Pulang sahaja daripada bertumbuk semua berkumpul di mansion A-DarkA.
Puan Sri Hazirah, Genyna dan Iyan menerima rawatan di bilik kesihatan A-DarkA.
A-DarkA memang mempunyai 2 orang doktor peribadi untuk merawat anak buah A-DarkA.
Semua terbaring kepenatan dengan senyuman kemenangan.
Amele, Gibran, Amran, Amry, Arfan, Ethan dan Raydan duduk di meja bulat besar di tengah mansion itu.
"So selama ni, kau lah yang satukan kita 4 group?" soal Raydan.
Amele mengangguk.
"Tak sangkakan, perempuan jugak yang mampu satukan kita walaupun kita tetap bergaduh antara satu sama lain dan bekerjasama lawan musuh yang sama." ujar Ethan.
Tidak dinafikan RAGE memang pernah bergaduh antara satu sama lain. Contohnya, pada mula cerita MGA A-DarkA bermusuhan dengan G's.
"Well aku bukan perempuan biasa." ujar Amele.
"So apa plan lepas ni, Snipiece?" soal Raydan.
Amele memandang semua ahli kumpulan RAGE.
"Jangan panggil aku Snipiece. Itu nama hitam aku." ujar Amele.
"And aku akan berhenti dari dunia gelap ni selama-lamanya. And aku harap korang bagi aku peluang hidup macam manusia biasa." sambung Amele.
Mereka di meja itu semua tahu yang Amele dari kecil lagi dilatih menjadi seorang mafia. Disebabkan itu mereka tidak hairan bagaimana Amele mampu menjadi sekejam itu.
"Tapi bapak kau bukan nak anak kau ke?" soal Ethan.
"Aku tak akan pernah bagi anak aku hidup dalam kegelapan sebab aku dah laluinya sepanjang aku hidup." balas Amele.
"Aku akan pastikan Dad tak akan ambil Iyan dari kau." ujar Amran.
"Janji dicipta untuk dimungkiri." ujar Amry.
Amele memandang abang-abangnya.
"Aku minta maaf atas apa yang aku cakap haritu." ujar Amele.
"Kau tak perlu pun. Kitorang yang patut minta maaf. Kosong-kosong?" ujar Amran.
Amele mengangguk.
"Kosong-kosong." katanya sambil tersenyum.
Adik-beradik Andess is back guys!
Betul lah kata pepatah, air yang dicencang tak akan putus.
"Aku tak akan rampas anak kau dari kau. Itu kebahagiaan kau. Dan aku sebagai ayah, tak layak untuk rampas kebahagiaan kau." ujar Tan Sri Arden di pintu masuk bahagian tengah mansion itu.
Semua memandang Tan Sri Arden.
Amele memandang ayahnya sambil tersenyum sinis.
"Kan best kalau ayat tu keluar dari dulu lagi." perli Amele lalu bangun dari duduknya dan melangkah ke arah ayahnya.
"Amele minta maaf dekat Dad. Dan jangan sesekali fikir nak rampas Iyan dari Amele." ujar Amele lalu memeluk ayah dia.
Dari dulu lagi dia berharap sangat dapat peluk ayahnya dan ayahnya membalas pelukan dia.
Tan Sri Arden tersenyum dan membalas pelukan anak perempuan nya.
Kehilangan Tan Sri Arden selama sebulan ini sebenarnya dia pergi ke Kedah dan berjumpa dengan seorang ustaz yang dia kenali. Dia ingin berubah perlahan-lahan.
Sepanjang dia berubah banyak benda yang dia sedar. Terutama sekali tentang Amele. Dan kedua tentang tanggungjawab dia srbagai ketua keluarga. Dia terlampau fikirkan dunia sehingga dia lupa kewujudan akhirat.
*******************
Seminggu berlalu"Amele! Sayang!" panggil Gibran yang baru turun dari tingkat atas.
"You kenapa, bie?" soal Amele yang sedang menonton semula KDrama kegemaran dia, School 2017.
"Cerita ni lagi." ujar Gibran lalu duduk di sebelah Amele.
"Iyan mana?" soal Amele.
"Dekat atas tengah main." balas Gibran.
"Lepastu you tinggalkan dia seorang?" soal Amele.
"Jack ada dekat atas dengan dia." ujar Gibran.
"Oh." ubalas Amele lalu menumpukan perhatian semula di skrin TV.
"Amele." panggil Gibran.
"You nak apa lagi, bie?" marah Amele. Dia paling pantang orang kacau time lepak dia. Dia rasa nak sepak je manusia tu.
"Jom pergi rumah ibu." ajak Gibran.
Amele diam. Dia dah agak dah.
"Amele." panggil Gibran.
"I bukan tak nak pergi. You tahulah ibu you tu macam mana dengan I. I malas nak bergaduh. You pergilah bawak Iyan." balas Amele.
"Jom lah. At least tunjuk muka kau. Kalau ibu cakap apa-apa, kau buat bodoh je." ujar Gibran.
"You cakap senang lah. You tahu I macam mana kan, bie? Kalau sekali I dah panas, memang cerita dia, satu rumah tu I mampu hancurkan." balas Amele.
"Jomlah." ajak Gibran lagi.
"Eee. Dia ni. Selagi tak dapat apa yang dia nak, selagi tu dia nak memaksa. Yelah. Bila nak pergi?" soal Amele sambil memandang suaminya tajam.
"Sekarang." balas Gibran.
"Adumak you ni. Kacaulah." bentak Amele.
"Jom siap." ujar Gibran sambil menarik lengan isterinya.
"Wei, TV tak tutup lagi lah." ujar Amele yang mengikut langkah Gibran.
Gibran berhenti dan berpaling memandang TV dia sesaat.
"Hey Google. Turn off the TV." arah Gibran dan terus menarik lengan isternya naik ke atas.
Tidak sampai 5 saat TV 80 inci itu terpadam sendiri.
Teknologi kan? HEHEHE.
TBC
Next chapter untuk anda. By the way cerita ni sikit lagi nak habis. And aku nak tahu, korang nak sambungan ke nak cerita genre lain? Jangan lupa vote okay. Thank you.
#staysafe--C A Y R E N--
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...