49

4.6K 155 17
                                    

Puan Sri Amyra pelik dengan anak-anak lelakinya. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sampai di depan rumah dia.

"Kenapa Mom pandang An dengan Ry macam tu?" soal Amran pelik.

"Tak adalah. Selalu susah nak nampak kamu berdua balik sini. Kalau tak disuruh memang tak balik lah. Ini tiba-tiba muncul, itu yang Mom pelik." balas Puan Sri Amyra.

"Kitorang nak jumpa Dad." balas Amry.

"Dad balik 6 petang karang. Kamu berdua tak masuk ofis ke?" soal Puan Sri Amyra sambil menyediakan minum petang untuk anak-anaknya.

Jam baru menunjuk angka 5 petang.

"Tak apalah. Lepak dengan Mom dululah kalau macam tu." balas Amran.

"Siapa kata kami tak masuk ofis? Kitorang masuk lah. Cuma ada hal sikit tadi dekat A-DarkA itu yang bila dah settle melencong. Malas nak masuk ofis." balas Amry sambil tersengih.

"Apa masalah lagi dengan A-DarkA?" soal Puan Sri Amyra.

"It's okay. Mom tak perlu risau. Kami boleh uruskan. Cuma nak minta pandangan Dad je." balas Amran..

"Amele macam mana?" soal Puan Sri Amyra.

"Dia masih marah kita ke?" soal Puan Sri Amyra lagi.

"Dia tak marah Mom. Dia just marah kitorang berdua and Dad." balas Amry.

"Mom rindu Amele. Mom teringin nak jumpa cucu Mom. Nak harapkan kamu berdua bagi Mom cucu. Hmm. Haram. Umur dah 35,32. Tapi calon isteri pun tak ada." ujar Puan Sri Amyra.

Amran dan Amry hanya membuat tak dengar.

"Nantilah Mom. Malas lah nak fikir pasal tu lagi. Nanti kalau dah ready kitorang bawak calon isteri jumpa Mom." balas Amry.

"Nampak gayanya macam lambat lagi lah tu." ujar Puan Sri Amyra.

"Alah, Mom. Single pun okay apa. Tak payah pening kepala nak fikir pasal rumahtangga macam si Amele tu." balas Amran.

"Amele tu lain. Kamu berdua ni lain. Kamu lelaki. Kuasa ketua keluarga dekat kamu berdua. Kamu kenalah pandai jaga isteri." ujar Puan Sri Amyra.

Amran dan Amry menggaru kepala.

Puan Sri Amyra hanya mampu menggelengkan kepalanya.

******************
Sampai sahaja di rumah, Amele pelik. Tidak pernah Gibran sampai lebih awal daripada dia kalau balik dari kerja.

Masuk sahaja rumah kelihatan Gibran sedang main PS5 dengan Iyan.

"Main game?" soal Amele tidak percaya. Dia ingatkan Gibran bawak anaknya bersiar-siar ke. Bersenam ke. Ini main game.

"Hi mommy." sapa Iyan tapi matanya masih di kaca tv.

"Cakap hi dekat mommy tapi pandang tv. Mommy tak ada dalam tv tu." balas Amele lalu mencium kepala anaknya dan mencium pipi suaminya yang fokus bermain PS5 itu.

"Awal you balik, biy?" soal Amele.

"Saja. Tak ada kerja sangat. Tu yang balik awal." ujar Gibran.

"I ada benda nak bagitahu. Nanti lah dekat atas." ujar Amele yang duduk di sebelah suaminya.

"Pasal nota tu ke?" soal Gibran tetapi matanya masih di skrin tv.

"Maybe ada kena mengena kot. Tak tahulah. Nanti lah I bagitahu." balas Amele.

"Okay."

"Nak makan apa malam ni?" soal Amele.

"Makan luar jom." ajak Gibran.

"Okay boleh. Tak payah I masak. Senang kerja." ujar Amele.

"Memang aku nak kau rehat tapi malam aku nak upah. Jangan buat lupa janji kau." balas Gibran.

Amele menolak bahu suaminya.

"Ada udang sebalik batu ye orang tua ni?" ujar Amele sambil tersenyum.

"Well. Tak semua benda free dalam dunia ni."balas Gibran lalu berpaling memandang isterinya sekejap dan mengenyitkan matanya lalu pandang semula kaca tv itu.

"Dahlah malas nak layan you. Nak naik atas nak mandi lagi bagus. Iyan jangan asyik main game je." ujar Amele lalu berjalan ke tangga.

"Baik mommy!" balas Iyan tetapi matanya masih di skrin tv.

Malam itu, Gibran membawa Amele dan Iyan makan di restoran seafood kegemaran Amele, King Crab.

Sedang mereka seronok makan sambil bertukar cerita dan bergelak, tiba-tiba ada suara sumbang yang meganggu mereka.

"Happy nampak?"

Amele dan Gibran memandang lelaki itu.

Iyan awal-awal lagi Amele menghalang dia memandang lelaki itu apabila mendengar suara itu.

"Eh anak korang ke? Bagi lah dia pandang aku. Teringin nak tengok depan-depan." ujar Kiran.

"Aku dah katakan, kalau kau nak aku, jumpa aku. Kacau aku. Bukan anak aku ataupun suami aku." ujar Amele.

Tiba-tiba dia teringat kes kebakaran kelab malam Gibran siang tadi.

Gibran memandang Amele tidak percaya. Sejak bila isterinya berjumpa dengan Kiran pun dia tidak tahu.

Urat hijau di lengan Gibran timbul. Tunggu masa je tu.

"Lah aku lupa bagi salam. Sorry lah Gibran." ujar Kiran.

"Kau. Berambus." halau Gibran dengan nada dinginnya. Dia fikir ada Iyan je. Kalau tidak, memang mati si Kiran ni dia kerjakan.

"Hmm. Tak apalah. Enjoylah dinner korang. Aku cuma nak tanya je. Kau dah bagitahu belum mesej dekat dinding tu dekat Amele? Mesti dia teringin nak tahu. Bagilah tahu. Okaylah aku balik dulu. Bye." ujar Kiran lalu berlalu pergi.

Gibran menghentak tangannya di atas meja. Lalu dia bangun dari duduk dan mendukung Iyan. Dan keluar dari kedai itu apabila ternampak anak buah Kiran yang berdiri tidak jauh dari kedai itu menunjukkan pistol di selitkan di seluar mereka.

Amele terus bangun dan keluar dari kedai itu.

TBC

Nah chapter ke 4 untuk harini. Aku ada mood rajin aku tulis lah. Kalau malas, lambat lagi nak update banyak-banyak. Stay tune untuk next chapter. Janga. Lupa vote. Thank you.
#staysafe

--C A Y R E N--

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now