Iyan terus berlari memeluk Gibran selepas melihat wajah Gibran di luar balai ketibaan.
"Rindu daddy." ujar Iyan.
Gibran membalas pelukan anaknya.
"Daddy pun rindu anak daddy." balas Gibran.
"Mommy pun rindu daddy." ujar Iyan sambil mengenyitkan matanya ke arah daddy dia.
Gibran memandang Amele yang berdiri di sebelah Lique.
Amele tidak membalas pandangan Gibran. Dia tahu Gibran mengharapkan dia duduk di Malaysia tapi dia masih tidak membuat keputusan. Banyak benda dia perlu fikirkan lagi.
"Jom. Kita pergi makan okay. Iyan belum makan kan?" soal Gibran.
"Tadi dah makan dalam flight tapi masih lapar." balas Iyan.
"Okay jom." ujar Gibran lalu mengenggam tangan anak nya dan berjalan di hadapan Amele.
"Fard. Tolak troli." arah Gibran.
Lalu Lique memberi troli yang penuh dengan bagasi anak majikannya kepada bodyguard Gibran, Fard.
*************
Amele masih membisukan diri. Sebenarnya dia gugup duduk di sebelah Gibran."Nak makan apa?" soal Gibran sambil memandang Amele yang duduk di sebelahnya.
"Laksa." balas Amele.
Kedai ini adalah kedai makan kegemaran Amele. Sengaja Gibran membawa Amele ke kedai ini.
"Mommy. Sedap ke laksa dia?" soal Iyan.
"Sedap. Mommy suka laksa dekat sini." balas Amele.
"Your favourite place eh?" duga Iyan dengan senyuman nakal nya.
"Ya. Mommy punya favourite restaurant." balas Gibran.
Amele memandang Gibran. Gibran senyum.
"So sweet lah daddy." ujar Iyan.
"Mommy kita duduk sini teruskan?" soal Iyan.
Gibran memandang Amele.
"Sayang Mommy duduk dengan daddy dulu dekat sini. Mommy stay sini kejap je. Lepastu mommy balik Spain. Nanti kerja mommy dah siap mommy duduk sini terus dengan anak mommy okay?" ujar Amele.
"So maksudnya kau akan duduk sini terus lah nanti kan?" soal Gibran sambil memandang wajah Amele.
Amele mengangguk kan kepalanya.
"Yay!" sorak Iyan.
Gibran tersenyum. Finally!
******************
"Siapa nama anak, Amele?" soal Tan Sri Arden Andess kepada isterinya, Puan Sri Amyra."Adryan, bang." balas Puan Sri Amyra dengan senyuman.
Hari ini dia tidak berhenti senyum apabila Amry memberitahu dia bahawa Amele pulang ke Malaysia dengan Iyan.
"Nanti suruh dia datang sini. Saya nak kenal anak dia." balas Tan Sri Arden Andess.
"Baik, bang." balas Puan Sri Amyra.
******************
Amele berasa janggal apabila melangkah kan kakinya ke rumah banglo 3 tingkat ini."Daddy. Ni rumah kita ke?" soal Iyan.
"Iya. Ni rumah kita." balas Gibran.
"Fard. Tunjuk bilik Lique and hantar bag Iyan pergi bilik dia and bag Amele masuk bilik aku." arah Gibran.
Amele memandang Gibran.
"Jangan berangan nak tidur bilik lain." ujar Gibran lalu membawa Iyan ke bilik tidur Iyan.
Amele terus melangkah naik ke bilik tidur dia dan Gibran yang sudah lama dia tinggalkan.
Masuk sahaja dalam bilik itu, semua memori dia dan Gibran terlintas di fikirannya.
Dia terus melangkah ke wardrobe kelihatan baju, handbag, kasut dan aksesori dia yang dihantar ke rumah abangnya elok tersusun di dalam wardrobe itu.
Matanya memandang sekeliling bilik itu. Tiba-tiba pandangan nya terhenti kepada cincin di atas meja make up nya.
Dia mendekati cincin itu. Cincin nikahnya dan Gibran.
"Aku nak kau pakai cincin ni balik dan jangan pernah tanggalkan lagi." ujar Gibran sambil memeluk Amele dari belakang.
Amele menoleh memandang Gibran.
"Why u tunggu I?" soal Amele.
"Sebab kau jodoh aku." balas Gibran lalu menarik Amele ke dalam pelukannya.
Amele membenamkan mukanya di dada bidang milik Gibran.
Air matanya menitik satu demi satu.
Sejujurnya dia sangat sayangkan Gibran. Mana ada seorang isteri bencikan suaminya. Dan isteri mana yang sanggup berkongsi.
"Jangan tinggalkan aku." ujar Gibran.
Amele mengangguk kan kepalanya.
Gibran mengangkat dagu Amele supaya memandang dia.
Lalu tangannya mengambil cincin di atas meja itu. Kemudian di sarungnya ke jari manis Amele buat kali kedua.
"Jangan tanggalkan lagi. Faham?" soal Gibran tegas.
Amele mengangguk kan kepalanya.
"Jom."
"Pergi mana?" soal Amele bingung.
"Buat adik untuk Iyan lah. Berapa lama dah aku tahan ni." ujar Gibran bersahaja.
Amele tergelak sambil memukul dada Gibran.
"Gatal." balas Amele.
Gibran terus mengangkat Amele dan membaringkan dia di atas katil bersaiz king itu. Dan malam itu menjadi saksi penyatuan cinta mereka selepas sekian lama terpisah.
TBCJangan lupa vote okay. Thank u.
#staysafe
--C A Y R E N--
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...