Amele pelik sudah seminggu dia tidak diganggu oleh Kiran. Nota yang dia sering dapat dulu pun sudah tiada.
"Kau mesti ada plan kan?" soal Amele sendirian sambil memandang pemandangan jalanraya di luar ofisnya.
Jam baru menunjukkan jam 3 petang tetapi jalanraya sudah sibuk seperti pukul 5 petang waktu balik kerja.
Tiba-tiba iPhonenya berbunyi. Dia memandang skrin iPhonenya.
Private Number
Amele yang malas ingin berteka teki terus mengangkat.
Angkat sahaja telefon itu dia terdengar bunyi tembakan dilepaskan.
"Mommy!!"
Suara itu. Dia kenal. Suara Iyan.
"Kau dengar kan suara siapa tu? Kau dengar sini eh, kalau kau rasa kau tak nak jumpa anak kau dalam keadaan tanpa nyawa kau datang tempat aku. Kalau boleh bawak suami kau sekali biar bagi enjoy party aku malam ni." ujar Kiran lalu di akhir ayatnya dia gelak.
"Kau memang bangsat! Kau dengar sini, sikit kau sentuh anak aku, aku sumpah akan bunuh kau tanpa kau sempat mengucap." balas Amele.
"Goodluck." ucap Kuran lalu memutuskan panggilan.
"Babi!" smcarut Amele lalu dia terus mencapai handbag dan kunci kereta nya.
****************
"Kau memang mencabar tahap kesabaran aku lah sial!" marah Gibran apabila Kiran menelefon dia dan dia mendengar suara jeritan mak dan adiknya."Kalau kau rasa kau tak nak adik kau mengandungkan anak aku, baik kau datang sini." ujar Kiran.
"Aku bunuh kau kalau kau sentuh adik dengan mak aku." balas Gibran.
"Oh itu kalau adik dengan mak kau. Tapi kalau anak bini kau?" soal Kiran lalu tergelak besar di hujung ayatnya.
"Kau memang sial lah anjing!" balas Gibran lalu memutuskan panggilan dan mendail nombor Amele.
Tutt tutt...
"Gibran!"
"Amele!"
Jerit mereka serentak.
"Kau dekat mana ni?! Asal suara kau cemas ni?" soal Gibran risau.
"Iyan. Iyan kena culik. Dengan Kiran." ujar Amele.
"Shit! Kau dekat mana?" soal Gibran.
"I on the way balik." balas Amele.
"No! Jangan! Pergi A-DarkA. Jumpa dekat sana. Bawak kereta elok-elok. Kita akan bawak Iyan balik. Aku janji." ujar Gibran lalu memutuskan talian. Dia terus berlari keluar dari biliknya.
*****************
Amele sampai sahaja di A-DarkA semua anak buahnya menunduk memandang dia. Amele yang tidak peduli dengan pandangan pelik dari anak buahnya terus berlari ke bilik abangnya.Terus dia rempuh bilik itu. Kelihatan Amran, Amry, Arfan dan Tan Sri Arden sedang berbincang sesuatu.
Semua mata memandang Amele terkejut.
"I need your help." ujar Amele.
"Why? What's wrong?" soal Arfan.
"Iyan kena culik dengan Kiran." balas Amele.
"Fuck!"
"Shit."
"Anjing."
Semua bahasa carutan keluar dari muluk tiga jejaka itu.
Tan Sri Arden memandang Amele. Amele menjeling ayahnya.
"So, Gibran dah tahu?" soal Amry.
"Dah dia on the way ke sini." ujar Amele.
Tidak lama kemudian pintu bilik itu dirempuh sekali lagi. Tetapi kali ini oleh Gibran.
"Woi! Pecah lah pintu aku!" marah Amran.
"Mak dengan adik aku pun dekat dia. Rumah kitorang dah kena kepung dengan budak Kiran. Budak-budak aku semua on the way ke sini. Itupun ramai yang dah cedera dekat mantion aku tadi." ujar Gibran.
"Maksudnya, kalau dia serang rumah and mantion kau. Maksudnya.."
"Mom!" semua dalam itu ujar serentak.
Tan Sri Arden terus berlari keluar dari bilik itu.
Tetapi langkah nya mati apabila Amele menegurnya.
"Kalau kau rasa nak mati awal balik lah." ujar Amele kasar.
Tan Sri Arden memandang Amele tajam lalu berjalan ke arah Amele.
"Kalau kau tak sayang isteri aku itu masalah kau. Bukan aku. Aku suami dia aku kena jaga dia. Keselamatan dia tanggungjawab aku." balas Tan Sri Arden keras.
"Kau cakap pasal tanggungjawab. Eh kau dengar sini. Kalau kau pergi sana kau mati, kau rasa kau sempat ke selamatkan Mom?" soal Amele sinis.
"Fikir pakai otak bukan kaki." sambung Amele.
"Okay okay guys. Kita tolak semua tu tepi dulu. Sekarang ni misi kita selamatkan Iyan, ibu and adik Gibran and Mom. But apa-apa dulu, kau Amry call Mom tengok CCTV rumah kita. Tengok Mom macam mana. Okay ke tak? Kau Arfan siapkan budak and suruh Qody cari tempat Kiran." arah Amran.
Amry and Arfan terus keluar dari bilik itu dan melakukan tugas mereka.
Tidak lama kemudian pintu bilik Amran sekali lagi diterjah.
"Boss, budak-budak G's dah sampai." ujar Dany.
Amran menganggukkan kepala dia dan meminta Dany memanggil orang kanan Gibran naik.
"Budak kau ada bawak budak botak tu tak?" soal Amran.
"Ada." balas Gibran.
"Kau guna budak tu untuk cari tempat Kiran. And kau Amele, kumpulkan budak and kumpul kan RAGE. Kau boleh panggil lagi 2 kumpulan tu kan? Aku sure diorang nak join lepas Kiran serang Rayd's dengan Elites haritu." ujar Amran.
Gibran memandang Amele.
"Jangan kata selama ni kau ketua persatuan RAGE." ujar Gibran.
"Well. I yang satukan kita empat kumpulan."balas Amele lalu berjalan keluar dari bilik abangnya.
Kepada korang yang tertanya apa itu RAGE. Let me tell you. Dekat Malaysia ni ada 4 kumpulan mafia yang paling berkuasa iaitu Rayd's, A-DarkA, G's dan Elites. Dan apabila digabungkan mereka akan bersatu menjadi RAGE.
TBC
Peperangan bakal berlaku. Korang dah ready ke? Btw jangan lupa vote. Thank you.
#staysafe--C A Y R E N--
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...