13

4.9K 136 2
                                    

Amele terasa tidurnya diganggu seperti ada tangan di dahi dan di pipi nya. Dia trrus membuka matanya dan kelihatan Gibran di hadapan nya.

"Feeling better?" soal Gibran sambil tangannya menekup pipi Amele.

Amele mengangguk kepala nya. Sakit kepalanya sudah beransur hilang.

"Aku panggil doktor okay." ujar Gibran tetapi langkahnya terbantut apabila menarik lengannya.

"It's okay lah. I'm okay. Tak payah nak call doktor suruh datang." ujar Amele.

Dia tidak suka doktor. Dia paling fobia dengan doktor dan ubat.

Gibran menggelengkan kepalanya lalu dia duduk di sebelah Amele.

"Kenapa tak call or whatsapp? Nasib Athea dengan Jack bagitahu aku." ujar Gibran risau.

Terbit rasa bersalah dalam diri Amele.

"Bukan tak nak bagitahu tapi I tak larat." balas Amele dengan bibir sengaja dimuncungkan.

Gibran mengusap rambut hitam keperangan itu.

"Suka buat aku risau." ujar Gibran.

"By.." panggil Amele.

Gibran mengangkat kening.

"If you tak kisah lah kan, boleh tak you bagitahu I kenapa you buat abang you macam tu?" tanya Amele.

Usapan dikepala Amele terhenti. Gibran memandang lama isterinya.

"It's about family." balas Gibran.

"Atuk aku Gjeremi Atlass or kalau dalam dunia mafia orang kenal dia as Jemy. Atuk aku punya pengaruh dalam mafia ni besar. Sangat besar. Dia just ada 3 orang cucu. Aku, Gerard and Genyna. Pangkat dia just akan turun dekat Gerard ataupun aku. Itu pilihan dia." jelas Gibran.

"One day dia decide yang dia nak Gerard ganti tempat dia and aku tak akan ada kena mengena dalam dunia gelap tu. Tapi Gerard bantah. Gerard tak nak. Tapi atuk aku ni dia berkeras nak juga Gerard ambil tempat dia. Aku mula syak mesti ada something antara atuk aku and Gerard. Sebab atuk aku tak pernah mendesak kitorang bertiga. Dia akan terima je apa keputusan kitorang." sambung Gibran.

Amele mendengar dengan teliti. Sudah tiba masanya dia perlu tahu kenapa dan mengapa Gibran buat abang dia sebegitu.

"So aku siasat. And aku jumpa jawapan tu tiga tahun lepas. Lepas arwah atuk aku meninggal. Sebelum dia meninggal dia ada suruh aku cari Gerard and paksa Gerard ambil tempat dia. Sebab dia kata Gerard ada something berharga. And lepas dia meninggal aku cari Gerard and aku cari apa benda berharga yang atuk aku maksudkan." jelas Gibran lagi.

"Aku jumpa benda berharga tu. Gerard ialah cucu sulung atuk aku. Dari lahir lagi atuk aku dah pilih dia untuk ganti tempat atuk aku. 7 bulan lepas dia lahir, atuk aku ada ada buat tanda pada pergelangan tangan Gerard. And waktu umur dia 6 tahun, atuk aku dah ambil retina mata Gerard untuk semua harta Atlass. Maksudnya atuk aku dah amanahkan semua harta Atlass kepada dia sebab dia cucu sulung." ujar Gibran.

"Lepas je aku dapat tahu yang dia ni sangat penting, aku start atur plan untuk ambil dia dari A-DarkA. Aku palsukan kematian dia sebab aku tak nak musuh Atlass tahu yang dia masih hidup. Aku tahu, ramai musuh Atlass dekat luar sana cuba cari Gerard. Diorang nak semua harta Atlass sebab nak hancurkan keluarga Atlass. Sebab tu aku kurung Gerard. Gerard tak pernah tahu pun apa maksud tanda dekat pergelangan tangan dia tu. And dia pun tak tahu pasal cerita ni. Dia ingat aku kurung dia selama ni sebab aku berdendam dengan dia. Tapi dia salah. Aku buat semua ni sebab aku nak protect dia. Dan sekarang ni, A-DarkA dah bahayakan nyawa abang aku. Aku akan cari Snipiece sampai dapat." sambung Gibran.

Sejujurnya dia sangat risau tentang keselamatan Gerard.

"Ibu dengan ayah tahu ke pasal hal ni?" soal Amele selepas sekian lama dia mendiamkan diri.

Rupanya selama ni, mereka sudah tersilap. Mereka bukan cuba menyelamatkan Gerard tetapi lebih membahayakan nyawa Gerard. Dia perlu pulang kan Gerard kepada Gibran semula. Dia mesti cari jalan.

"Semua family aku tahu." balas Gibran.

"Tapi kenapa I tengok you macam menyeksa abang you je? Macam tak ada ciri-ciri nak protect dia." tanya Amele lagi.

"Macam yang aku cakap dia tu keras kepala. And aku ni baran. So kalau keras kepala jumpa baran kau rasa jadi apa?" balas Gibran.

"And dia pula memang ingat yang aku kurung dia sebab aku berdendam dengan dia sebab aku terpaksa ganti tempat atuk aku. Memang lah pada awal tu aku rasa nak bunuh dia. Tapi bila fikir balik, kalau aku dekat tempat dia pun aku tak nak ganti tempat atuk aku." sambung Gibran.

Amele menganggukkan kepalanya tanda faham. Semua persoalan sudah pun terjawab. Sekarang ini tiba masanya untuk dia bagitahu abang-abang nya cerita sebenar. Dan pulangkan semula Gerard kepada Gibran.

"And now it's your turn." ujar Gibran.

Air muka Amele sudah berubah. Air liur di telan payah.

"Kenapa dengan I?" soal Amele.

Dia takut rahsia nya sudah terbongkar.

"Kenapa kau tak bagitahu aku kau kerja dengan family kau? AA Holdings. Aku tak pernah nampak kau siap nak pergi office pun." tanya Gibran.

Amele melepaskan nafas leganya. Ingatkan dah kantoi.

"I work from home je. Jarang sekali I pergi office. Yang pasal hotel dekat Amsterdam tu, memang I yang handle dari dulu lagi. Bukan sengaja I nak bekerjasama dengan you,okay. Jangan salah faham." balas Amele.

Gibran menganggukkan kepalanya.

"Tapi kenapa tak bagitahu aku?" soal Gibran.

"Sebab I work from home. Bukannya ulang alik pergi office. I akan keluar bila ada meeting yang betul-betul penting je. Kalau tak berapa nak penting abang Amry yang akan pergi." balas Amele lagi.

Amele seorang yang tidak suka menonjolkan diri depan khalayak ramai. Cukuplah orang just tahu namanya. Tidak perlu lah tahu sehingga hal peribadinya.

KRING KRING

Gibran menoleh memandang iPhone SE nya. Dia mengambil dan menjawab panggilan itu di luar bilik.

Apabila kelibat Gibran hilang, Amele terus mencapai iPhone nya.

Jangan hantar Gerard pergi lagi selagi aku tak jumpa dia.

Mesej itu dihantarnya kepada Amran. Lalu di deletenya. Seperti biasa Amele buat kerja clean without leave a proof.

Amele mengeluh. Bermaksud semua benda yang terjadi sekarang ini hanyalah sia-sia dan buang masa. Rasa menyesal pun ada. Dia pun tak tau nak rasa apa.

TBC

So korang dah tahu lah kan kenapa Gibran buat Gerard macam tu. So sekarang ni siapa yang jahat and siapa yang baik?  Entahlah 😂. Jangan lupa vote ok gais.
SELAMAT BERPUASA!
#stayathome

--C A Y R E N--

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now