6

5.2K 137 0
                                    

Keesokan paginya Amele turun ke bawah untuk bersarapan. Kelihatan Gibran sudah memulakan suapannya tanpa menunggu Amele.

"Lambat kau bangun." ujar Gibran sambil menjeling Amele yang sedang duduk di kerusi sebelah nya.

Amele diam. Dia berpura-pura memandang lebam di tepi bibir Gibran itu seperti tidak tahu apa-apa.

"Apahal dengan bibir kau tu?" soal Amele.

Gibran diam.

Amele yang malas menunggu jawapan Gibran terus memulakan sarapannya.

"Kahwin dengan aku." ujar Gibran.

Nasi goreng yang sudah separuh ditelan oleh Amele itu tersekat dan Amele terus terbatuk-batuk.

Gibran cepat-cepat memberikan air kepada Amele.

Selepas tekaknya berasa lega dia terus memandang Gibran tidak percaya.

"Kau ajak aku apa?" soal Amele.

Gibran membalas pandangan Amele.

"Kahwin." balas Gibran ringkas.

"But why?" soal Amele lagi.

"Aku nak bertanggungjawab. Aku yang first sentuh kau dan biar aku orang terakhir yang sentuh kau." balas Gibran.

Amele terdiam.

Ada betulnya jugak. Dan dengan peluang ini dia dapat berbaik dengan Gibran dan dapat mengorek rahsia Gibran supaya dia dapat tahu di mana Gerard.

Soal lari selepas dapat Gerard itu dia tidak perlu risau. Sudah tentu Gibran akan melepaskan nya apabila dia mendapat tahu bahawa Amele lah selama ini musuh nya, Sniepiece.

"Okay. But bersyarat." balas Amele.

"Apa benda?" soal Gibran.

"Aku tak nak kau berahsia dengan aku and aku tak nak kau naik tangan dengan aku. Kalau aku dapat tahu kau sorok rahsia belakang aku aku tak teragak-agak nak chau." balas Amele.

"Kau ugut aku?" soal Gibran sinis.

"Yes." balas Amele bersahaja.

"Fine. But lepas kahwin. Now kau bukan bini aku, so, aku boleh simpan lagi rahsia aku." ujar Gibran lalu menyambung semula sarapannya yang tergendala tadi.

"So, kenapa dengan bibir kau tu?" soal Amele.

"Kau belum bini aku, so, tak payah tahu." balas Gibran.

Amele menggulingkan matanya tanda menyampah.

"Aku nak kau bagitahu abang kau kita kahwin hujung minggu ni." ujar Gibran tiba-tiba.

Amele terus tersedak.

Sekali lagi Gibran memberikan air kepada Amele.

"First, mana kau tahu aku ada abang? Second, are you crazy nak kahwin weekend ni?!" soal Amele dengan nada yang marah kerana Gibran membuatkan dia tersedak dua kali hari ni.

"First, kau pernah cakap kau nak call abang kau lepas aku tebuk kau. Second, aku tak gila but yes aku serious kita kahwin weekend ni." balas Gibran bersahaja.

"Aku syak kau ni mental. Mana ada orang nak kahwin Ahad ni dan preparation langsung tak ada. Hari ni hari Rabu, bijak." ujar Amele.

"Nanti orang aku settlekan wedding tu." ujar Gibran.

"Anything?" soal Gibran.

"Yes."

"What?"

"Parents aku still dekat States. Tak kan aku tak bagitau diorang yang aku nak kahwin. Aku seorang je anak perempuan diorang." balas Amele.

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now