31

4.7K 168 16
                                    

HAPPY 10K FOR MGA! THANK YOU,GUYS YANG SUDI BACA MGA! REALLY APPRECIATE IT!

Peluh yang menitik di dahi langsung dia tidak hiraukan. Masalah di dalam otak nya di lepaskan dengan menumbuk punch bag yang tergantung elok di dalam bilik gym itu.

Amele menyepak tinggi punch bag itu lalu menumbuknya kembali.

Gibran yang duduk berhadapan dengan punch bag itu langsung tidak menegur isterinya.

Baru dia tahu bagaimana Amele melepaskan marah, geram dan masalahnya.

Amele berhenti lalu terbaring di atas lantai bilik gym itu.

Gibran menghampiri Amele dengan menghulurkan air mineral. Amele menyambut huluran itu.

"Penat?" soal Gibran.

Amele hanya menganggukkan kepala.

"Puas?" soal Gibran lagi.

Amele menggelengkan kepalanya.

Gibran terus menghulurkan tangannya dan membuat isyarat supaya Amele menyambutnya.

Gibran menarik lengan Amele dan langkah mereka berhenti di hadapan gelanggang yang ada di tengah bilik itu.

Mereka saling berpandangan.

"Fight me." ujar Gibran.

"You will regret." balas Amele sambil tersenyum sinis lalu melangkah masuk ke gelanggang itu.

"Kau ingat kau boleh kalahkan aku ke?" soal Gibran sambil membuka baju tshirt nya. Terserlah badan berotot kegilaan Amele.

Amele yang hanya mengenakan sport bra dan sport legging memandang suaminya.

"Tergugat ke sayang?" soal Gibran sinis.

Amele menggulingkan matanya. Menyampah.

"You tu yang dari tadi tergugat dengan i. I nampak." balas Amele yang tidak mahu kalah.

"Siapa je tak tergugat tengok wife dia pakai macam ni?" soal Gibran nakal sambil bermain dengan tali sport bra Amele.

"You nak fight dengan i ke tak ni? I tak sabar nak patahkan tangan gatal you ni." balas Amele lalu menepis tangan suaminya.

Gibran tergelak sinis.

"Kau sure ke kau boleh patahkan tangan aku?" soal Gibran sambil mengangkat kening nya.

"I rasa u dah lupa ni siapa i." balas Amele sinis.

Gibran tergelak.

"Man way?" soal Gibran.

Amele hanya mengangkat kening tanda okey.

"Start lah sayang. Aku bagi kau jalan dulu." ujar Gibran.

"Jangan menyesal bro." ujar Amele lalu berlari ke arah suaminya dan menendang sisi perut suaminya.

Gibran terus menahan kaki Amele dari terus menyepak sisi perutnya. Atau lebih tepat pinggang. Boleh tahan kaki si Amele tu macam tulang besi.

Tangan Amele sempat ditangkap oleh Gibran sebelum Amele cuba menolak badan Gibran. Gibran membawa tangan Amele kebelakang dan lutut Amele disepak menyebabkan Amele jatuh melutut.

Gibran membelit tangan kanannya ke leher Amele.

Amele yang sudah seaak nafas itu berusaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman suaminya.

Tangan kiri Amele yang masih bebas terus menyiku perut Gibran kuat dan menyebabkan rangkulan di leher Amele dan tangan Amele terlepas.

Amele cepat-cepat menyepak tepat perut suami dia dan menyebabkan Gibran berundur ke belakang.

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now