budak itu merengek.
"Shhh. Shhh." arah Genyna.
Dia paling takut kalau orang jahat diluar bilik itu masuk ke bilik itu dan memukul sesiapa sahaja yang buat bising di dalam bilik itu.
Budak itu menoleh memandang Genyna. Genyna terkejut.
"Iyan?" soal Genyna.
Iyan mengangguk.
"Oh my god. Jangan nangis okay. Aunty ada dekat sini." pujuk Genyna apabila dia nampak air mata Iyan seakan ingin terkeluar.
Walaupun dia marah kepada Amele tapi dalam masa ini dia perlu bertanggungjawab melindungi anak abangnya.
***************
Semua ahli kumpulan RAGE berkumpul di ruang berkumpul A-DarkA.Emilio, Ivan, Gerard, Affan dan Alice juga turut berada di situ untuk membantu RAGE memusnahkan Kiran.
Ketua dari setiap kumpulan berdiri di tengah.
Amran memberi peluang kepada Amele untuk menjadi ketua semula selepas 5 tahun Amele meninggalkan jawatan itu kepada dia.
"Budak aku dah jumpa mana tempat Kiran. Dan harini, tugas kita satu. Hancurkan diorang dan selamatkan keluarga aku." ujar Amele.
"Aku tahu dalam masa sebulan ni, Kiran mampu bunuh ramai dalam kalangan kita. Aku ucapkan takziah. Tapi hari ni aku tak nak korang sedih. Aku nak korang bangun, lawan untuk kembalikan hak kita dan menuntut bela kematian kawan kita." sambung Amele.
"Ikut plan yang kita bincang tadi. Bunuh semua jangan tinggal seorang pun." ujar Amele.
Semua mata memandang ke arah Amele.
"Habiskan semua." ujar Amele lalu semua didalam itu bersorak.
"Berhenti!" jerit suara seseorang.
Semua menoleh memandang pintu masuk ruang itu.
Semua terjejut melihat wajah Inspektor Rushdan.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Amran yang menghalang langkah Rushdan dan team polis dia.
"Jangan risau, aku tak nak tangkap korang pun. Aku cuma nak join korang hancurkan Kiran. Budak aku ramai mati dekat tangan dia. Dan aku tak akan diam diri." ujar Inspektor Rushdan.
Amran memandang Amele untuk meminta kepastian dari Amele.
"Well kau tahu kalau kerja dengan aku macam mana. Ada pertukaran barter as usual." ujar Amele.
"Tak payah risau. Line clear. And rekod korang clean." balas Inspektor Rushdan.
Dengar macam makan rasuah tapi tak.
"Well, kau boleh join kitorang harini." balas Amele.
Dan semua didalam ruang itu kembali bersorak.
***************
Kiran mencengkam dagu Iyan kasar."Mak bapak kau banyak mencabar tahap kesabaran aku. Lagi-lagi mak kau. Jadi kau jangan ingat kau boleh bersenang lenang dekat sini. Kejap lagi kau tunggu mak bapak kau sampai. Aku tak sabar nak bunuh kau sekeluarga." ujar Kiran lalu melepaskan cengkaman di dagu Iyan dengan kasar.
Lalu dia menghampiri Genyna. Genyna memandangnya tajam.
"Kau ni lawa. Tapi sayang. Kau ni adik musuh kegemaran aku. Tapi tak apa, lepas abang kau mampus, aku nak try tidur dengan kau satu malam. Teringin nak rasa badan keturunan Atlass." ujar Kiran.
Belum sempat Genyna ingin menjawab tiba-tiba pintu bilik itu terbuka dari luar.
Genyna dan Puan Sri Hazirah memandang susuk tubuh itu tidak percaya.
"Asha. Tolong ibu." pinta Puan Sri Hazirah.
Asha tergelak sinis lalu duduk mencangkung dihadapan Puan Sri Hazirah.
"What? Tolong? Kau rasa aku nak tolong ke, huh? Bodohlah aku kalau tolong kau. Sebab aku yang mimta Kiran culik kau dan bunuh kau." balas Asha lalu menunjal kepala Puan Sri Hazirah.
"Kau habiskan cepat nyawa orang tua tu boleh tak? Tak payah ajak dia sembang." arah Kiran.
Asha terus mengeluarkan pistolnya. Dia baru belajar menggunakan pistol itu. Itupun selepas banyak kali memujuk Kiran umtuk mengajarnya kerana dia mahu membunuh Puan Sri Hazirah menggunakan tangannya sendiri.
"Bye bye." ujar Asha lalu menarik picu.
"Boss! Diorang dah sampai." ujar salah seorang anak buah Kiran yang baru muncul di bilik itu dan disebabkan itu Asha tidak sempat membunuh Puan Sri Hazirah.
"Gerak!" arah Kiran.
"Kau duduk sini." ujar Kiran kepada Asha lalu dia berjalan naik ke tingkat atas untuk menyambut kedatangan musuh kesayangan nya.
Puan Sri Hazirah melepaskan nafas leganya. Dalam hati dia berdoa agar anaknya cepat menyelamatkan dia.
"Kau jangan ingat kau dah terlepas eh. Aku akan bunuh kau kejap lagi. Kau tunggu je." ujar Asha.
"Kau ingat kau boleh bunuh mak aku? Kau tunggulah abang aku and Amele datang. Kau yang akan mati tak sempat mengucap kejap lagi." balas Genyna.
Asha menjeling Genyna tajam. Dan dia memandang Iyan. Kalau diikutkan hati dia, dia mahu memukul Iyan secukupnya. Tetapi dari awal lagi Kiran sudah menghalang dan melarangnya menyentuh Iyan. Jadi dia terpaksa akur.
TBC
Nah lagi untuk harini. Kepada korang yang tak ingat siapa Affan and Alice tu boleh check balik chapter 18.Jangan lupa vote. Thank you!
#staysafe--C A Y R E N--
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...