Amele terus berjalan turun ke tingkat bawah. Sliding door yang memisahkan antara ruang makan itu dengan swimming pool di luar di buka.
Dia duduk ditepi kolam itu dengan kaki nya didalam kolam. Cuaca pada malam itu sangat sejuk. Mungkin hujan akan turun tak lama lagi kerana angin tiup sangat kuat.
Dia memandang langit.
"Kan bagus kalau aku jadi bintang. Tak ada siapa benci kau. Tak macam aku. Hidup dalam kebencian." ujar Amele sendiri.
Amele memandang bawah. Air kolam. Dia nampak pantulan wajahnya.
"Kenapa aku kena hidup macam ni? Kenapa aku tak boleh bahagia macam orang lain? Kenapa aku yang kena hadap semua ni? Kenapa aku?" soal Amele seorang diri sambil memandang pantulan wajahnya yang di dalam kolam.
Sedang dia sibuk mengenang bertapa sedihnya hidup dia, tiba-tiba iPhonenya berdering.
Amele melihat skrin telefonnya.
PRIVATE NUMBER
'Ni yang malas ni.' getus hatinya.
Amele yang malas mendengar deringan bingit itu, terus mengangkat panggilan itu.
"Yes." sapa Amele.
"Amele?" panggil si penghubung.
"Who's this?" soal Amele kasar.
"It's me. Athea. Your cousin." balas Athea.
"Wei, Thea! Mana kau menghilang? Puas aku cari kau." ujar Amele.
Sejujurnya dia merindui sepupunya ini. Dia lah tempat Amele meluahkan perasaan dan Amele mempercayai dia. Hanya dia. Kerana Athea juga mangsa sepertinya. Cuma, Athea tidak sekejam dia kerana Athea tidak dilatih sekasar dan sekejam seperti Amele.
"Aku ada je lagi dekat dunia ni. Kau apa khabar?" soal Athea.
"Sihat. Kau pergi mana?" balas Amele.
Hilang sudah rasa sedihnya apabila mendapat panggilan daripada peneman dia. Senang cerita Athea ialah ubat penenang dia. Begitu juga dengan Athea. Tiada rahsia anatara mereka berdua. Walaupun jarak umur mereka 3 tahun, tapi mereka masih rapat seperti kawan.
"Tak ada pergi mana pun. By the way, jom jumpa esok. Banyak benda nak share dengan kau. Bawak Iyan sekali tau. Teringin nak jumpa budak tu." ujar Athea.
"Okay. Jumpa tempat biasa esok. Aku bawak Iyan sekali. Terlampau banyak benda and cerita aku nak bagitahu kau." balas Amele.
"Okay, sistur. Oh ni, kau tak tidur lagi asal?" soal Athea.
"Suka hati aku lah. Yang kau dah tahu ni waktu tidur aku asal call waktu ni?" balas Amele.
"Saja. Cuba nasib." balas Athea sambil tergelak di hujung talian.
"Okaylah jumpa esok. Apa-apa whatsapp aku. Aku nak tidur. Ngantuk. Goodnight." ujar Amele.
"Okay. Goodnight. Assalamualaikum." ucap Athea lalu mematikan panggilan.
Perkataan terakhir Athea membuatkan Amele pelik. Salam yang diberi hanya dijawab dalam hati.
'Sejak bila minah playgirl ni, pandai bagi salam?' getus hati Amele. Hairan dengan perangai sepupunya.
***************
"Mommy. Mommy." gerak Iyan sambil menggoncangkan badan mommy dia.Amele yang terasa tidurnya diganggu terus terbangun.
Bukak sahaja mata wajah Iyan sudah menjadi pandangan utama dia.
"Why kacau mommy?" soal Amele sambil mengeliat.
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...