25

4.5K 122 1
                                    

Semua di mall itu memandang Gibran, Iyan dan Amele yang berjalan masuk ke mall itu dan diikuti 2 orang bodyguard mereka.

Amele terpaksa mengikut Iyan dan Gibran ke mall itu atas desakan anak dia yang sudah menangis di kedai makan tadi akibat Amele tidak mahu ikut mereka shopping.

Iyan menggenggam tangan daddy dan mommy dia. Kiranya si Iyan ni jadi orang tengah antara Gibran dan Amele.

"Daddy." panggil Iyan.

Gibran menunduk memandang anaknya yang paras pehanya.

"Yes, baby boy." balas Gibran.

"Nak beli toys boleh?" soal Iyan sambil menayangkan giginya konon nak pujuk si ayah untuk beli mainan untuknya.

"Boleh. Anything untuk anak daddy." balas Gibran sambil mengusap rambut anaknya.

Amele yang disebelah hanya diam. Tidak suka cara Gibran yang suka manja dan mewahkan hidup Iyan.

"Mommy. Are you okay?" soal Iyan.

Amele memandang anaknya dan hanya tersenyum nipis.

Sampai sahaja di kedai mainan, Iyan terus berjalan mencari mainan yang dia mahukan sambil diikuti dua orang bodyguard.

It's time for Gibran pujuk Amele untuk pulang ke Malaysia.

Gibran menguis rambut Amele dari belakang.

Amele yang tengah membelek beberapa mainan lego menoleh ke belakang. Kelihatan Gibran berdiri di belakangnya.

"Nak apa?" soal Amele.

"Jom balik Malaysia." ujar Gibran.

Bapak straight to the point bhaii mamat ni!

"Tak nak." balas Amele.

"Jomlah." pujuk Gibran.

Amele buat pekak. Malas nak layan.

"Takkan kau nak besarkan Iyan dekat Spain ni. Cara barat?" sambung Gibran.

"Gibran. I tahu didik anak I. I akan pastikan dia tak akan terpesong jauh dari agama dia. Tak semestinya duduk luar dari Malaysia akan hilang iman." balas Amele.

"Aku tak cakap yang kau akan jaga anak kita sampai tak ada agama. I mean apa kata besarkan Iyan dengan sekeliling dia orang yang sayang dia." ujar Gibran.

Gibran memusingkan badan Amele menghadap dia.

"Aku nak tanya kau. Selama dia hidup ni, dia dapat rasa tak berpuasa and sambut raya dengan family dia? Tak kan. Kau langsung tak bagi dia kenal dengan family dia. Lagi-lagi aku, ayah dia. Kau tau tak kau kejam? Kau tak pernah fikir langsung pasal hati dan perasaan anak kau. Cuba untuk sekali kau fikir perasaan orang sekeliling kau." sambung Gibran.

Amele melepaskan gelak sinisnya.

"You suruh I apa? Fikir perasaan orang sekeliling? Perlu ke? Eh Gibran, you listen here. Seumur hidup I tak ada seorang pun faham perasaan I. I jadi mafia ada you tanya kenapa? You tak pernah tanya. Sepanjang hidup I, I terseksa dengan orang sekeliling I. Including you! So kau tak payah nak ajar aku!" marah Amele lalu memalingkan tubuhnya untuk pergi ke anaknya.

Tapi langkahnya mati apabila Gibran menyoalnya sesuatu.

"Dan kau nak balas dendam dekat anak kau? Kau nak anak kau rasa benda yang sama yang kau lalui ke? Tak ada kasih sayang yang cukup? Macam tu ke Amele Atlass?!" soal Gibran dengan nada yang marah.

Nasib mereka di kawasan yang terpencil di kedai itu.

"I bukan nak balas dendam. Tapi I nak dia tak rasa apa yang I rasa. I tak bodoh. Dad akan paksa Iyan ganti tempat I dalam A-DarkA so I tak nak balik Malaysia. Tolong faham dan hadam." balas Amele lalu berjalan meninggalkan Gibran.

Gibran meraup kasar wajahnya.

Susah lah dapat bini keras kepala ni!

"Anak mommy beli apa?" soal Amele.

Iyan menunjukkan patung Avengers dan lego mantion Avengers kepada ibunya.

Sejujurnya, Iyan ni selalu ikut apa yang Amele suka. Amele suka Avengers dia pun suka. Amele suka masak dia pun akan suka.

Senang cerita dia akan ikut apa yang mommy dia buat.

"Wah Captain America mommy. Bukan Iyan suka Hawkeye ke? Kenapa ambil mommy punya?" soal Amele dengan nada merajuk. Konon je tu. Nak perhatian anaknya yang sedang memilih mainannya yang lain.

Iyan menoleh memandang mommy dia.

"Mana ada Iyan ambil. Iyan nak jadikan dia kawan Hawkeye lah mommy. Dekat rumah tu, Hawkeye asyik kawan dengan Black Widow je. Iyan nak bagi dia kawan baru." balas Iyan sambil memandang mommy nya yang sedang berdiri paras nya.

"Yelah yelah." balas Amele sambil menggosok rambut anak nya.

'Mommy tak akan bagi Iyan membesar macam mommy membesar.' getus hatinya.

"Wah! Anak daddy pun suka Avengers ke?" soal Gibran.

Iyan mengangguk kepala dia.

"Sama macam mommy lah. Boleh team dengan mommy tengok movie Avengers lah ni." ujar Gibran.

Tiba-tiba dia teringat yang dia pernah marah Amele tidur lambat sebab tengok movie Avengers itu berulang-ulang. Terutama sekali Endgame dan Civil War.

"Haah. Iyan selalu teman mommy. Tengok movie ni." balas Iyan.

"Daddy jom bayar." ajak Iyan.

"Dua ni je ke?" soal Gibran.

"Haah. Sebab dekat rumah dah banyak toys. Nanti Aunty Nis penat nak kemas. Lagipun Papa E baru je beli toys haritu." ujar Iyan.

"Papa E?" soal Gibran.

"Haah. Papa E. Kawan mommy. Papa E dengan Papa Ivan selalu jaga Iyan kalau mommy tak ada." balas Iyan.

Amele hanya diam malas nak balas. Dia terus berjalan keluar daripada kedai itu.

'Kau jealous? Ada aku kisah.' getus hati Amele.

"Siapa Ivan dengan E?" soal Gibran semasa mereka di dalam kereta.

Amele malas nak layan.

"Aku rasa kau tak pekak." ujar Gibran geram.

Iyan yang sedang main toys baru nya di pandang sekilas oleh Gibran melalui cermin pandang belakang.

"Kawan I." balas Amele ringkas.

"Asal Iyan panggil diorang papa?" soal Gibran yang menahan geram.

Mana boleh Iyan panggil orang lain dengan panggilan seorang anak kepada ayah. Hanya dia seorang sahaja yang berhak.

"You tak payah nak jealous sangat. Lagipun Iyan tu bukan nya anggap diorang tu bapak dia. Tapi dia anggap diorang tu as uncle je. Tapi diorang tak nak Iyan panggil diorang uncle. Tu sebab panggil papa." terang Amele.

Gibran masih tak puas hati tapi dia lega apabila anaknya tidak menganggap kembar itu ayahnya.

TBC

Next chapter! Enjoy! Don't forget untuk vote okay. Thanks support!
#staysafe

-- C A Y R E N--

Mrs.Gibran AtlassWhere stories live. Discover now