Malam itu, selepas makan malam semua ahli keluarga Gibran dan Amele pulang. Amele pula terus membawa Iyan naik untuk tidur memandnagkan jam sudah menunjukkan ke angka 10 malam.
Selepas menidurkan Iyan, Amele masuk ke dalam bilik tidurnya. Kelihatan Gibran yang sudah baring di atas katil sambil bermain iPhonenya.
Amele yang malas mahu menegur suaminya terus masuk ke dalam tandas dan kemudian ke bilik make upnya.
Apabila dia ingin mencapai sikat, kelihatan ada sampul di bawah sikat itu.
Amele terus mengambil sampul itu dan membuka isi dalamnya.
Kelihatan 2 tiket kapal terbang yang tertera namanya dan nama Gibran. Kemudian matanya memandang destinasi penerbangan.
Maldives.
Amele tersenyum.
"Happy?" soal Gibran yang sedang bersandar di pintu masuk ruang make up itu.
Amele memandang Gibran dengan senyuman bahagia.
Gibran menghampiri Amele dan memeluk Amele dari belakang.
Amele memandang Gibran dengan pantulan cermin.
"I love you, baby." ujar Amele sambil mengusap wajah suaminya.
"I love you too, sayang." balas Gibran lalu mencium rambut isterinya.
********************
Malam itu Amran, Amry dan Gerard tidak terus pulang ke rumah. Mereka singgah di kedai mamak yang berhampiran."Kau dah ada calon ke, An?" soal Amry.
"Kau tanya aku, kau tu dah ada ke?" perli Amran.
"Mestilah belum." balas Amry dan di akhir ayatnya dia tergelak.
"Kau Ard?" soal Amran.
"Entah. Tak tahu. Nak cari ceruk mana pun aku tak tahu." balas Gerard.
"Perlu sangat ke kahwin?" soal Amry.
"Itulah tu. Single lagi best. Susah lah ada partner ni." ujar Amran.
"Macam tu tak yah lah cari. Lepastu mak kau bawak bakal bini untuk korang. HAHAHA." balas Gerard.
Amran dan Amry memandang Gerard tajam.
"Kau ingat, kau lepas ke? Mak kau pun nak cari jugak untuk kau." balas Amran.
Lalu Amran dan Amry gelak serentak.
"Bapak dia." ujar Gerard.
"Bapak dia, atuk kau." balas Amry.
"Sial kau." carut Gerard.
"So apa plan?" soal Amran.
"Plan apa? Plan cari bini lah jawabnya." balas Gerard lalu menghirup teh ais nya.
"Susah-susah, aku kahwin dengan adik kau jelah. Lawa pun lawa." ujar Amry.
"Kepala babi kau anjing!" marah Gerard.
"Alah tak salah apa. Cuma nak tackle dia tu macam payah. Sebab aku tengok dia macam Amele. Hati batu gila babi." ujar Amry.
"Kalau kau adik Gerard, aku rasa nak try adik Ethan." ujar Amran.
Amry dan Gerard memandang Amran tidak percaya.
"Ellysa?!" soal mereka serentak.
"Asal? Salah ke?" soal Amran.
"Huh itu pun 2 kali 5 je perangai Amele. Tapi yang tu kurang sikit lah. Ada jugak lah perangai perempuan dia." ujar Amry.
Siapa sahaja tak kenal Ellysa, adik Ethan. Dia seorang model tetapi dalam masa yang sama dia juga seperti Amele, kejam. Nampak lembut tapi sisi mafia nya lrbih kurang kejam dengan Amele.
"Scary siot dia. Tapi tak scary Amele bunuh makcik kau lah." ujar Gerard.
"Alah, at least aku dengan Amry dah ada calon. Kau ada ke?" perli Amran.
Gerard menjeling dua beradik itu lalu menyedut air nya.
'Mana aku nak cari bini ni?' getus hatinya.
Dia paling risau kalau calon ibunya sama macam Asha. Minta simpang lah bro.
*****************
Seminggu berlalu"Iyan jangan nakal okay." pesan Amele sambil mengusap pipi anaknya.
"Okay. Tak nakal sangat pun. Cuma buli uncle je." ujar Iyan sambil sengih.
Amran, Amry dan Gerard yang mendengar itu memandang Iyan.
"Kau ingat kitorang gertak lah kau nak buli kitorang?" soal Amry kasar.
Iyan yang sudah terbiasa dengan gurau kasar pakcik-pakciknya terus menjelirkan lidahnya.
"Hei, jangan jelir lidah." marah Amele.
Iyan tersenyum.
"Apa kamu cakap macam tu dengan Iyan?" marah Puan Sri Amyra lalu memukul bahu Amry.
"Okaylah, Mom. Kitorang gerak dulu. Bye hero daddy." ujar Gibran lalu mencium dahi anaknya.
"Bawak adik baby balik tau." pesan Iyan.
Semua disitu sudah bantai gelak dengan permintaan Iyan.
Amele sudah tercengang. Amboi anak aku.
"Okay daddy promise." ujar Gibran sambil mengusap rambut anaknya.
Kemudian, Amele dan Gibran melangkah masuk ke dalam kereta Lamborghini Urus yang dipandu oleh Jack untuk ke KLIA.
"Berani je you janji dengan Iyan nak bagi dia adik." ujar Amele.
"Memang dia akan dapat adik pun tak lama lagi." balas Gibran selamba.
"Yakin je you kan, bie." ujar Amele.
Gibran sudah tersengih.
MEANWHILE
Selepas kelibat kereta Lamborghini Urus itu hilang dari perkarangan rumah keluarga Andess, Amry terus mendukung Iyan dan dibawanya naik ke atas.
"Kau nak buli uncle kan? Before kau buli uncle, uncle buli kau dulu." ujar Amry lalu meletakkan di atas sofa dan dia menggeletek badan Iyan.
Riuh satu ruang tamu itu dengan suara gelak tawa Iyan dan Amry.
TBC
Next chapter lagi. Jangan lupa vote untuk next chapter. Thank you!
#staysafe--C A Y R E N--
YOU ARE READING
Mrs.Gibran Atlass
Random[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan. Tapi siapa sangka dia seorang mafia yang tiada siapa kenal wajahnya kerana dia adalah SNIPIECE yang...