"So, how?" soal Amran.
"Apa how?" soal Amele pula.
"Progress plan kita." ujar Amran.
Amele menyandarkan badannya di kerusi kulit itu.
"Abang rasa?" soal Amele. Sengaja ingin berbasa basi dengan abang sulungnya ini.
Hari ini dia terlepas dari kawalan Jack. Awal-awal pagi lagi selepas Gibran pergi ke kerja, dia sudah keluar rumah tanpa memberitahu Gibran.
Amran menjeling adik nya.
"Aku tak buat lawak, Amele." balas Amran keras.
"Ada nampak Amele buat lawak?" soal Amele bersahaja sambil matanya memandang iPhone nya yang bernyala dan skrin menunjukkan nama Gibran tanpa sebarang bunyi kerana iPhone nya dalam keadaan silent.
"Kau dah start sayang dekat dia?" tebak Amran.
Amele membalas pandangan abangnya.
"Kalau aku sayang dia pun apa masalahnya? Dia suami aku." balas Amele.
"Yes! Memang tak salah. Tapi yang salahnya kalau kau lupa tujuan asal kau kahwin dengan dia!" marah Amran dengan nada yang menengking.
Amele yang tidak suka ditengking bangun dari duduknya dan berjalan ke arah abangnya. Renungan tajam abangnya di balas berani. Belum sempat kata apa-apa, pintu bilik itu dibuka oleh seseorang.
"Woi! Apahal jerit-jerit ni? Sampai luar dengar dho." ujar Amry.
Amran dan Amele tidak peduli dengan kehadiran Amry.
"Aku tak lupa deal kita." balas Amele perlahan lalu berjalan keluar dari bilik itu.
Qody memandang Amele yang berjalan ke arah lift dan dia dapat mengagak kenapa Amran meninggikan suaranya kepada Amele.
***************
Sampai sahaja di rumah banglo 3 tingkat milik Gibran, Amele memarkir kan kereta Chevrolet Camaro nya di sebelah McLarren P1 milik Gibran.Dia memandang kereta Range Rover bewarna merah yang diparkir di hadapan pintu utama rumah itu.
'Awal dia balik.' getus hati Amele.
Amele mencapai handbag nya dan berjalan masuk ke dalam rumah agam itu.
Semasa dia ingin melintas ruang tamu utama untuk ke lift, dia terdengar Gibran bercakap dengan seseorang.
Dia mengintai Gibran disebalik dinding itu.
"Kau pastikan pintu tu lock. Jangan bagi dia lepas." ujar Gibran dengan nada yang tegas kepada pemanggil di dalam telefon itu. Gibran terus mematikan panggilan itu.
Amele terus berjalan melintasi ruang tamu itu.
"Amele Atlass!" panggil Gibran tegas.
Amele terus menoleh memandang muka ketat suaminya.
Dia berjalan mendekati Gibran.
"Where the hell have you been?!" soal Gibran kasar dengan muka ketat nya.
"Out." balas Amele bersahaja.
Dada suaminya diusap lembut.
"Out? Kalau kau keluar apahal tak inform aku dulu?! Kalau ya pun tak nak inform aku, inform Jack!" marah Gibran.
"I bukan sengaja tak nak bagitahu you. But... "
"But apa but?! Banyak alasan kau kan?!" marah Gibran lalu menepis kasar tangan Amele yang berada di dadanya. Tajam matanya menikam wajah bersih Amele.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...