Sedang mereka bersarapan idea bernas Gibran tiba-tiba muncul. Dia terus memandang Iyan yang sedang makan.
"Iyan." panggil Gibran.
Iyan memandang ayahnya.
"Pergi holiday nak tak?" tanya Gibran.
"Nak!" balas Iyan gembira.
Amele memandang Gibran.
"Bukan you tengah busy dengan projek baru you dekat Singapore tu ke?" soal Amele.
"Alah kalau aku cheat seminggu apa masalahnya. Tu ofis aku. Siapa berani nak lawan?" balas Gibran.
"Suka hati you lah." ujar Amele.
"Kita nak pergi mana daddy?" soal Iyan.
"Iyan nak pergi mana?"
"LA jom daddy." cadang Iyan.
"LA? Los Angeles? Alright nanti daddy arrange our flight lepas makan ni." ujar Gibran.
"Bila you nak pergi?" soal Amele sambil memandang Gibran.
"Malam ni naik PJ aku." balas Gibran.
"Untunglah kaya." perli Amele.
"Harta kau juga." ujar Gibran sambil mengangkat keningnya.
Amele menggulingkan matanya.
*************
Malam itu seperti yang dijanjikan mereka bertolak ke LA menaiki pesawat peribadi Gibran.Amele selepas menidurkan Iyan terus mengambil tempat dihadapan Gibran dan menyelimutkan badan dia untuk tidur.
❤ 3356 likes
gibranatlass - There is nothing that can stop us from being happy. Goodnight wife❤️@mieramr Wah nak pergi holiday mana tu?
@balqisnabila145 Mana baby?? Happy holiday!
@sofyamustafa Jangan lupa share gambar banyak-banyak tau.'Aku akan buat kau bahagia balik, Amele.' ujar Gibran dalam hati sambil memandang Amele tanpa lepas. Kemudian dia juga turut terlena dibuai mimpi.
18 jam kemudian
Penerbangan dari Malaysia ke kota Los Angeles itu selamat mendarat di Los Angeles International Airport.
Sampai sahaja di LA orang suruhan Gibran sudah sedia menunggu di hadapan balai ketibaan dan membawa mereka ke hotel Casa Del Mar, salah sebuah hotel perkongsian syarikat Atlass Generation.
Hotel itu antara hotel 5 bintang di Los Angeles.
Sementara Gibran mengambil kunci di kaunter reception, Amele membawa anaknya melihat sekitar hotel itu.
"Mommy nak mandi pool." ujar Iyan sambil menggoyangkan tangan ibunya.
"Aik. Dekat rumah ada swimming pool tak nak mandi. Sini baru nak mandi." perli Amele.
Iyan tersengih.
"Let's go." ujar Gibran lalu meraih tangan isterinya.
Mereka bertiga berjalan seiring sehingga tiba di bilik.
Iyan sudah awal-awal lagi membuat tawaf satu bilik itu. Berlari seorang diri.
Amele memandang permandang kota Los Angeles itu. Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke negara itu.
"Daddy! Jom mandi pool!" jerit Iyan.
Amele menoleh memandang anaknya yang berlari ke arah Gibran yang sedang membuka jam tangannya.
"Tak penat ke anak mommy ni?" soal Amele sambil berjalan ke arah suami dan anaknya.
"Tak. Bukan Iyan yang bawak kapal terbang tu." balas Iyan.
"Pergi tukar baju. Kejap lagi kita turun." ujar Gibran lalu mencium dahi isterinya dan berjalan ke bilik air.
Iyan sudah berlari ke luggage dia untuk mencari baju mandinya.
Amele masih terpaku mendapat ciuman tiba-tiba Gibran.
*****************
Puan Sri Hazirah ke hulur ke hilir mendail nombor anak lelakinya.Tan Sri Glorayf yang dari tadi memandang sudah naik pening dengan isterinya.
"Awak ni kenapa tak senang duduk saya tengok?" soal Tan Sri Glorayf.
"Mana saya nak senang duduk kalau dari semalam saya call Gibran tak berangkat. Entah ke mana dia pergi." balas Puan Sri Hazirah.
"Kenapa pulak awak nal risau? Dia dah ada isteri. Pandai lah si Amele tu jaga si Gibran tu." ujar Tan Sri Glorayf.
"Masalahnya, saya tak percaya si Amele tu. Kalau dulu dia boleh buat Gerard hampir mati, ini awak nak saya percaya dia jaga Gibran? Eh tak lah!" balas Puan Sri Hazirah.
"Boleh tak awak tutup cerita lepas, Zirah. Walaupun benda yang dia buat tu salah. Membahayakan Gerard dan kita, tapi awak kena ingat. Sebab si Amele tu lah, Gerard dapat rasa kebebasan. Kalau tidak, Gibran tu masih kurung dia dalam penjara kaca dia tu. Awak kena ingat tu." marah Tan Sri Glorayf.
"Apa-apa jelah. Tapi saya masih tak percaya kan dia. Tu anak dia tu. Saya tak percaya tu anak Gibran." balas Puan Sri Hazirah.
"Ya Allah, Hazirah! Iyan tu cucu kita, Hazirah! Tergamak awak cakap macam tu! Hina sangat ke Amele tu di mata awak, Hazirah?!" marah Tan Sri Glorayf.
"Ya! Dia tu hina! Sama hina dengan keluarga dia!"
"Hazirah!" jerkah Tan Sri Glorayf.
"Awak lupa ke, dulu awak lebih sayang kan dia berbanding Nyna? Awak lupa ke? Sampai Nyna terasa hati? Awak lupa ke, Hazirah?!" soal Tan Sri Glorayf dengan nada yang tinggi.
"Saya ingat. Dan saya menyesal sayangkan dia dulu. Dan sekarang ni, saya nak dia bercerai dengan Gibran dan kahwin dengan Asha." ujar Puan Sri Hazirah.
"Subhanallah, Hazirah! Bawak mengucap lah! Baik! Kalau awak nak rumahtangga anak menantu awak hancur, saya juga akan hancurkan rumahtangga kita." nalas Tan Sri Glorayf yang sudah hilang sabar dengan isterinya.
"Apa maksud awak?!" soal Puan Sri Hazirah dengan nada marah.
"Kalau awak nak Amele tu merana jadi janda atau berkongsi suami, saya juga akan buat awak rasa macam tu. Biar awak rasa apa yang Amele rasa. Awak jangan cabar saya, Hazirah!" terang Tan Sri Glorayf.
"Awak jangan nak berani?!" marah Puan Sri Hazirah.
"Kenapa? Kenapa awak nak marah? Saya kata saya akan buat. Awak pegang janji saya. Kalau awak paksa Gibran kahwin lagi dengan anak kawan awak tu, saya tak teragak-agak nak cari madu untuk awak. Awak yang cabar saya!" balas Tan Sri Glorayf lalu dia berjalan ke tangga untuk naik.
"Awak!" jerit Puan Sri Hazirah.
Tan Sri Glorayf hanya mengendahkan jeritan isterinya.
Kalau cara itu sahaja untuk menyelamatkan rumahtangga anak nya, dia akan lakukan. Kerana manusia seperti Puan Sri Hazirah perlu diajar. Biar dia rasakan.
TBC
Nah chapter 44. Suka tak tengok Puan Sri Hazirah tu kena basuh dengan ayah Gibran. HAHAHA. Btw, izinkan patik menggunakan nama [mieramr x SofyaMustafa x BalqisNabila145] untuk komen diatas 🙏. Don't forget to vote. Thank u.
#staysafe--C A Y R E N--
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...