"Dad tak pernah nampak apa yang Amele dah buat. Semua pengorbanan Amele. Dia tak pernah nampak. Kitorang tak tahu kenapa. Walaupun kitorang letak Amele dekat tempat yang sama Dad letak dia, tapi kitorang masih nampak pengorbanan dia. Kitorang nampak kesakitan dia." ujar Amran.
"Kitorang faham dia." ujar Amry pula.
Baru sahaja dia ingin sambung ayatnya, Amele keluar dari sebalik dinding.
"Korang tak pernah faham!" marah Amele.
Iyan yang tadi menghiraukan pakcik-pakcik dan ayah dia terus menoleh memandang mommy dia.
"Sayang." panggil Gibran lalu memberi isyarat bahawa Iyan ada disitu.
Dalam masa yang sama Jack baru sahaja lalu di luar rumah.
"Jack!" panggil Amele.
Jack terus menghampiri isteri majikannya.
"Bawak Iyan naik." arah Amele.
"Iyan ikut u cle Jack naik." ujar Amele.
Iyan hanya mengikut arahan mommynya. Dia dah biasa kalau situasi tegang macam ni mommy dia akan suruh Lique bawa dia naik ke bilik dia.
Hilang sahaja bayang Iyan, Amele memandang abang-abangnya.
"Korang tak pernah faham aku. Tak pernah langsung bagi aku peluang untuk bahagia. Korang fikir aku apa?! Robot?! Tak ada hati! Tak ada perasaan! Aku dah penat! Aku manusia biasa bukan anak patung." ujar Amele.
Amran yang baru sahaja ingin membalas kata adiknya, tiba-tiba loceng rumah adiknya berbunyi tanda ada orang datang.
Gibran bangun membuka pintu. Riak wajahnya yang tenang bertukar menjadi terkejut.
Gibran memberi laluan kepada kedua orang tua Amele masuk selepas dia menyalami kedua orang tua itu.
Amele yang nampak kelibat ayahnya melangkah masuk ke ruang tamu, membuatkan Amele tergelak sinis.
"Wah, bawak team eah, Amran, Amry. Hebat korang." ujar Amele sinis.
Amran dan Amry juga terkejut melihat wajah kedua orang tua mereka.
Tiada dalam plan mereka untuk bawa Dad dan Mom mereka.
"Amele. Kitorang tak cakap dengan Dad pun kitorang nak datang sini." ujar Amran.
"Kau ingat aku percaya cakap kau?" soal Amele sinis.
Tan Sri Arden Andess memandang anaknya tajam.
Puan Sri Amyra pula terkejut dengan cara anaknya menyambut kedatangan dia.
Gibran yang perasan ketegangan yang berlaku itu terus menyuruh kedua mentua dia dan isterinya duduk.
"Relax, sayang. Bincang elok-elok." pujuk Gibran.
"You nak I sabar berapa lama lagi? Diorang patut bersyukur I dah bla dari hidup diorang. Hari ni sibuk nak cari I balik. I tak faham dengan diorang ni." balas Amele tanpa memandang ahli keluarganya.
"Okay kita settle elok-elok." ujar Gibran lalu memandang Amran untuk mulakan perbincangan.
"Dad. Kenapa Dad datang sini?" soal Amran.
"Aku datang sini nak jumpa cucu aku." balas Tan Sri Arden Andess.
Amele memandang wajah ayahnya.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...