Amele tersedar dari pengsannya.
Benda pertama yang dia nampak ialah seorang doktor perempuan yang sedang menulis sesuatu dan dua orang nurse.
"Mrs Atlass. How do you feel?" tanya doktor itu.
"Fine but pinggang saya sakit." ujar Amele.
"Oh itu mungkin sebab hentakan yang terkena pada dinding kandungan puan." ujar doktor itu dengan senyuman.
"What? Kandungan?" soal Amele blur.
"Ya,puan. Puan mengandung 6 minggu." ujar doktor itu.
Amele terkejut. Dia tidak menyangka ada nyawa di dalam rahim nya.
"Doktor can you help me?" soal Amele.
Doktor itu mengangguk dan dua orang nurse itu melangkah keluar dari bilik itu atas arahan Amele.
*****************
SEMINGGU KEMUDIAN"Ni flight ticket kau." ujar Athea lalu menyerahkan flight ticket itu kepada sepupunya.
Amele mengambil flight ticket itu. Ditelitinya betul-betul.
"Kau serious lah, Amele?" soal Athea.
"Please, Thea. Aku tak nak sesiapa tahu. Tolong aku." rayu Amele.
"Tapi, Mel...."
"No tapi tapi. Kau kena tolong aku. Aku tak ada orang yang aku boleh percayakan dah sekarang ni." ujar Amele.
"Okay, fine." balas Athea.
"Kau tak nak bagitahu family kau ke?" soal Athea.
"As I said aku tak nak sesiapa tahu. Please, Thea." balas Amele seakan merayu.
"Okay. Okay. Aku tak akan bagitahu. Tapi kau kena jaga diri dekat sana. Tu baby tu. Jaga dia untuk aku." ujar Athea.
Amele tersenyum. Dia mengerling jam Swarovski milik nya.
4:30 a.m
"Jom lah. Aku nak fly dah ni." ujar Amele.
"Jom." balas Athea.
Lalu mereka berdua bangun dari duduk dan berjalan menuju ke balai perlepasan.
Mereka berpeluk buat seketika.
"Take care okay. Dah sampai roger aku." ujar Athea.
"Sure. Kau pun jaga diri okay. Thanks for everything. Ingat janji kita." ujar Amele.
"Ye. Aku ingat. Aku tak akan pecahkan rahsia kita." balas Athea.
"Bye. Aku gerak dulu." ujar Amele lalu melepaskan tautan lengan mereka.
Amele berjalan ke gate berlepas. Passport dan flight tiket dia genggam sekuat nya. Dia tidak akan toleh ke belakang lagi.
Dia akan tinggalkan dunia gelap dia sekarang. Semua kenangan pahit yang dia lalui dia akan tinggalkan di sini.
"It's time to move on, Amele." ujar Amele apabila dia melangkah masuk balai perlepasan itu.
MEANWHILE
Gibran tersedar dari mimpi peliknya. Nafasnya turun naik. Dipandang nya sebelah tempat dia tidur.
Kosong.
"Mana pulak minah ni pergi? Dah lah dalam pantang lagi." ujar Gibran sendiri lalu dia mencapai iPhone SE di meja sisi katil saiz king itu tanpa menoleh memandang meja itu.
'Jap mana phone aku?' getus hatinya lalu dia memandang meja itu. Kelihatan ada sehelai kertas bersai A4 di atas meja itu.
Dia ambil surat itu dan remote lampu bilik diambil juga. Dia menekan punat on. Serta merta bilik itu terang benderang.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...