Amele sibuk menyiapkan kerja nya dari selepas Gibran pergi ke ofis.
Iyan pula masih nyenyak tidur walaupun jam sudah menunjukkan jam 1 petang. Selepas sarapan tadi, Iyan rasa mengantuk lagi dan dia minta Amele menidurkan dia.
Mata Amele fokus memandang skrin laptopnya sambil mendengar lagu yang dipasang daripada tv ruang tamunya.
Segala kertas kerja nya di Spain dia cuba siapkan secepat yang mungkin kerana apabila dia pulang ke Spain dia hanya mahu menyelesaikan urusan pemindahan syarikatnya ke Malaysia sahaja. Dia malas ingin mengadap kertas kerja yang rumit ini.
Kerja nya sebagai programmer dan pembuat sistem membuatkan matanya terpaksa memandang cahaya skrin terlalu lama. Dia masih tidak pasti bahawa dia boleh menggunakan sniper lagu ataupun tidak. Dia risau matanya sudah rosak dan tidak setepat dan setajam dulu.
Lique yang sudah pulang ke Spain dua hari lepas banyak membantu dia dengan menghantar dokumen-dokumen penting melalui e-mail.
Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi tanda ada orang di luar pintu rumahnya.
'Haih. Asallah semua yang datang ni lepas guard?' getus hati Amele. Geram.
Amele bangun dari duduknya dan berjalan ke pintu utama.
Bukak sahaja pintu utama itu, kelihatan Puan Sri Hazirah, Genyna dan Asha.
Amele terpana.
'Asal semua yang datang rumah aku ni manusia yang nak cari pasal dengan aku? Huh semak!' ujar Amele dalam hati sambil merenung 3 orang dihadapannya.
"Kau tak reti nak jemput kitorang masuk ke?" soal Puan Sri Hazirah sinis.
Amele tersentak apabila Puan Sri Hazirah menggunakan bahasa kasar dengannya.
Amele mengundurkan dirinya dan memberi ruang kepada 3 orang itu untuk masuk. Walaupun pintu tu terbuka besar, Amele sengaja mengundurkan diri dia.
Puan Sri Hazirah melangkah masuk ke dalam rumah anak lelakinya dan diikuti Genyna dan Asha.
Sampai sahaja di ruang tamu Puan Sri Hazirah meletakkan handbag Versace nya di atas sofa dan menoleh memandang Amele.
"Kau tak reti nak buat air untuk aku le? Itupun nak aku ajar ke?" soal Puan Sri Hazirah dengan nada yang agak tinggi.
"Tak. Sekarang ni Amele tak faham. Apa motif ibu datang sini? Nak show off perempuan ni depan Amele ke macam mana?" soal Amele yang dari tadi diam.
"Yang kau nak kurang ajar dengan ibu aku asal?" marah Genyna sambil melangkah mendekati Amele.
Amele memandang Genyna, bekas kawan baiknya. Sekarang yang diri depan dia ialah musuh baru dia. Bukan keluarga angkatnya di Amsterdam.
"Kau pun aku tak faham? Asal kau dekat sini? Bukan kau cakap kau dah tak nak hadap aku ke?" soal Amele dengan nada tenang sambil memeluk dada nya.
Genyna memandangnya tajam. Sedikitpun tidak membuatkan dia gentar atau takut.
"Alang-alang kau dah tanya kenapa aku datang sini, tak pe aku bagitau tujuan aku. Aku datang sini aku nak kenalkan kau dengan bakal menantu aku, Asha. Tunang Gibran." ujar Puan Sri Hazirah sambil memeluk bahu Asha.
Amele memandang ke arah Asha yang hanya mengenakan skirt pendek paras peha dengan bahagian lehernya terdedah sehingga menampakkan belahan buah dadanya.
Amele mendecit dan tergelak sinis.
"Asal kau gelak?" soal Genyna yang berdiri 3 meter dari Amele.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...