57

4.5K 163 15
                                    

Amele membantu Puan Sri Hazirah di dapur. Walaupun layanan ibu mentua dia masih dingin terhadap dia, tapi dia tidak kisah. At least dia tidak sombong untuk menegur Puan Sri Hazirah.

Amele yang sudah siap menyiapkan meja untuk makan malam kembali ke dapyr untuk mengambil lauk.

"Amele bawak tu pergi depan." arah Puan Sri Hazirah lembut. Tidak kasar seperti dulu. Amele memandang ibu mentua nya pelik.

"Kau pandang apa?" sergah Genyna dari belakang.

Amele pelik. Layanan Genyna dan Puan Sri Hazirah kembali seperti dulu terhadap dia.

Amele terus mengambil mangkuk yang berisi kuah tomyam itu dan dibawa ke depan.

Amele yang dari tadi menahan nafsu dia daripada memandang tomyam kerana tomyam ialah lauk kegemaran dia.

"Nyna panggil semua." arah Puan Sri Hazirah.

"Baik, maam." balas Genyna lalu berlalu keluar dari dapur.

Semasa makan malam itu, semua ahli keluarga Atlass berkumpul.

Sedang mereka sedap menjamu selera, tiba-tiba Puan Sri Hazirah membuka mulut.

"Gibran." panggil Puan Sri Hazirah.

Gibran memandang ibunya.

"Gibran tak nak bawak Amele pergi honeymoon ke?" soal Puan Sri Hazirah.

Amele yang mendengar soalan itu terus tersedak. Gibran di sebelahnya menghulurkan air.

Setelah reda, Gibran memandang ibunya semula.

"Kenapa? Ibu nak cucu lagi ke?" soal Gibran sambil tersenyum nakal.

Lagi sekali Amele tersedak dan kali ni lagi gempak sebab Amele baru nak telan kuah tomyam. Pergh dia punya perit. HAHAHA

"Ibu tak kisah kalau Gibran nak bagi ibu cucu lagi. Lagipun dulu awal-awal kahwin kamu berdua tak pergi honeymoon pun kan?" ujar Puan Sri Hazirah.

Gibran memandang Amele.

"Sayang nak pergi mana?" soal Gibran sambil tersenyum.

"Siapa nak jaga Iyan?" soal Amele.

Dah nama honeymoon takkan si Gibran ni nak bawak Iyan. Memang jawapannya Iyan kena tinggallah.

"Tak apa ibu boleh jaga." ujar Puan Sri Hazirah.

Amele memandang ibu mentuanya. Dia seolah tidak percaya. Sebab ibu mentuanya tiba-tiba  sahaja berubah menjadi baik dengan dia. Begitu juga dengan Genyna.

Puan Sri Hazirah dan Genyna yang perasan dengan pandangan Amele terus bersuara.

"Aku minta maaf, Amele. Aku tau aku salah. Aku tak patut balas dendam dengan kau. Aku betul-betul minta maaf." ujar Genyna.

"Ibu pun nak minta maaf dengan Amele. Ibu tak sepatutnya berniat nak putuskan hubungan Amele dengan Gibran. Dan ibu tak sepatutnya kata Iyan bukan cucu ibu. Ibu minta maaf." ujar Puan Sri Hazirah.

Amele memandang kedua-dua wanita di hadapan nya.

"Amele dah lama maafkan semua orang. Tak dapat apa pun kalau berdendam." balas Amele sambil tersenyum.

"Alhamdulillah. Akhirnya baik jugak kamu bertiga. Tapi itulah. Melepas lah saya nak bagi awak madu." ujar Tan Sri Glorayf.

"Apa awak cakap?" soal Puan Sri Hazirah dengan nada geram.

Semua di meja itu gelak.

Iyan yang tidak tahu apa-apa itu memandang pelik. Pelik betul jadi orang besar ni.

*********************
Andess Mansion

"Kamu berdua ni kenapa lately ni, Mom tengok selalu balik rumah? Selalu payah nak tengok muka kamu berdua." ujar Puan Sri Amyra.

"Alah Mom ni. Kitorang selalu balik salah. Tak balik salah. Nak merajuk lah macam ni." balas Amry.

"Eh kau ni. Aku hempuk pakai gelas ni karang." marah Amran yang sudah mengangkat gelas Louis Vuitton kesayangan ibu dia.

"Eh gelas Mom. Kamu kalau nak pukul si Amry ni boleh tapi jangan rosakkan barang Mom." ujar Puan Sri Amyra.

"Mom! Asal bagi dia pukul Amry?" soal Amry sambil membuat nada mahu menangis.

"Memang ada malam ni aku sembelih kejap lagi." ujar Amran.

"Kamu berdua ni dah cukup besar. Seorang umur dah 33 dan seorang lagi dah 32-"

Tan Sri Arden tidak sempat menghabiskan ayat dia kerana Amry telah memotong.

"Kenapa kitorang tak kahwin lagi? Huh dah agak dah. Amran, jawab." potong Amry.

"Asal aku bahalul." marah Amran.

"Tadi pandai potong cakap Dad, sekarang jawab lah." ujar Tan Sri Arden.

"Hmm. Hah! Jodoh tak sampai lagi." balas Amry.

"Mana jodoh tu nak sampai kalau kamu tak cari." ujar Puan Sri Amyra.

"Mom tak kira. Hujung bulan depan kalau tak bawak lagi calon menantu untuk Mom dengan Dad, Mom sendiri yang tolong carikan untuk kamu berdua." sambung Puan Sri Amyra.

"Aduh, Mom apa ni?" balas Amry.

"Apa apa? Kamu nak sangat tunggu jodoh tu sampai kan? Hah, nanti Mom tolong bawak dia jumpa kamu. Dah jadi bujang terlajak pun ada hati nak memilih. Ingat awak tu muda sangat ke?" bebel Puan Sri Amyra.

Amran dan Amry menahan telinga. Kalau Puan Sri Amyra dah start membebel memang tak akan stop.

**************
Malam itu, Amele dan Gibran tidur di rumah parents Gibran.

Selepas menidurkan Iyan, Gibran berjalan ke katil dia.

Dia membaringkan badannya di atas tilam selepas membuka baju tshirt putihnya.

"Kau tengok apa tu?" soal Gibran yang nampak Amele ralit memandang skrin iPhonenya.

"Tengah tengok Maldives ni. Lawa kan? I teringin nak pergi sana." ujar Amele.

"Kau nak pergi sana ke?" soal Gibran.

Amele mengangguk.

"Okay. Aku nak tidur. Goodnight, wife." ujar Gibran.

"Goodnight, husband." balas Amele lalu menunduk mencium dahi suaminya dan memadam lampu meja di sebelahnya dan kemudian dia baring di sebelah Gibran sambil memeluk badan sasa Gibran.

TBC

Goodnight guys. Esok aku update lagi. Jangan lupa vote okay. Thank u.
#staysafe

--C A Y R E N--

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now