4

5.5K 157 0
                                    

Kereta McLarren milik Gibran berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk Pavilion.

Mereka berdua berjalan beriringan.

Amele semestinya tidak puas hati kerana penampilannya seperti perempuan selekeh dengan mengenakan sweatshirt kelabu yang oversize dengan badannya.

"Tak payah nak buat muka. Pergi beli outfit kau untuk kau pakai hari ni. Lepastu pergi tukar. Sweatshirt tu boleh buang." ujar Gibran.

Kaki Amele sudah berjalan masuk ke dalam butik Zara.

As usual, pekerja butik Zara sudah mengenali nya menegurnya.

"Cik Amele." panggil Anis, pekerja Zara.

"Hai." balas Amele.

"As usual." ujar Amele ringkas.

Seperti biasa, Anis akan membantu Amele dalam memilih pakaian nya.

Gibran seakan pelik dengan keadaan itu membisik sesuatu di telinga Amele.

"Kau kenal perempuan ni ke?" tanya Gibran.

"Kau rasa?" balas Amele lalu berjalan mencari baju nya.

Setelah 15 minit membuat pemilihan,Amele menukar bajunya dan seluarnya. Seperti biasa, Amele lebih suka pakai seluar daripada pakai skirt. Sebab susah nak sepak orang. HAHAHAHA.

Gibran mengeluarkan kad kreditnya.

RM3500

"Kenapa tak RM35k je?" perli Gibran.

"Nasib kau lah dapat tawanan anak orang kaya." balas Amele lalu berjalan keluar dari butik itu.

Gibran menahan geram dengan perangai selamba Amele. Perempuan ni haishh.

TING TING

Gerard mengamuk.

Gibran menahan langkah Amele.

"Kau ambil kad kredit ni. Pergi beli apa yang patut. Aku ada hal." ujar Gibran lalu memberkan kad kreditnya kepada Amele.

Amele mengambil kad kredit itu dengan senyuman gembira.

'Ada chance lah aku nak bla.' getus hati Amele.

Gibran yang perasan senyuman itu. Dia faham.

"Sorry. Kau patut batalkan niat kau yang satu tu. Jack akan ikut kau. Chaw." ujar Gibran lalu menunjuk di mana Jack berdiri.

Jack hanya mengangguk kepalanya tanda hormat.

Terus mata senyuman Amele.

"Whatever." balas Amele lalu berjalan pergi.

*************
Malam itu Amele berdiri di tepi kolam yang ada di halaman rumah itu.

iPhone 11 pro max yang baru dibeli siang tadi ditenung nya.

Teringat lagi kata-kata abangnya siang tadi apabila dia menelefon abangnya untuk meminta abangnya membatalkan misi ini.

Tetapi abang nya kata....

"Amele kena hadap semua risiko ni. Ingat tujuan kita buat benda ni. Gerard. Remember that."

"Kalau Amele nak cepat keluar, Amele kena cari jalan macam mana nak buat Gibran percayakan Amele. And bila dia dah percayakan you mesti dia akan bagitau you siapa diri dia. And mesti bagitau mana dia sorok Gerard. And time tu you boleh keluar dari hidup dia."

Kata- kata Amran terngiang-ngiang di telinganya.

'Macam mana aku nak buat dia percaya dekat aku?' soal Amele sendiri.

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now