Malam ini adalah malam terakhir Amele dan Gibran di Maldives. Gibran dari awal lagi sudah merancang untuk membuat candle light dinner. Oleh itu, dia sudah siap membeli dress untuk Amele.
Amele tersenyum sambil berjalan ke restoran yang ada di situ. Mereka berjalan berpimpingan.
Sampai sahaja di hadapan restoran itu,Gibran menutup mata Amele menggunakan penutup mata dan dia mengendung badan Amele untuk ke meja mereka.
"Bie, you buat I takut." ujar Amele yang sedang merangkul leher Gibran kemas.
"Don't worry, sayang. Paling kejam aku buat pun, aku campak kau dalam laut." balas Gibran.
"Bie!" marah Amele.
Gibran hanya tergelak kecil.
Sampai sahaja di meja mereka, Gibran mendirikan Amele dan dia membuka penutup mata Amele.
Amele tercengang.
Wow! Jauh dengan bayangan dia.
"Shall we?" soal Gibran.
Amele mengangguk dan merangkul lengan Gibran.
Duduk sahaja di kerusi Gibran terus menghulurkan sejambak bunga ros kepada Amele.
Amele menyambut huluran itu.
"Sejak bila bie pandai bersweet-sweet ni?" soal Amele apabila Gibran sudah duduk di hadapannya.
"Well, as you know me,aku tak adalah mampu nak buat sweet-sweet macam dalam drama korea kau, tapi aku mampu buat kau tersenyum." ujar Gibran.
Amele tersenyum.
Benar. Gibran mampu membuatkan dia tersenyum bahagia.
Selesai makan malam bersama, Gibran menggenggam tangan Amele di atas meja. Mereka saling berpandangan dan bunyi air laut menjadi latar belakang mereka.
"Aku bukan macam lelaki lain yang melamar teman hidup dia dengan melutut sebelah kaki dan hulurkan cincin masa melamar kau untuk jadi isteri aku. Tapi aku nak kau tahu satu benda, aku mampu buat kau dan anak kita tersenyum sampai hujung nyawa." ujar Gibran.
Amele tersentuh dengan kata-kata Gibran. Tidak pernah dia nampak sisi sweet Gibran sepanjang mereka berkahwin.
"Aku tahu, banyak benda kita dah lalui daripada kita mula kenal. Cara kita kenal tak sama macam Jack jumpa Rose. Kita bercinta tak sama dengan Jack dan Rose. Yang sama hanya satu. Cinta kita sampai hujung nyawa." sambung Gibran dan kali ini dia memetik nama watak dalam filem Titanic.
"Thank you, husband. I love you." ujar Amele sambil mengusap tangan suaminya.
"I love you more, wife." balas Gibran lalu mencium tangan isterinya.
Selepas puas berjalan sekitar pantai itu, mereka pulang ke bilik mereka. Sampai sahaja di depan bilik mereka, Gibran menyuruh Amele masuk terlebih dahulu kerana dia mahu hisap rokok.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...